15 kata-kata Perangsang Dari Filem Yang Mengubah Hidup Anda

By Hafiz.H Wednesday, October 28, 2015
Jika anda menonton sesebuah filem, pasti bukan sahaja jalan cerita yang anda lihat dalam sesebuah babak, malah di dalam setiap babak atau dialog yang dipertuturkan terselit beberapa kata yang memberi inspirasi kepada hidup anda.
Salah satunya adalah kata hikmat dari watak Han dalam filem Tokyo Drift; "Live is about making options, when u made option dont look back" - Hidup adalah membuat pilihan, apabila kamu membuat sesuatu pilihan itu, jangan toleh ke belakang.

Banyak lagi kata-kata perangsang samada dari filem tempatan mahupun antarabangsa yang sedikit sebanyak memberi motivasi dan inspirasi dalam hidup anda.

Di bawah adalah 10 kata-kata perangsang yang kami berjaya ambil dari filem-filem terkenal yang pernah anda tonton.

Nombor 1: Tanpa Keberanian Mimpi Tidak Bermakna
Kita mulakan dengan filem tempatan. Mengimbau kembali 15 tahun yang lepas, filem tempatan boleh dikatakan menjadi tempat dihati penonton Malaysia.


Filem yang ditayangkan pada tahun 2000 ini adalah lakonan Afdlin Shauki dan Erra Fazira arahan Othman Hafsham.

Filem Soal Hati adalah satu-satunya filem romantik komedi yang berjaya menambat hati penonton tempatan ketika itu.

Nombor 2: With Great Power Comes Great Responsibility
Bagi peminat sekuel filem Spiderman pasti anda tidak dapat lupakan kata-kata dari Uncle Ben iaitu Pakcik Peter Parker (Spiderman) dalam filem tersebut.

Untuk info, sekuel pertama filem Spiderman mula ditayangkan pada May, 2002 dan Tobey Maguire adalah pelakon pertama yang mula memegang watak Spiderman.


Nombor3: Attitude Reflects Leadership
Remember The Titans adalah filem yang diterbitkan pada tahun 2000 adalah berkisar tentang sekumpulan pasukan Football dari sekolah tinggi di Virginia Amerika Syarikat.

Filem yang berlatarbelakangkan tahun 1971 ini adalah berdasarkan kisah sebenar perjalanan jatuh bangunnya pasukan Titans.

Perkataan Attitude Reflects Leadership sehingga kini telah digunakan oleh jutaan manusia diseluruh dunia sebagai kata-kata perangsang dalam sesebuah organisasi, dan ia turut digunakan di dalam bengkel kepimpinan dan motivasi kepada orang ramai.



Nombor 4: Why So Serious?
Ini adalah perkataan yang seringkali kita lihat dan dipertuturkan oleh orang ramai, di media sosial, di carian Google dan di mana-mana sahaja pasti anda akan terjumpa kata-kata keramat ini.

Kata-kata ini sebenarnya dipetik dari Filem Batman dimana dalam satu babak, Joker dalam filem tersebut berkata "Why So Serious?"

Dalam filem Batman: The Dark Knight yang ditayangkan pada tahun 2008, mendiang Heath Ledger berperanan sebagai watak Joker.

Sehingga kini kata-kata ini sering kali digunakan dalam perbualan manusia seluruh dunia.

Nombor 5: We are who we choose to be. – Green Goblin, Spider-Man
Maksud: Setiap orang mempunyai pilihan, anda boleh pilih jalan anda sendiri dalam kehidupan ini.

Nombor 6: Don’t let anyone ever make you feel like you don’t deserve what you want. – Heath Ledger, dari filem 10 Things I Hate About You
Mkasud: Anda berhak mendapat apa yang anda mahu setelah anda berusaha mendapatkannya dengan terbaik. Tiada siapa yang boleh mengambil hak itu dari anda!



Nombor 7: My momma always said, “Life is like a box of chocolates, you never know what you’re gonna get.” – Dari Filem Forrest Gump
Maksud: Dalam kehidupan, kita tidak tahu apa yang bakal berlaku di masa akan datang, dan ia seringkali berlaku di waktu yang kita tidak pernah jangka!

Nombor 8: Don’t ever let somebody tell you you can’t do something, not even me. Alright? You dream, you gotta protect it. People can’t do something themselves, they wanna tell you you can’t do it. If you want something, go get it. Period. – Chris Gardner, dari filem The Pursuit of Happyness

Maksud: Jangan sesekali menyerah kalah dalam mencapai impian, sesukar mana sekalipun, berusahalah untuk mendapatkannya!

Nombor 9: It’s what you do right now that makes a difference. – Dari filem Black Hawk Down
Maksud: Tidak kira sekecil manapun perkara yang anda lakukan pada hari ini, ia akan memberi perbezaan dan perubahan yang besar pada masa akan datang.

Nombor 10: Great men are not born great, they grow great. – Mario Puzo, dari filem The Godfather
Maksud: Kejayaan dan kegemilangan adalah berdasarkan berapa banyak usaha yang anda lakukan sepanjang masa.

Nombor 11: Do, or do not. There is no “try”. – Yoda, dari filem Star Wars

Maksud: Tetapkan pendiriran, daripada kamu hanya merancang untuk cuba, lebih baik lakukannya terus!

Nombor 12: Oh yes, the past can hurt. But you can either run from it, or learn from it. – Rafiki, dari filem The Lion King

Maksud: Pengalaman masa lalu adalah pengajaran berharga pada masa sekarang, jadi belajarlah dari pengalaman itu.

Nombor 13: I know what I have to do now, I’ve got to keep breathing because tomorrow the sun will rise. Who knows what the tide could bring? – dari filem Cast Away

Maksud: Sentiasa letakkan harapan dalam hidup anda. Sentiasa optimis dengan masa depan anda!

Nombor 14: Why are you trying so hard to fit in when you were born to stand out? – dari filem What a Girl Wants

Maksud: Jadilah diri sendriri kerana sebenarnya anda seorang yang unik dan hebat!

Nombor 15: After a while, you learn to ignore the names people call you and just trust who you are. – dari filem Shrek

Maksud: Percaya pada diri sendiri. Keyakinan yang ada pada anda akan membawa kepada kejayaan dan kebahagiaan. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.