Tags:

Gambar Mayat Che Guevara Ditemui Selepas 47 Tahun Beliau Dibunuh

By Hafiz.H Saturday, October 24, 2015
Gambar yang menjadi ikonik di seluruh dunia
Selepas hilang selama setengah abad, gambar-gambar bersejarah pemimpin revolusi Cuba, Ernesto Che Guevara yang diambil oleh seorang jurugambar AFP ditemui di sebuah bandar kecil di Sepanyol baru-baru ini.

Pemimpin gerila berjanggut hitam itu kelihatan terlantar tidak bernyawa di atas pengusung dengan mata terbuka, dada dipenuhi darah dan kotoran dalam lapan gambar hitam putih yang diambil selepas dia ditembak oleh tentera Bolivia pada bulan Oktober 1967.
GAMBAR diambil pada tahun 1965 menunjukkan Guevara (kiri) berkhemah di dalam hutan bersama pejuang Cuba yang lain semasa gerakan gerila di Congo.
Pejuang revolusi yang lahir di Argentina pada tahun 1928 itu telah membantu bekas Presiden Cuba, Fidel Castro menggulingkan diktator Fulgencio Batista pada tahun 1959.

Bagaimanapun, Guevara dihukum mati pada tahun 1967 ketika cuba melancarkan revolusi sama di Bolivia.

Gambar-gambar tersebut adalah milik Imanol Arteaga iaitu seorang ahli majlis tempatan di bandar Sepanyol utara Ricla.

Gambar tersebut diwarisi daripada bapa saudaranya, Luis Cuartero iaitu seorang mubaligh di Bolivia pada tahun 1960-an.

“Dia membawa balik gambar-gambar ini ketika menghadiri majlis perkahwinan ibu bapa saya pada November 1967.

“Ibu saudara dan ibu saya memberitahu, seorang wartawan Perancis telah memberikan gambar-gambar itu kepadanya,” kata Arteaga yang berusia 45 tahun.

Dia dan ibu saudaranya menjumpai gambar-gambar itu di samping barang-barang milik Cuartero yang mati ketika berjuang pada tahun 2012.

“Saya masih ingat bahawa dia mempunyai gambar Guevara dan ibu saudara saya memberitahu, dia tahu di mana mereka berada.

“Gambar-gambar itu berada dalam kotak bersama-sama dengan foto-foto Bolivia yang lain,” kata Arteaga.

Dalam pada itu, gambar-gambar yang diambil oleh wartawan AFP, Marc Hutten selepas Guevara dibunuh oleh tentera Bolivia disiarkan dalam media antarabangsa pada masa itu.

Namun, penemuan baharu mendapati, gambar-gambar itu telah diambil pada masa yang berlainan. Di dalam gambar itu, Guevara muncul dengan rambut kusut dan jaket kasar berbutang di dadanya.

Anggota kanan
PAKAR mendakwa, gambar Guevara (terbaring) yang ditemui itu diambil pada tahun 1960-an.


Penyembunyian gambar-gambar pejuang itu turut menemukan gambar yang kononnya adalah mayat teman revolusinya, Tamara Bunke. Mayat Bunke berada di atas pengusung dengan keadaan mukanya hancur.

Merupakan seorang doktor kelahiran Argentina, Guevara menjadi terkenal sebagai anggota kanan Castro.

Dia diburu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan ditangkap tentera di Bolivia pada 8 Oktober 1967 sebelum dibunuh pada hari berikutnya.

Mayatnya dipertontonkan kepada penduduk dan wartawan di kampung Vallegrande, Bolivia sebelum disemadikan secara rahsia.

Arteaga percaya Hutten yang telah memberikan gambar-gambar itu kepada Cuartero, mungkin sebagai pertukaran untuk keluar cepat dari negara berkenaan.

“Dia menyuruh bapa saudara saya untuk mengambil gambar tersebut kerana dia merupakan satu-satunya warga Eropah yang meninggalkan Bolivia pada masa itu.

“Selepas Arteaga menjumpai semula gambar itu, dia memberitahu bahawa dia ada membuat carian di internet dengan kata kunci kematian wartawan Perancis dan nama Hutten keluar bersama beberapa keping gambar seperti milik saya ini,” katanya.

Selepas Cuartero mengambil gambar-gambar berkenaan, keluarganya tidak lagi berhubung dengan Hutten yang kemudian meninggal dunia pada Mac 2012.

Gambar-gambar tersebut telah dikaji oleh seorang pakar dan mendakwa, ia dicetak pada sejenis kertas yang tidak dihasilkan lagi selama beberapa dekad. Dia mengesahkan bahawa gambar itu diambil pada tahun 1960-an.

“Hutten memberitahu kami bahawa dia menghantar empat atau lima gulungan gambar kepada AFP di Paris,” kata ketua fotografi untuk Eropah dan rantau Afrika di agensi berita dunia, Sylvain Estibal.

Bagaimanapun, Estibal memberitahu, apabila Hutten melewati Paris iaitu beberapa bulan selepas kematian Guevara, dia mendapati hanya beberapa gambar miliknya bersama kumpulan itu telah diberikan kepada pengarang.

“Di mana gambar selebihnya masih lagi misteri.”

Arteaga berkata, setiap hari dia bercakap dengan bapa saudara kesayangannya itu sepanjang tempoh 14 tahun terakhir hidupnya. Namun, kisah gambar-gambar berkenaan tidak pernah diceritakannya.

“Apa yang penting bagi saya adalah gambar-gambar ini kepunyaan bapa saudara saya. Ia mempunyai nilai sentimental tetapi saya juga sedar bahawa gambar-gambar ini mempunyai nilai sejarah,” kata Arteaga.

Sumber: KosmoOnline

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.