Tags:

Ustaz Beritahu Atok, Kalau Nak Cepat Dapat Anak, Satu Saja Syaratnya

By Hafiz.H Wednesday, October 28, 2015
Kisah perkongsian pengalaman seorang lelaki yang menggunakan nama penanya di Facebook dengan gelaran 'Atok' ini mendapat perhatian netizen.

Mizan As-Syatirie yang berkongsi pengalaman hidup berumahtangga selama lapan tahun tanpa cahaya mata menarik perhatian hampir ribuan netizen untuk berkongsi pengalaman emas beliau.

Atok dalam postingnya memberitahu tips paling berharga kepada pasangan yang ingin memiliki cahaya mata.

Dalam postingnya di Facebook bertarikh 26 Oktober yang bermula dengan tajuk 'catatan malam' itu membuatkan sesiapa sahaja merenung sejenak konsep rezeki yang digunakan beliau.

Moga dengan posting ini dapat anda jadikan panduan dalam melayari bahtera rumahtangga bersama pasangan tercinta.
Coretan Saudara Mizan As-Syatirie yang mendapat hampir 5000 perkongsian di Facebook


Coretan Malam

Dulu, hampir 8 tahun atok dan isteri tiada zuriat. Boleh dikatakan setiap bulan bila nampak isteri tak solat, atok tahu dia tengah uzur. Maksudnya, tak sangkut lagilah.

Mula-mula itu memang terasa. Lama kelamaan sudah menjadi biasa. Tidak mengharap langsung pun. Setakat orang tanya-tanya ini, kami buat bodoh saja. Lantaklah nak tanya apa pun, paling tinggi kami senyum saja. Kalau jawab, kasar bunyinya nanti.

Mula-mula dulu kalau pergi Parkson, memang elakkan lalu di bahagian baju budak-budak. Janggal. Selepas itu kami ubah cara kami, kami belek-belek baju comel itu. Kami masuk kedai baby berangan macam ada anak sendiri. Sehinggalah suatu hari isteri kata dia nak beli baju-baju itu. Nak dihadiahkan kepada anak-anak buah.

"Suka hati awaklah,"

Daripada baju, mainan sampai ke barang kemas dia belikan. Suka dia bila tengok anak buah dia bergaya. Dia kalau nampak ada baby kecil, tak kira anak siapa pun, dia akan bagi duit 'tilik bayi'. Paling sikit RM5, ambil berkat katanya. Atok pula, kalau pergi 7 Eleven ke, ada budak-budak dengan mak bapa dia nak beli jajan, kalau waktu itu ada duit lebih, atok akan bayarkan. Lepas itu pegang kepala budak itu untuk ambil berkat. Kata orang, budak memang tak tahu nak mendoakan kita lagi tetapi mereka ini suci dan tiada dosa. Malaikat akan mendoakan kita bagi pihak dia.

Selepas itu, bermacam-macamlah ikhtiar yang telah kami cuba termasuklah buah zuriat daripada Mekah, berurut sana sini, jamu itu, jamu ini, supplement itu, supplement ini, pergi jumpa ramai gynea tapi nan hado!

Selepas itu, ada seorang ustaz ini memberitahu atok kalau nak cepat dapat anak, satu saja syaratnya, isteri kena betul-betul rasa bahagia. Jangan marah-marah dia, kena manjakan dia.

Dengan rasa terpaksa (hehe!), atok mula memanja-manjakan isteri gile-gile. Orang perempuan ini adat ler. Bila kena manja, kadang-kadang kepala itu jadi besar sikit. Tapi atok sabar saja dan layankan saja. Daripada terpaksa, lama kelamaan menjadi rela sebab bila isteri ini berasa bahagia, dia akan layan suami dia macam raja. Atok juga yang beruntung.

Alhamdulillah, Allah hadirkan budak kuntet seorang ini dalam hidup kami. Bermulalah episod kami bertiga pula setelah sekian lama hidup berdua.

Jadi kepada pasangan yang masih menanti zuriat, inshaAllah rezeki korang. Ikut sajalah petua-petua ini eh. - Mizan Al-Syatirie

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.