Tags:

17 Ilustrasi Sindir Masalah Masyarakat Terhadap Ketagihan Gajet Dan Teknologi

By Hafiz.H Friday, October 30, 2015
Ajit Johnson seorang calon PHD di sebuah Universiti di Edinburgh, telah mereka satu bentuk set poster bertajuk #This_Generation.

Poster ini adalah simbolik bagaimana kehidupan generasi hari ini yang terdedah dengan segala teknologi internet dan gajet sedia ada.
Ajit Johnson
#This_Generation adalah salah satu siri poster yang dihasilkan oleh Ajit menggambarkan bagaimana teknologi hari ini 'menyerang' kehidupan kita dalam bentuk humor dan santai.

Tambah Ajit, Teknologi membuatkan hidup kita lebih menarik dan selesa tetapi ia sebenarnya telah membuatkan sebilangan generasi hari ini terputus hubungan sesama mereka.

Contohnya, generasi hari ini lebih gemar mengaplikasikan teknologi dan media sosial dalam kehidupan mereka sehinggakan ada sesetengah organisasi menyarankan menggunakan media sosial Skype sebagai medium alternatif untuk mereka berhubung.

Dan lebih mudah lagi bagi mereka Skype digunakan untuk 'menghadiri' temuduga!

Sudah tentu ia tidak menunjukkan siapakah diri mereka sebenar dihadapan orang lain kerana mereka hanyalah berada di depan komputer dan sesi temuduga itu berlangsung.

Jadi berapakah banyakkah senario sebegini berlaku dalam hidup anda?

Di bawah adalah beberapa ilustrasi yang menunjukkan masalah ketagihan masyarakat terhadap teknologi yang dihasilkan oleh Ajit.

Ajit Johnson seorang pelajar dalam bidang Kanser Genetik tetapi meminati bidang seni. -HarianBlogger.Com



Beginikah caranya anda 'date' dengan pasangan? #This_Generation
Jika anda dalam krisis masalah , ini tempat pertama yang akan anda mengadu? #This_Generation
Tiada lagi Kad Undangan Perkahwinan #This_Generation
Pada tahun 2014, perkataan SELFIE telah mula dimasukkan ke dalam Kamus Dewan Bahasa
Putuskan Hubungan: Hanya dengan  menekan butang klik










Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.