Recent Posts

Gadis Melayu Kahwin Dengan Warga Bangladesh DiKecam, Salahkah Bersuamikan Bangla?

By Hafiz.H → Wednesday, May 4, 2016
Baru-baru ini, gambar perkahwinan seorang gadis Melayu bersama seorang warga Bangladesh menjadi viral dan mendapat kecaman dari netizen.
Tidak dapat dipastikan pula dimanakah lokasi majlis perkahwinan itu berlangsung. 

Turut kelihatan beberapa orang warga Bangladesh mengabadikan gambar kenang-kenangan bersama pasangan pengantin dua sejoli itu, mungkin kawan hubby (suami) gadis itu.

Ini antara komen-komen dari nitizen tentang perkahwinan campur ini.


Banyak lagi komen-komen yang dilihat tidak bersetuju dengan perkahwinan ini, ada yang mempersoalkan gadis ini mengapa memilih warga Bangladesh sebagai suami sedangkan masih ramai jejaka Malaya yang jauh lebih "OK".

Pada pandangan penulis, kita tidak berhak mengutuk dengan siapa gadis itu mahu berkahwin jauh sekali nak menentukan jodoh dia. Walaupun lelaki itu warga asing atau "bau bawang ke" tetapi dia tetap satu agama dengan gadis itu. 

Kalau "bau wangi semerbak" setiap masa tapi busuk hati tak guna juga kan.

Doakan sahaja agar pengantin baru ini hidup bahagia ke anak cucu, kan lebih bagus.

Rujukan: ForumCari

Tangguh Kahwin Kerana Rumah Suami Tiada Tandas

By Hafiz.H →
NEW DELHI: Dua wanita Islam menangguhkan perkahwinan mereka kerana rumah bakal suami mereka tidak mempunyai tandas pam yang sempurna.

Penduduk miskin India semakin menyedari masalah membuang air di tempat terbuka.

Ia juga mendorong peningkatan kesedaran dalam kalangan wanita yang menolak atau menangguhkan perkahwinan dengan lelaki yang tidak mampu menyediakan kemudahan tandas di rumah mereka.

'Tiada tandas, tiada perkahwinan', menjadi mesej lantang dan jelas bagi bakal mentua dua wanita berkenaan, Jeenat dan Kajal, penduduk kampung Aamor di daerah Firozabad.


Kedua-dua adik beradik itu meminta tunangan mereka sama ada membina tandas sempurna di rumah atau mencari isteri lain.

Langkah itu menjadikan Jeenat dan Kajal sebagai gadis poster bagi kempen 'India Bersih' anjuran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi.

Kedua-dua beradik itu memberi tempoh kepada keluarga bakal suami supaya membina tandas sebelum tarikh pernikahan mereka pada 9 Mei ini.

Keluarga lelaki menerima cabaran itu dan berjanji memenuhi tuntutan tunang mereka sebelum upacara berkenaan dilangsungkan.

Malah kedua-dua lelaki turut berjanji menghantar gambar tandas yang baru dibina itu kepada bakal isteri untuk memuaskan hati mereka.

Rujukan: BeritaHarian

Isteri Berpakat Dengan Kekasih Warga Asing Untuk Bunuh Suami

By Hafiz.H →
SUBANG JAYA - Seorang wanita tempatan sanggup bersengkongkol dengan dua lelaki warga asing untuk membunuh suaminya selepas mendakwa mangsa sering memukulnya sebelum ini.

Difahamkan, isteri mangsa mempunyai hubungan sulit dengan seorang daripada suspek sejak tiga tahun lalu tanpa diketahui suaminya.

Wanita berusia 40 tahun itu dikatakan sering mengadu kepada suspek mangsa yang berusia 37 tahun kerap pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan memukulnya.
Mohammad Azlin (dua, kiri) menunjukkan kapak dan parang yang dirampas polis selepas menahan isteri mangsa dan dua lelaki warga asing.


Disebabkan simpati dengan nasib ‘kekasihnya’, warga India berusia lingkungan 20-an itu sanggup datang dari Masai, Johor bersama rakannya untuk menyerang mangsa kira-kira jam 11.30 malam, 24 April lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mangsa diserang kedua-dua suspek sehingga terpaksa menerima 30 jahitan di kepala.

“Mangsa ditetak menggunakan kapak dan parang secara bertubi-tubi di ruang lif pangsapuri Permai Court, Taman Puchong Permai di sini,” katanya.

Mohammad Azlin berkata, berdasarkan siasatan pihaknya menahan tiga suspek termasuk isteri mangsa selepas mempercayai wujudnya pembabitan wanita itu dalam kes terbabit.

Dua lagi yang ditahan masing-masing lelaki warga India dan Sri Lanka.

Menurutnya, kejadian bukan bermotif samun semata-mata namun lebih kepada niat membunuh mangsa.

Namun mangsa tidak meninggal dunia dalam kejadian itu dan sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.

“Isteri mangsa ditahan di rumah didiaminya pada 26 April manakala dua lagi suspek ditahan pada 27 April lalu di sebuah hotel di Puchong. Polis merampas kapak dan parang dipercayai digunakan ketika serangan terhadap mangsa,” katanya hasil pemeriksaan tiada laporan polis pernah diterima daripada isteri mangsa yang mendakwa dia pernah dipukul sebelum ini.

Rujukan: SinarHarian

'Catch Me If U Can' Versi Pulau Pinang, Cubaan Remaja Menyamar Pilot Gagal

By Hafiz.H →
GEORGE TOWN: Dia kelihatan segak memakai pakaian seragam juruterbang, tetapi dia yang hanya menyamar itu gagal menerbangkan pesawat dan telah dihantar pulang sebaik sahaja penerbangannya tiba di pulau ini dari Hong Kong.
Hiasan
Lelaki berusia 18 tahun itu yang mendakwa mempunyai darah Afrika Selatan, mengambil penerbangan ke Pulau Pinang dari Hong Kong dengan memakai pakaian seorang juruterbang pada 31 Mac lalu. Dia dipercayai telah tiba Pulau Pinang pada petang hari yang sama.

Sumber Jabatan Imigresen Pulau Pinang berkata, dia telah diserahkan kepada jabatan itu oleh kakitangan syarikat penerbangan selepas mereka mendapati bahawa dia bukanlah seorang juruterbang.
Catch Me If U Can (2002)


Sumber itu berkata, remaja terbabit telah melanggar peraturan masuk ke Pulau Pinang sebagai pelancong. Dia telah dihantar pulang ke Hong Kong pada 2 April.

Difahamkan, remaja itu, yang telah memakai pakaian seragam juruterbang - kemeja putih dengan pangkat di bahu, seluar panjang hitam dan tali leher hitam menaiki penerbangan kelas perniagaan.

Dia juga membawa lanyard dan bagasi dengan logo syarikat penerbangan pesawat yang dinaikinya.

Dalam laporan dalam talian oleh South China Morning Post bertarikh 3 Mei, ia telah menyatakan bahawa pemuda itu telah memberitahu anak kapal bahawa dia baru sahaja selesai mengendalikan penerbangan dari San Francisco dan meminta untuk bercakap dengan juruterbang selepas pesawat itu tiba di Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, krew penerbangan mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila dia memesan segelas koktel kerana minuman beralkohol dilarang oleh syarikat penerbangan untuk krew dan juruterbang yang bertugas.

Krew kabin menjadi semakin curiga apabila pemuda itu tidak dapat memberikan dokumen pengenalan untuk pengesahan, serta tidak dapat memberikan nombor pengenalan juruterbang yang betul.

Dia dihalang daripada menghampiri kokpit dan telah diserahkan kepada pegawai Imigresen apabila tiba di Pulau Pinang.

Dia kemudian mengaku bahawa dia bukan seorang juruterbang dan seragam dan barang yang digunakannya adalah milik bapa tirinya yang didakwanya adalah seorang juruterbang dengan syarikat penerbangan itu.

Turut dilaporkan bahawa pemeriksaan rapi telah dijalankan ke atas pesawat itu semalaman untuk memastikan keselamatan pesawat.

Ini menyebabkan penerbangan seterusnya dari Pulau Pinang ke Hong Kong ditangguhkan dua jam pada keesokan harinya.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Lai Fah Hin berkata tiada laporan polis dibuat mengenai kejadian itu.

Rujukan; mStarOnline

"Saya Emak Yang Tidak Bercita-cita Tinggi..."

By Hafiz.H →
Jika ibu lain berusaha apa saja untuk memastikan anak mendapat kecemerlangan di sekolah, ibu ini pula berbeza.
Dalam perkongsian Norhayati Berahim, katanya dia mungkin satu-satunya ibu yang tak terkejar-kejar memasukkan anak ke sekolah asrama penuh malah dia juga mungkin satu-satunya ibu yang tak memasukkan anak ke kelas tambahan pada hari Sabtu di sekolah.

Alasannya tak dinafikan ada kebenarannya. Baca catatan beliau yang mendapat banyak respon dan perkongsian daripada netizen.

Saya emak yang tidak bercita-cita tinggi...
Tak terkejar kejar mahu memasukkan anak ke sekolah asrama penuh terkenal.
Tak bermimpi anak jadi orang besar atau kaya raya...

Sebab itu bila ada kelas tambahan hujung minggu hari Sabtu di sekolah
Saya mungkin salah seorang atau satu-satu ibu bapa yang tak mahu masukkan anak ke kelas tambahan itu.


5 hari anak berada di sekolah sepanjang hari.
2 hari anak bersama saya untuk menjalankan pelbagai aktiviti
Masakan waktu 2 hari itu mahu direbut dari saya.

Anak anak hidup di dunia ini bukan hanya dikerah belajar sahaja..
Mungkin mata pelajaran yang dia belajar akan dilupa bila dewasa nanti

Tetapi silaturrahim dengan keluarga di kampung, menjaga kesihatan, merendahkan diri membantu orang lain, bergaul dengan jiran setempat , pelajaran agama adalah pelajaran seumur hidup yang saya harus terapkan untuk anak-anak sepanjang saya masih bernafas.

Saya tidak mahu anak menjadi mangsa sistem pelajaran yang lebih memikirkan material. Seringkali kita akan dengar perkataan ini...
"Hesy..tak belajar nanti nak jadi apa? Nak jadi tukang kutip sampah tepi jalan?"
Andai ditakdirkan anak jadi tukang kutip sampah, jangan lupa anak ini telah berbuat bakti lebih banyak dari orang lain. Tak ada orang kutip sampah menderita semua orang, menderita bumi ini...

Setiap pekerjaan tak kira apa kerjanya. Bekerjalah dengan dedikasi, tekun dan amanah. Kita selalu fokus dan tekankan kepada anak-anak apa pekerjaaan yang harus dia lakukan untuk berjaya tetapi kita jarang fokuskan apa yang harus dia lakukan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja supaya dia menjadi pekerja yang berjaya. Sebab itu ramai pekerja sudah hilang sifat jujur dan amanah. Rasuah bermaharajalela..

Sumber: Facebook Norhayati Berahim

Kredit: Vanillakismis

Strategi Diet Tanpa Nasi Tapi Tak Lapar

By Hafiz.H → Monday, May 2, 2016
Salah satu cara untuk menguruskan badan yang berkesan adalah dengan melakukan diet tanpa nasi. Ramai kalangan rakan kita sendiri mahu pun selebritiberjaya menurunkan berat badan melalui cara mengelakkan makanan ruji ni.
Tapi masalahnya sebahagian daripada tidak sanggup melakukannya kerana bimbang akan kelaparan jika tak mengambil nasi atau sumber karbohidrat utama ini. Sebenarnya jika anda pandai mengatur hidangan tepat masalah kelaparan ini mungkin dapat dikurangkan.

Antaranya anda boleh mengikut pelan diet tanpa nasi berikut yang juga tidak menjejaskan tahap kesihatan anda. Perlu diingat, awal diet anda mungkin sukar menahan lapar tapi percayalah bila tubuh dibiasakan dengan makanan sikit tiada lagi masalah untuk anda. Sebagai tempoh percubaan, praktikkan selama seminggu terlebih dahulu untuk melihat hasilnya.

1.  Sarapan


Ambil satu mangkuk bijirin gandum dan segelas susu rendah lemak atau sandwic bersama daun salad dan tomato tanpa sos. Pastikan anda menggunakan roti whole grain.

2. Jam 10 Pagi

Sediakan sebiji buah epal mengalas perut sebelum tengah hari. Lagi pun memang amat disarankan ambil buah sebelum makan.

3.  Makan Tengah Hari
Menu makanan bebas seperti ayam bakar, tauhu, sayuran tapi  TANPA nasi. Sebagai pengganti sumber karbohidrat, anda boleh ambil setengah  biji kentang rebus.

4. Petang

Tak dapat dinafikan waktu petang mulalah kita teringin mengunyah kudap-kudapan. Boleh saja puaskan keinginan itu tapi ambil kacang atau pun kismis yang mana kudapan ini rendah kalorinya. Pastikan ia tidak berlebihan ya.

5.  Makan Malam

Ambil buah-buahan seperti pisang, epal atau pear.  Boleh juga oat bersama susu yang boleh memberi rasa kenyang. Elak tidur lewat kerana ramai yang terjebak makan kerana berasa lapar di tengah malam.

Di samping menjalankan cara diet berkesan tanpa makan nasi ini, anda boleh menikmati kek dan aiskrim seminggu sekali sebagai reward diri.  Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Rujukan: Vanillakismis

Kes Rompakan Bank Yang Pertama Dalam Sejarah Korea Utara

By Hafiz.H →
PYONGYANG: Sejumlah wang tunai dicuri dari cawangan Bank Pusat Korea Utara pada 4 April lalu, dalam apa yang dilaporkan sebagai rompakan bank pertama dalam sejarah negara itu. 

Pada tarikh berkenaan, sekumpulan penyerang bersenjata tidak diketahui memecah masuk ke cawangan bank berkenaan di bandar raya Cheongjin, dan merompak sejumlah besar wang. 
Cawangan Bank Pusat Korea Utara.


Jenayah itu menjadi rompakan yang pertama dalam sejarah rejim berkenaan, lapor Korea Times memetik Radio Free Asia sebagai berkata. 

Bank berkenaan, terletak di Wilayah Hamgyong Utara, kini ditutup, dengan polis berkata jenayah itu dibantu orang dalam. 

"Rompakan itu mustahil dilakukan tanpa bantuan orang dalam," kata jurucakap polis dipetik Korea Times. 

Rompakan berkenaan memaksa cawangan lain Bank Pusat di negara itu meningkatkan kawalan dengan membawa masuk lebih ramai kakitangan. 

Ia juga mendorong perhatian kepada fakta bank seluruh Korea Utara menyimpan wang lebih banyak berbanding biasa menjelang kongres Parti Pekerja yang dijangka bermula 6 Mei ini. - Agensi 

Rujukan: BeritaHarian