Tags:

Kejadian Yang Berlaku Di KFC Ini Buka Mata Rakyat Malaysia (Gambar)

By Hafiz.H Saturday, October 24, 2015
Sekadar gambar hiasan
Kejadian yang berlaku di sebuah Restoran KFC ini wajar menjadi iktibar buat rakyat Malaysia. Pengguna Facebook, 

Riff Muhd menceritakan bagaimana tindakan seorang lelaki yang menolong seorang pakcik telah memperlihatkan hati murni rakyat Malaysia. Baca lagi:


Uncle, kita semua Malaysia
Aku lihat seorang hamba Allah, sedang beratur di kfc. Tinggal lagi seorang di dalam barisan, tibalah giliran dia.
Kemudian dia menoleh ke belakang, 13 orang dalam barisan. Dia terlihat seorang uncle berdiri beratur sama, dan cucunya sdg bermain bersama si nenek.
Sewaktu tiba giliran hamba Allah untuk buat order, dia melambai uncle tersebut.
"Uncle, mari sini."
Uncle pun terus ke depan seolah tahu.
"Uncle boleh buat order dulu, kita tukar tempat, saya sambung baris uncle."
Hamba Allah tersebut pun berjalan beratur di barisan belakang.
"Terima kasih semua, maaf melambatkan." katanya.
Belum lama dia beratur, seorang abg datang ke belakang dan menarik tangan hamba Allah tersebut.
"Bro, you pergi baris depan buat you punya order." kata abg tersebut
"Eh, tak apa bang, ramai yg beratur dari tadi, saya tak berebut. Tak apa, tak apa."
Kemudian hamba Allah tersentap.. beberapa bersuara..
"Tak apa adik, you ambik akak punya baris."
"I'll give you my queue, I'm not in rush."
"Bro, pegi balik depan bro nanti kami tak buat order."

Dan banyakan memandang, hamba Allah segan dan rasa terharu.. Dia pun akur dan kembali di dalam baris..

"You semua hati banyak mulia. Thank you. This is Malaysia." kata uncle sambil membawa snack plate butter garlic chicken buat cucunya.

In shaa Allah, jangan segan untuk mendahulukan mereka yg tua, kurang upaya dan ibu mengandung.

Kita semua Malaysia, kita semua cantik luar dan dalam.

In shaa Allah.
Terima Kasih Malaysia.Sikap toleransi sesama kaum seperti kejadian ini seharusnya menjadi amalan dalam hidup kita. Mungkin selama ini rakyat Malaysia dikaburi dengan ideologi dan anasir yang tidak baik dibawa oleh sebahagian ahli politik dan NGO-NGO yang berkepentingan.

Kredit: Tengoktvonline

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.