Browsing "Older Posts"

Harga Terkini Petrol RON 95,97 & Diesel Mulai Disember 2015

By Hafiz.H → Monday, November 30, 2015
Harga Terkini Petrol RON 95,97 & Diesel Mulai Disember 2015


Berikut adalah harga terkini bahan api petrol dan diesel bermula 1 Disember 2015

Berdasarkan sumber, harga petrol RON95 turun berbanding bulan lepas pada harga RM1.95

Manakala petrol RON97 dan Diesel mengekalkan harga yang sama seperti bulan November 2015.

Harga Terikini Petrol dan Diesel Disember 2015:

Petrol RON 95: RM1.95/liter

Petrol RON97: RM2.45/liter

Diesel: RM1.90/liter

HarianBlogger.Com

Robot Paling Seksi Di Dunia Diserbu Peminat

By Hafiz.H → Saturday, November 28, 2015
Beijing: ‘Robot paling seksi di dunia’ digelar Geminoid F menjadi tarikan utama pengunjung ke Pameran Robot Dunia di sini, minggu ini.
Geminoid F mempunyai ratusan peminat yang memberi jolokan itu kepada robot yang nampak tak ubah seperti manusia, malah pernah berlakon dalam filem Jepun, ‘Sayonara.’

Android dengan ketinggian 1.7 meter itu mampu menggerakkan matanya seterusnya bertindak balas terhadap pandangan mata serta memahami pergerakan bahasa badan.

Perlakuannya juga seperti manusia dengan ‘kulit’ diperbuat daripada getah dengan wajah seorang gadis. Malangnya dia tidak boleh berjalan sebaliknya terpaksa disorong menggunakan kerusi roda.





Robot itu dicipta Makmal Hiroshi Ishiguro, Universiti Osaka yang merancang membina model lebih baik pada masa depan.

Pembantu profesor, Kohei Ogawa berkata: “Matlamat kami adalah untuk mencipta kecerdasan buatan (AI) menggunakan robot ini.

“Buat masa ini sistem pengenalan suara tidak berkesan terutama dalam keadaan bingit. Pada masa depan, kami mahu mewujudkan sistem AI sempurna menggunakan robot ini.”

Robot itu juga mampu senyum, mengerutkan dahi dan menggerakkan mulut, selain menyanyi serta bercakap dengan memainkan rakaman atau menggerakkan mulutnya mengikut bunyi percakapan.

Ia juga mampu ‘meniru’ riak wajah manusia. -HarianMetro

Cristiano Ronaldo Dan Apartment Mewah Berharga $18.5juta (11 Gambar)

By Hafiz.H → Friday, November 27, 2015
Bintang Bola Sepak Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo dalam laporan pada Ogos lalu telah membeli sebuah pangsapuri mewah yang terletak di Manhattan Fifth Avenue, New York, Amerika Syarikat.
Khabar angin tersebar mengatakan Ronaldo membeli kediaman tersebut kerana setelah tamat kontrak dengan Kelab Real Madrid, beliau merancang untuk menyarung jersi salah satu kelab Liga Major Leageu Soccer dari Amerika Syarikat.
Trump Tower New York City
Pangsapuri eksklusif ini terletak di menara milik Donald Trump -Trump Tower New York City, salah seorang jutawan paling kaya di Amerika Syarikat.

Kediaman mewah ini yang pada asalnya diilhamkan dari sebuah novel '50 Shades Of Grey' adalah kepunyaan seorang Taikoon hartanah dari Itali, Alessandro Proto.

Alessandro yang juga rakan perniagaan Donald Trump telah menjual sepenuhnya aset ini kepada bintang bola sepak Portugal itu.

Kediaman mewah dengan tiga bilik ini telah dimiliki sepenuhnya dengan nilai pembelian $18.5juta.

Ruang dalaman pangsapuri mewah tersebut telah didekorasikan oleh pereka dari Chile Juan Pablo Molyneux. -HarianBlogger.Com










4 Makanan Yang 'Bersihkan' Paru-paru Dalam Masa 72 Jam, Perokok Wajib Baca!

By Hafiz.H → Thursday, November 26, 2015
Masalah paru-paru amat sinonim bagi mereka yang bergelar perokok.

Sesetangah orang mungkin turut mengalami masalah paru-paru sungguhpun mereka tidak pernah menyalakan rokok dalam hidup mereka.

Tetapi ada juga individu yang pernah menghabiskan umurnya selama 40 tahun dengan merokok dan mereka tidak langsung mengalami sebarang masalah pada organ paling penting ini.

Semua ini bergantung pada tahap kesihatan tubuh badan seseorang itu.

Ada beberapa tips yang dikatakan dapat mengurangkan atau membersihkan paru-paru dalam masa beberapa hari. Antara yang bakal menarik minat pembaca khususnya kepada mereka yang merokok adalah bagaimana membersihkan paru-paru anda dalam masa 72 jam iaitu 3 hari.

Sebelum anda memulakan proses detoksifikasi, anda perlulah 'membuang' kesemua jenis pengambilan kafein, ini penting demi kelancaran proses detoksifikasi dalam tubuh badan.

Hari Pertama:
Minum secawan teh herba sebelum tidur@Teh Cina. Ini sangat bagus untuk sistem penghadaman disamping dapat membuang segala toksin dalam usus yang berpunca kepada masalah sembelit. Toksin yang dinyahkan melalui pengambilan teh herba dapat membantu paru-paru berfungsi dalam keadaan baik.

Kedua. perahan lemon dalam air dengan kuantiti 300ml sebelum anda mengambil sarapan pagi. Jika tiada lemon, anda boleh menggantikan jus oren sebanyak 300ml sebelum sarapan.

Jus sememangnya berfungsi sebagai agen semulajadi yang mengandungi antioksidan dimana ia membantu meningkatkan sistem pernafasan.

Ketiga, Minum 300ml jus lobak merah diantara waktu sarapan dan makan tengah hari. Jus lobak merah berfungsi untuk mengalkali darah anda selama tiga hari pengambilan jus tersebut.

Waktu makan tengah hari, anda perlu minum 400ml jus yang kaya dengan potassium(kalium). Contoh jus dengan kandungan potassium adalah adalah jus buah prune, jus oren, dan jus limau gedang@limau bali. Selain berfungsi sebagai agen 'pembersihan' pengambilan potassium juga dapat membantu meredakan tekanan darah.

Setelah menamatkan hari pertama dengan pengambilan kesemua 'supplemen' ini, akhiri hari anda dengan minum 400ml jus kranberi sebelum tidur. Buah kranberi membantu memerangi bakteria dalam paru-paru yang boleh menyebabkan jangkitan.

Tips ketika mandi

Anda digalakkan mandi selama 20 minit dengan air panas setiap hari bagi membolehkan air tersebut dapat membuang lebihan toksin yang melekat pada kulit badan.

Titiskan 5-10 titisan minyak kayu putih ke dalam mangkuk yang berisi air panas, rendamkan dengan kain yang kering ke dalam mangkuk tersebut dan gunakan kain tersebut untuk menutup muka anda sehingga kain itu kembali sejuk. -ulangi proses ini.

Selain tips diatas, ada lagi 4 makanan yang mudah diperoleh untuk membersihkan paru-paru dalam masa tiga hari.


1. Halia
Halia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria dan juga membantu tiub bronkial untuk menghapuskan bahan-bahan berbahaya dari paru-paru.
Secara amnya, bagi perokok yang mengamalkan pengambilan halia, mereka akan merasakan sistem pernafasan lebih lega dan lancar.

Cara terbaik pengambilan halia adalah dengan mengunyah setiap hirisan halia yang dipotong nipis.

2. Limau Bali @ Limau Gedang  
Kaya dengan antioksidan dan sesuai bagi penghidap kanser paru-paru. Antioksidan berfungsi mencegah sel-sel kanser dari terus merebak tanpa kawalan.

Penyelidik Dr. Corrine Hanson berkata, limau bali atau limau gedang kaya dengan vitamin C yang menyebabkan buah ini mempunyai keupayaan untuk menghalang tindakan enzim yang boleh mengaktifkan sel kanser paru-paru.

Amalkan makan limau bali jika anda seorang perokok tegar.

3. Selenium
Selenium merupakan mineral yang merangsang enzim dan bersama-sama dengan vitamin E membantu dalam mengukuhkan membran paru-paru.

Jika selenium banyak di dalam tubuh badan, maka sel-sel kanser akan berkurangan atau hilang.

Mineral Selenium terdapat di dalam buah tembikai, cendawan, tiram, bayam dan ubi keledek.

Selenium meningkatkan kadar imun dan membersihkan paru-paru dari serangan toksin.

4. Bawang Putih
Satu kajian yang pernah dijalankan di Pusat Kawalan Wilayah Jiangsu dan Pencegahan Penyakit di China, menunjukkan makan bawang putih sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru dan akan berkurangan kepada 44%.

Bawang putih diketahui mengandungi antioksidan yang boleh mengurangkan radikal bebas dalam badan yang berfungsi untuk menghapuskan keradangan dalam badan.

Selain 4 bahan makanan diatas, durian belanda juga salah satu makanan yang dapat menghindar penyakit kanser paru-paru. -HarianBlogger.Com

Kehidupan Sebenar Orang Eskimo Yang Tak Pernah Kita Lihat (15 Gambar)

By Hafiz.H →
Orang Eskimo sebenarnya adalah orang asal yang mendiami bahagian kawasan-kawasan paling sejuk dan bersalji di muka bumi.

Mereka secara tradisinya tinggal di sepanjang Utara dan Timur Siberia (Rusia), keseluruhan Alaska (Amerika Syarikat), Kanada dan Greenland.
Eskimo bergantung pada kebanyakan haiwan mamalia sebagai makanan utama mereka. Bukan saja itu, mereka turut menjadikan kulit haiwan mamalia sebagai kegunaan dalam kehidupan seharian.

Selain mendirikan igloo, orang Eskimo turut membina beberapa penempatan seperti rumah kerana igloo hanya terdapat di sesetengah tempat untuk kalangan puak tertentu sahaja.
Kehidupan harian orang eskimo adalah berburu sebagai rutin hidup untuk mengumpul bekalan makanan.

Orang Eskimo mengamalkan pemakanan mengikut musim sejuk dan panas.

Ketika musim sejuk mereka memburu anjing laut, ikan paus dan haiwan mamalia lain untuk dijadikan makanan. Manakala pada musim kering makanan berkurangan menjadikan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan serta caribou sejenis haiwan dari keluarga pelanduk@rusa menjadi makanan utama orang Eskimo.


Pengangkutan
Makanan istimewa masyarakat Eskimo adalah Akutoku sejenis makanan yang diletakkan buah beri Artik, minyak, dan daging caribou.
Disesetengah pedalaman, Orang Eskimo masih lagi mengekalkan pakaian dari kulit haiwan. Kulit dari haiwan buruan seperti anjing laut, caribou dijadikan pakaian dan kasut manakala kulit beruang kutub dan musang dijadikan jaket tebal ketika menghadapi musim sejuk.
Daging Caribou sebagai makanan orang Eskimo ketika musim panas
Pekerjaan utama mereka hanyalah berburu
Hasil buruan beruang kutub
Kulit dibersihkan kemudian dijemur untuk dijadikan pakaian bagi menghadapi musim sejuk ekstrim
Bagi kehidupan keluarga dalam masyarakat Eskimo, mereka yang terdiri dari saudara mara seperti ibu bapa, adik-beradik akan tinggal di dalam satu rumah. Kaum lelaki bertanggungjawab mencari keperluan makanan manakala kaum wanita bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak dan menyediakan pakaian.

Dari segi keagaaman, sejak kurun ke 20 masyarakat Eskimo telah memluk agama Krsitian, tetapi ada sesetengah puak Eskimo yang tinggal di pedalaman masih lagi mengekalkan kepercayaan kuno dan semangat ghaib.-HarianBlogger.Com
Memburu adalah sebahagian rutin hidup mereka
Bagi sesetengah masyarakat Eskimo, mereka tidak lagi tinggal di igloo
Wajah sebenar orang Eskimo
Kehidupan di dalam igloo

Pelakon Remaja Gantung Diri Kecewa Tak Dapat Jawab Soalan Matematik Tambahan SPM

By Hafiz.H → Wednesday, November 25, 2015
KUALA LUMPUR: Seorang remaja yang juga seorang pelakon dalam drama TV berbahasa Cina tempatan, dipercayai telah membunuh diri di rumahnya semalam. 

Pelakon berusia 17 tahun itu merupakan pelajar di SMK Raja Abdullah, ditemui tergantung dengan tali leher di lehernya di dalam biliknya di sebuah pangsapuri di Taman Jinjang.
Remaja lelaki itu dikatakan berlakon dalam beberapa siri TV berbahasa Cina tempatan.

Guru-gurunya menyifatkan mangsa sebagai 'pelajar yang cemerlang'.

Timbalan Ketua Polis Sentul Supt Mohd Sukri Kaman mengesahkan kejadian itu.

Difahamkan, remaja lelaki itu dikatakan kecewa selepas tidak dapat menjawab soalan Kertas 1 Matematik Tambahan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hari ini.

"Mangsa memberitahu gurunya bahawa dia tidak dapat menjawab." Mangsa juga berkata mahu pulang ke rumah tetapi guru menasihatinya agar bertenang.

Namun mangsa enggan dan terus pulang ke rumah, kata Sukri.

Gurunya mula bimbang selepas dia tidak hadir di sekolah pada waktu petang untuk kertas 2 Matematik Tambahan."

Guru kemudian membuat panggilan telefon kepada ibu remaja itu dan bertanyakan keadaannya.

Ibunya yang bekerja di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, kemudian meminta ibu saudara mangsa untuk memeriksa.

Dan ketika itulah wanita tersebut menemui remaja itu mati di dalam biliknya dengan tali leher yang diikat di lehernya, telah terikat pada bingkai tingkap.

Polis menolak sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: NST

Kenali Siapakah Presiden Yang Gila Lagi Kejam Dalam Sejarah

By Hafiz.H → Tuesday, November 24, 2015
Idi Amin Dada-bekas Presiden Uganda yang mati dalam buangan di Jeddah, Arab Saudi pada 17Ogos2003,dilabelkan sebagai gila,seorang badut,sadis,diktator,pembunuh kejam hingga kepada kanibal.

Dalam tempoh lapan tahun berkuasa 1971- 1979 - selepas mengulingkan Presiden Milton Obote, Idi Amin mendapat tempat di media serata dunia ekoran pelakuan ganjilnya.

Sesekali tindak-tanduknya kelihatan kejam,adakalanya berlagak bagai si dungu dan pada masa yang lain seperti terlalu bijak.Dia pernah mengarahkan empat lelaki kulit putih memikulnya di atas tandu, kemudian mengarahkan jurugambar merakamkan gambarnya itu untuk ditunjukkan kepada dunia bahawa bangsa kulit hitam lebih mulia dapipada orang berketurunan kulit putih yang selama ini menjajah negaranya.

Tanpa segan silu, Idi Amin membunuh secara kejam suku kaum lain yang cuba menentangnya kemudian menyimpan kepala-kepala mereka didalam petisejuk di istananya.

Disenaraikan serba ringkas perlakuan manusia aneh yang bernama Idi Amin Dada ini untuk difikir-fikirkan:



  • IdiAmin dilahirkan pada 1925,bagaimanapun tarikh yang sebenar tidak diketahui kerana tiada rekod yang jelas.Bapanya daripada Kakwa, suku kaum minoriti disempadan Uganda-Sudan,sementara ibunya daripada suku Lugbara. Kedua-dua suku kaum ini berkomunikasi menggunakan bahasa Sudan.
  • Menyertai pasukan King African Rifles-sebuah unit khas untuk bangsa kulit hitam dalam Pasukan Tentera British-pada tahun1946 hanya sebagai tukang masak.Dia dinaikkan menjawat pangkat sarjan bukan kerana kebolehan,tetapi sikapnya yang pandai mengambil hati pengawai British dengan merelakan dirinya menjadi badut dalam banyak acara di kem.
  • Ketika memakai pakaian seragam tentera,Idi Amin pernah menyeksa anak bangsanya yang menentang penjajah British dengan mengerat kemaluan mereka hidup-hidup. Dia kemudiannya terkekeh-kekeh melihat mangsanya terkinja-kinja menahan sakit. Suatu ketika IdiAmin pernah berlari bogel dijalan raya diNakuru,selepas polis tentera cuba memberkasnya ketika 'buat hal' dengan isteri sahabat baiknya.
  • Sepanjang menjadi Presiden,IdiAmin membunuh lebih 500,000 rakyatnya daripada pelbagai suku kaum tanpa sebab-sebab tertentu. "Teragak nak bunuh,dia akan lakukan!" menurut bekas Menteri Kesihatan Uganda yang juga sahabatnya,Dr. Henry Kyemba.
  • Idi Amin sesekali akan mencampakkan mayat mangsanya ke Sungai Nil,di tempat yang banyak buaya.Dia akan bertepuk tangan dan bersorak-sorak gembira setiap kali buaya-buaya menyambar mayat yang dihumbankannya itu.
  • Senjata yang digemari ketika melakukan pembunuhan ialah pisau belati atau tukulbesi.Walaupun tiada bukti kukuh mengatakan Amin seorang kanibal- makan daging manusia- tetapi setiapkali ada wartawan bertanyakan perkara itu,Amin akan menjawab: "Cubalah sendiri...".Menurut laporan,peti sejuk di istananya sentiasa di penuhi daging,tulang dan kepala manusia.
  • IdiAmin membunuh salah seorang isterinya.Wanita malang itu dikerat-kerat,kemudian dia mengarahkan doktor mencantumkan mayat itu semula. "Supaya dapat anak-anak melihat mayat ibu mereka." katanya.
  • Dia pernah mengahwini lima wanita sekaligus. Daripada semua perkahwinan itu serta skandalnya dengan ramai wanita,termasuk seorang wanita kulit putih,IdiAmin dikurniakan 34 orang anak-halal dan haram!
  • Pada suatu majlis harijadinya,Amin menjemput rakan-rakan,terdiri daripada pengawai tinggi tentera dan polis kemajlis makan malam bersama keluarga di istana. Ditengah-tengah hidangan, dia meletakkan kepala manusia yang dihias indah seperti menu utama.
  • Menurut Duta Uganda ke Amerika ketika itu, Dr Solomon Asea,Idi Amin sepatutnya jadi pesakit dan tinggal dihospital, bukannya menjadi Presiden. "Amin tak siuman...kalau tak, takkan dia bermain gitar dan melalak-lalak menyanyi selepas membunuh."
  • Media Barat mengejek Amin sebagai badut selepas beliau mengutus surat kepada Presiden Nixon ketika itu, Richard Nixon semasa heboh skandal Watergate: "Saya akan minta sendiri pertolongan Tuhan untuk selesaikan masalah anda," tulisnya.
  • Idi Amin mengelar dirinya raja seluruh makhluk didarat dan hidupan dilaut. "Sayajuga adalah penakluk sebenar Empayar British" katanya pada suatu perhimpunan rasmi.
  • Selepas setahun menjadi presiden,Idi Amin mengusir lebih 50,000 bangsa India dari Uganda selepas cintanya ditolak seorang gadis India yang menetap diKampala.Akibatnya ekonomi negara itu tunggang-langgang kerana selama ini orang Indialah yang memacu ekonomi Uganda.
  • Dia pernah melompat kedalam kolam renang dengan pakaian field marshall semasa menghadiri suatu majlis diplomatik kerana terlalu gembira.
  • Idi Amin gemar memakai terlalu banyak pingat pada bajunya sehingga dia kelihatan susah untuk bergerak. Pernah sekali bajunya koyak kerana terlalu berat dengan pingat yang entah dari mana dikutipnya.
  • Tidak ramai yang tahu,Idi Amin sebenarnya buta huruf dan tidak tahu langsung berbahasa Inggeris.Kerana itulah,dia mengambil masa yang panjang untuk menandatangani sesuatu dokumen.
  • Idi Amin menulis surat rasmi mengajak Presiden Tanzania,Julius Nyerere bertinju, semasa hubungan kedua-dua negara retak."Jika awak setuju saya akan ikat sebelah tangan saya kebelakang" antara yang ditulisnya. Bagaimanapun Nyerere tidak melayan hasrat Idi Amin itu.

  • Kejatuhan kerajaan pimpinan Idi Amin adalah kerana para balacinya yang terdiri daripada rakan dan kroni yang suka mengampu. Kebanyakan mereka pula adalah sepertinya- buta huruf!.
    Akhirnya Idi Amin diusir dan menjadi pelarian di negara orang.
    Dia meninggal dalam buangan di Jeddah.

    Idi Amin cukup seronok melihat orang lain takutkannya apatah lagi jika orang itu berkulit putih. Sekumpulan wartawan berkulit putih di paksa mengangkat sumpah taat setia sebelum dibenar membuat laporan.

    Rujukan asal: mforum.cari

    Inilah Satu-satunya Bandar Di Dunia Yang Mengharamkan Sebarang Alat Elektronik (Gambar)

    By Hafiz.H → Monday, November 23, 2015
    Green Bank sebuah bandar kecil yang terletak di West Virginia Amerika Syarikat dengan populasi penduduk seramai 143 inilah sebuah bandar yang digelar bandar paling 'tenang' di Amerika Syarikat.

    Mengapa ia dianggap bandar paling tenang di negara itu? Kerana sebarang penggunaan telefon bimbit mahupun alat elektronik yang lain adalah diharamkan sama sekali di bandar ini.
    Bandar yang berkeluasan 13,0000 kaki persegi ini adalah bandar yang diluar 'signal' Wifi,siaran radio mahupun televisyen.

    Punca bandar ini sifar dari sebarang gelombang elektronik adalah kerana disini, ahli sains dan peneylidik akan menggunakan kawasan ini untuk projek dan peneylidikan berkaitan satelit, dan disebabkan itulah sebarang gelombang dari peranti elektronik adalah dilarang sama sekali kerana menggangu isyarat teleskop pemancar satelit ini.
    Untuk info, Green Bank satu-satunya medan pemancar terbesar di dunia, maka sebarang gelombang dari peranti yang lain adalah dilarang memasuki kawasan gelombang pemancar satelit ini.

    Untuk membolehkan teleskop gergasi tersebut beroperasi tanpa sebarang gangguan, setiap pelusuk kediaman di bandar itu akan diawasai oleh beberapa orang anggota polis. Setiap anggota polis akan melakukan rondaan dan mengenal pasti sebarang isyarat atau gelombang dari mana-mana individu yang tak dikenali.



    Sungguhpun penggunaan telefon bimbit atau sebarang peranti elektronik diharamkan, pihak berkuasa telah membekalkan hanya satu kemudahan telefon berbayar dan radio yang diletakkan di sebuah pusat awam bagi memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk berhubung dengan dunia luar.
    Green Bank sebuah tempat bagi mereka yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jauh dari teknologi moden.  Segelintir masyarakat U.S telah berpindah ke Green Bank sebagai kediaman tetap mereka.
    Jelas sekali, kehdiupan moden bukanlah jaminan kesejahteraan hidup bagi sesetengah masyarakat disini, pada peretengahan tahun 2000, ramai yang telah berhijrah ke bandar ini dengan tujuan untuk lari dari kehidupan yang penuh teknologi.

    Malah ada yang mengakui kebanyakan yang hidup di dunia yang penuh moden dengan gadget dan peranti elektronik mengatakan bahawa mereka mengalami Hipersensitiviti Elektromagnetik (EHS), satu penyakit yang tidak diiktiraf di dalam dunia perubatan.

    Penduduk disini percaya bahawa gelombang yang disebabkan oleh peranti elektronik membuatkan mereka sakit, mengalami alahan dan disebabkan itu, Green Bank adalah satu-satunya tempat yang mereka boleh hidup sihat dan bebas dari sebarang radiasi gelombang elektronik.

    Menurut seorang residen, dia mengatakan sungguhpun tiada sebarang kemudahan disini seperti radio, televisyen atau sebarang alatan komunikasi luar, sekurang-kurangnya dia dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat, tiada tekanan dan tahap kesihatan emosi bertambah baik. -HarianBlogger.Com

    Rujukan: Dailymail