16 Kegunaan Lain Ubat Gigi Yang Ramai Tidak Tahu

By Hafiz.H Friday, October 23, 2015
Bila sebut ubat gigi, pastilah gunanya untuk bersihkan gigi saja.

Tapi rupa-rupanya ada banyak cara lagi ubat gigi ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang kadang kala secara tiba-tiba datang dalam hidup kita.

Memetik dari laman TheVocket, ikuti 16 tips yang boleh anda gunakan ubat gigi sebagai aplikasi dalam kehidupan anda.

1. Bersihkan barang kemas termasuk yang ada batu permata intan berlian dengan ubat gigi saja. Cara lain, berus sekali celah-celah batu dengan berus gigi sama macam memberus gigi.
2. Kilatkan kaca pada lampu kereta pun boleh pakai ubat gigi saja. Bersinar-sinar gitu.
3. Para ibu dan pengumpul kasut snikers pasti suka yang ini. Gunakan ubat gigi untuk buang segala kotoran hitam yang melekat di bahagian getah di tepi kasut.
4. Jadikan ubat gigi sebagai pencuci tandas pun boleh.
5. Kesan kopi, sabun dan tumpahan air di baju kini boleh dihilangkan dengan ubat gigi.
6. Gula-gula getah melekat di rambut? Ini masalah biasa bagi para ibu yang ada anak kecil yang suka makan gula-gula getah.  Tapi adakalanya kawan-kawan dia yang nakal yang buat. Nak tanggalkan bukan senang. Kini boleh diselesaikan dengan ubat gigi dan berus gigi saja.
7. Boleh guna ubat gigi untuk hilangkan calar di belakang CD rupanya.
8. Tensyen perabot kayu kat rumah kena conteng dengan anak-anak? Tak mengapa. Ubat gigi kan ada. Sental sampai hilang.

9. Kilatkan hiasan dan barangan perak anda dengan ubat gigi. Bersih berkilat.


10. Ini paling tak sangka. Skrin iPhone atau smartphone anda calar? Hilangkan saja dengan ubat gigi.
11. Buang kesan kotor pada kain langsir jenis nipis dan lace memang sukar. Nak sental kuat-kuat nanti koyak pula kain tu. Kini selesai dengan ubat gigi.
12. Kesan kotoran pada sterika juga boleh dihilangkan dengan ubat gigi.
13. Buang kesan air pada meja kayu. Sental saja dengan ubat gigi.
14. Piano kena conteng? Ubat gigi boleh selesaikan.
15. Lagi sekali, para ibu pasti suka. “Contenglah dinding tu nak.
16. Bersihkan hitam di celah kuku pun boleh dengan ubat gigi.

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.