Tags:

Padah Motosikal Rosak, Gadis Diseret Sebelum Dipaksa Oral 5 Lelaki

By Hafiz.H Thursday, October 29, 2015
Gambar Hiasan
KEMAMAN: Keseronokan di hujung minggu seorang gadis Tingkatan 5 bersama teman lelakinya menunggang motosikal berakhir dengan tragedi, apabila mangsa telah dicabul oleh 5 lelaki serta dipaksa melakukan seks oral ke atas mereka semua. 

Salah seorang dari suspek turut merakamkan perbuatan menjijikkan itu menggunakan telefon pintarnya.

Menurut laporan dari New Straits Times Online, gadis berumur 17 tahun itu, dari Kampung Tempurong, keluar dari rumahnya pada jam 11 pagi untuk mengikut teman lelakinya, juga 17, untuk menaiki motosikalnya.

Walau bagaimanapun, motosikal teman lelakinya rosak 30 minit kemudian di Kampung Paya Seratus di Binjai.


Tidak semena-mena, dua lelaki tiba-tiba muncul dari semak dan menangkap pasangan itu. Pasangan itu kemudian diseret ke pondok yang berhampiran, di mana kedua-dua mangsa dipaksa untuk menanggalkan pakaian satu sama lain.

Kedua suspek itu kemudian memisahkan gadis itu daripada teman lelakinya dan membawanya keluar dari pondok, di mana beberapa lagi lelaki sedang menunggu.

Gadis itu kemudian dipaksa melakukan seks oral ke atas kesemua 5 lelaki itu dimana salah seorang daripada mereka merakamkan kejadian itu.

"Selesai, kesemua suspek kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

"Teman lelakinya kemudian muncul dari pondok, dan mendakwa sebelum itu telah diancam dan diarah supaya tidak campur tangan.

"Kedua-dua remaja itu kemudian diselamatkan oleh orang yang lalu-lalang."

Bimbang klip video itu akan diviralkan di internet, gadis itu membuat laporan polis di Balai Polis Chukai pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim, mengesahkan kes itu, dan berkata polis sedang memburu kesemua suspek.

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.