Tags:

Peminat The Walking Dead Bunuh Rakan Lepas Lihatnya Mahu Berubah Jadi Zombi (Gambar)

By Hafiz.H Wednesday, October 28, 2015
Gara-gara melihat rakannya bakal berubah menjadi zombi, seorang lelaki yang taksub dengan siri The Walking Dead sanggup membunuh rakannya sendiri menggunakan sebahagian objek tajam.

Menurut laporan Daily Mail, pada Khamis lalu tertuduh Damon Perry berusia 23 tahun dari Mexico telah didakwa membunuh rakannya Christopher Paquin (Gambar) dengan beberapa objek tajam serta sebuah gitar dan gelombang mikro, dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Christopher Paquin,23, dipukul hingga mati oleh rakannya kerana didakwa berubah menjadi zombi


Mereka yang pada asalnya sangat meminati siri rancangan The Walking Dead sebuah drama berkisar tentang kewujudan Zombi.

Walaubagaimanapun, siasatan mendapati tertuduh telah mabuk menyebabkan dia melihat rakannya berubah menjadi zombi dan para penyiasat menyifatkan kes ini sebagai pembunuhan paling pelik dan mengerikan pernah mereka temui.
Damon Perry
Tertuduh yang berasal dari Mexico itu bakal dihadapkan ke mahkamah pada 3 November ini dan diwakili seorang peguam. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.