Sejarah Kedatangan Kasut Warrior Ke Malaysia

By Hafiz.H Thursday, October 22, 2015

Tahukah Anda?

Jenama Warrior ( Hui Li) didaftarkan pada tahun 1935 ketika Syarikat Shanghai Zhengtai memperluaskan perniagaan getah ke pasaran kasut sukan.” Hui Li ” diterjemahkan, merujuk pada kekuatan untuk mengatasi kesulitan, jenama digunakan oleh Syarikat Shanghai Zhengtai untuk mengelakkan muflis pada zaman itu. 

Pada Awalnya Kasut Warrior dicipta khas untuk Atlet sukan China, menjelang tahun 60an, 70an dan awal 80an Kasut Warrior dipakai hampir seluruh rakyat Jelata (semua golongan) di Negara China. Selepas Negara China Membuka Ekonominya kepada dunia barat, jenama Warrior menjadi terkenal di eropah dan Amerika Syarikat.


Kasut Jenis Sneakers yang amat popular di China.

Warrior Sneakers WB-1

Rekaan yang cantik, setaraf rekaan jenama kasut terkenal seperti Nike dan Adidas

Antara Kasut yang popular di Malaysia sekitar tahun 80an dan 90an

p/s: Bermulalah legasi permainan sepak takraw di Malaysia dengan mengenakan kasut jenama Warrior. Selesa, sebab itulah ramai atlet ketika itu menenakan kasut jenama ini disamping harganya juga begitu murah. Bebudak sekolah pun ada juga yang layan kasut ini ketika itu.


Warrior 565 Hi Cut





Kasut Warrior pada pandangan penulis:

Kasut Warrior adalah sinonim ketika penulis di bangku sekolah dahulu, disamping harganya yang murah sekitar hanya RM 15 tidak silap penulis ketika itu. Al-maklumlah niat di hati ini hendak jugalah merasa kasut branded seperti Converse, tapi harganya yang begitu mahal membuatkan pelajar-pelajar sekolah pada ketika itu lebih selesa mengenakan kasut berjenama Warrior ini.

Bukan sahaja digunakan untuk ke sekolah, malah waktu petang boleh digunakan untuk bermain sepak takraw lagi, malah ada juga yang menggunakan kasut ini untuk bermain bola dan futsal.

Pendek kata, bagi penulis kasut ini memang selesa, tahan lasak dan yang penting memang MURAH!

Kini kasut ini masih lagi mendapat tempatnya di mata pengguna, digunakan untuk apa sahaja aktiviti dari beriadah hinggalah ke pekerjaan lasak sekalipun tetap masih ada pengguna yang setia mengenakannya.

Kebanyakan atlet di Malaysia terutamanya atlet Sepak Takraw telah mengiktiraf kasut Warrior sebagai kasut yang sesuai digunakan untuk menjalani latihan dan perlawanan.

Sedikit info & ulasan tentang kasut sepak takraw



Kasut ini sangat popular untuk ketiga – tiga posisi. Malah tidak dinafikan kaut ini amat selesa potongannya kerana anda dapat merasai cengkaman di bahagian pergelangan kaki. Untuk menimang bola pula, kasut ini sememangnya memberikan kusyen yang baik terutamanya bagi mereka di posisi Feeder.

Kasut ini mempunyai kelebihan dalam banyak bentuk. Antaranya ialah
1 – Diperbuat dari kain yang tahan lasak
2 – Alas kaki yang selesa
3 – Tidak terlalu berat; berbanding dengan NanYang yang agak berat
4 – Tapak yang lambat haus berbanding Badminton Master
5 – Lubang tali yang cukup banyak bagi membantu ikatan kemas meliputi permukaan kekuda kaki

Ulasan dipetik dari: www.bolarotan.com

Ihsan gambar dari: loncosimagestudio.blogspot.com

Artikel diolah dan disediakan oleh: Harian Blogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.