Inilah Gambar Yang Memenangi Pertandingan National Geographic Traveler 2015 (10 Gambar)

By Hafiz.H Wednesday, October 21, 2015
Pertandingan Fotografi untuk Ulangtahun National Geographic Traveler 2015 telah berlangsung beberapa bulan lalu.

Jurugambar dari seluruh dunia samada amatur dan professional beradu kepakaran mereka dalam bidang fotografi. Gambar-gambar yang dihimpunkan dari seluruh dunia telah dipertandingkan dalam pertandingan tersebut yang dianjurkan sendiri oleh National Geographic.

Pertandingan ini merupakan tahun ke 27 ia dilancarkan dan mendapat perhatian peminat fotografi dari seluruh dunia. Pemenang bakal membawa balik sejumlah wang tunai dan akan menaiki kapal persiaran mewah menyulusuri pulau Costa Rica dan bercuti di Terusan Panama.

Antara gambar yang mendapat perhatian warga juri dan penonton adalah gambar yang diambil di Bangladesh dimana tiga pekerja warga Bangladesh yang sedang melihat melaui kaca tingkap di tempat mereka bekerja.

Pemenang tempat pertama fotografi terbaik National Geographic adalah gambar dimana ikan paus yang yang diambil disebuah dasar perairan pulau di Mexico.
Menyelam Bersama Paus
Tempat pertama: Gambar diambil ketika ikan paus sedang melahirkan anaknya. Menurut jurugambar terbabit kawasan ini sememangnya paling unik dan indah yang jarang dimasuki manusia. Menurutnya lagi kawasan ini bakal dijadikan tapak warisan semulajadi bagi hidupan laut dan akan dipelihara oleh UNESCO.

Lokasi gambar diambil adalah sebuah pulau yang diberi nama Roca Partida Island yang terletak di wilayah Revillagigedo dalam negara Mexico.
Three Gravel Workmen
Tiga pekerja Bangladesh dari wilayah Chittagong yang terletak di Selatan Bangladesh sedang melihat lensa kamera jurugambar melalui tingkap kaca yang diselaputi dengan debu. Gambar tersebut mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini.
Camel Ardah
Foto menunjukkan dua orang Arab yang sedang menunggang unta ini telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Fotografi terbaik National Geographic.

Foto yang diberi nama ‘Camel Ardah’ oleh jurugambar ini adalah salah sebuah adat perlumbaan tradisional yang diamalkan masyarakat Oman. Perlumbaan ini amat unik dimana dua ekor unta dikawal oleh penunggang yang pakar.

Menariknya lagi, Unta siapa yang lebih pantas dan sampai di garisan penamat, dia dianggap kalah dalam pertandingan tersebut. Maka disebabkan itu penunggang terpaksa mengawal kelajuan unta mereka seiring dengan pihak lawan.
Menangkap Itik
Menangkap Itik: Dua kanak-kanak lelaki cuba menagkap itik berlatarbelakngkan air terjun Nong kHai, Tahiland.
Highlanders
Dua orang pasangan suami isteri menunjukkan sabit atau pemotong rumput.

Masyarakat Poland masih mengamalkan secara tradisi memotong dan menyusun rumput kering menggunakan sabit dan pencakar.


Badak Sumbu Putih
Badak Sumbu Putih Yang Terancam: Menurut jurugambar yang merakam detik ini, mereka meluangkan masa hampir seharian untuk mendapatkan posisi yang menarik demi mendapatkan ‘pose’ badak sumbu putih sedang meragut rumput.

Jarak yang diambil oleh jurugambar adalah 30 meter demi mengelakkan sekumpulan haiwan ini tersedar akan kehadiran manusia.

Badak sumbu putih adalah sepesies yang terancam di bumi Afrika. Foto diambil di kawasan perlindungan hutan Ziwa dalam negara Uganda.
Sauna In The Sky
Foto yang diberi nama ‘Sauna In The Sky’ (Sauna di langit) ini diambil di pergunungan alps dengan ketinggian 2800 meter.
A Night At Deadvlei
Satu Malam Di Deadvlei: Jurugambar menghabiskan sepanjang malam demi merakam detik-detik paling unik di dunia ini.

Dengan tetapan saturasi dan pengcahayaan yang lebih tinggi pada lensa kamera ia seakan-akan menunjukkan suasana di waktu siang, sebaliknya foto ini dirakam pada waktu malam.

Dalam gambar tersebut menunjukkan pokok yang dipercayai berusia 900 tahun.
Land Of Fairy Tales
‘Land Of Fairy Tales’: Romania. Bagaikan sebuah penempatan dalam cerita dongeng.
Kushti
Foto diberi nama ‘Kushti’ adalah disitilah sebagai Gusti India menunjukkan 2 orang lelaki hanya memakai cawat dan beradu tenaga di gelanggang yang hanya diperbuat dari tanah liat.

Malah gelanggang gusti ini turut dicampur dengan garam dan minyak sapi. Setelah tamat perlawanan 2 orang lelaki ini berehat sambil menyapu tanah diseluruh badan serta kepala mereka untuk menyerap peluh.

Uniknya dalam foto ini, setelah tamat perlawanan peserta akan bersantai dengan saling meregangkan otot badan mereka untuk menunjukkan rasa hormat diantara peserta. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.