10 Negara Di Dunia Yang Tidak Memiliki Tentera

By Hafiz.H Monday, November 16, 2015
Tahukah anda ada sesetengah negara di dunia tidak langsung memiliki pasukan ketenteraan atau segerombolan batalion yang sedia melindungi negara tersebut?

Ini dapat dibuktikan senarai 10 negara di dunia ini yang langsung tidak mempunyai pasukan ketenteraan.

Walaupun dunia harini,kekuatan atau identiti negara itu dapat dikenali dengan wujudnya pasukan ketenteraan, tetapi tidak bagi negara-negara di bawah ini.

Mungkin disebabkan faktor sejarah, geografi atau keadaan semasa yang membuatkan rakyatnya tidak memerlukan bantuan ketenteraan.

Malah dari manakah mereka bergantung jika berlaku sebarang ancaman?

Ikuti sepenuhnya artikel di bawah:

1. Solomon Islands
Kepualauan Solomon adalah negara di bawah jajahan British suatu ketika dulu.

Sejak ia diamsukkan ke dalam negara komanwel dan menjadi naungan United Kingdom pada 1893, negara tersebut langsung tidak memiliki sebarang pasukan ketenteraan.

Semasa Perang Dunia Kedua tercetus, penduduk Solomon mendapat perlindungan pertahanan dari negara British.

Pada tahun 1976, Solomon diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah dan menubuhkan kerajaanya sendiri.

Tetapi pada tahun 1998 negara ini dibelenggu skandal politik, rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin negara itu.

Kes jenayah yang tidak dapat dikawal menyebabkan negara jiran New Zealand dan Australia campur tangan demi mengembalikan keamanan negara tersebut.
Sungguhpun tidak memiliki tentera, kerajaan Solomon telah menubuhkan pasukan polis di negara pulau tersebut.

Jika berlaku sebarang ancaman atau memerlukan sebarang khidmat pertahanan, negara itu terpaksa menerima pasukan ketenteraan dari Australia.

2. Costa Rica
Walaupun negara ini tidak pernah mempunyai tentera, hari ini, Costa Rica berdiri harini Costa Rica berdiri teguh sebagai sebuah negara yang tidak memiliki tentera secara rasminya.

Pada Januari 1948, Presiden Costa Rica Jose Figueres Ferre telah menandatangani undang-undang dimana pasukan ketenteraan negara itu tidak akan wujud. Ini kerana ketika negara itu dalam konflik perang, seramai 2000 orang terkorban dalam peperangan itu menyebabkan Ferrer memutuskan untuk menmansuhkan pasukan pertahanan.
Setiap keselamatan dan kesejahteraan penduduk negara itu dianungi sepenuhnya oleh pasukan polis.

Selain pasukan polis, presiden Costa Rica itu telah menandatangi perjanjian Inter-American Treaty of Reciprocal Assistance pada tahun 1947.

Dengan maksud jika negara Costa Rica menerima ancaman atau serangan dari pihak luar, negara itu sepenuhnya dapat bergantung pada 21 buah negara anggota yang menawarkan bantuan pertahanan termasuk Amerika Syarikat.

3. Samoa
Samoa adalah satu-satunya negara Oceania yang tidak memiliki pasukan ketenteraan malah pasukan polis.

Sebaliknya negara ini terpaksa beragntung pada negara-negara sekitar untuk mendapat perlindungan dan pembelaan.
Samoa menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara sekitar seperti New Zealand. Perjanjian ini dibuat pada tahun 1962 dimana New Zealand akan berjanji untuk memberi bantuan ketenteraan.

4. Palau
Seperti negara Samoa, Palau turut tidak memilik sebarang pasukan pertahahan.

Pasukan polis yang dilantik bukanlah untuk melindungi ketenteraman awam, tetapi fungsi polis negara itu diwujudkan untuk membanteras mana-mana pergolakan besar yang tercetus di negara itu.

Jika berlaku peperangan, Palau turut bergantung pada negara-negara sekitar.

Kelebihan negara ini adalah ia dilindungi oleh Amerika Syarikat kerana Palau sebahagian negara sekutu U.S yang pernah menandatangai perjanjian keamanan dengan negara itu pada tahun 1983.


5. Andorra
Berdasarkan sejarah, walaupun tidak memiliki pasukan pertahanan yang teratur, pada tahun 1914, negara kecil Andorra dengan beraninya mengisytiharkan perang dengan Jerman, perang tersebut dikenali sebagai The Great War.

Uniknya lagi, pada tahun 1931 mana-mana individu yang memiliki senjata api akan dimasukan sebagai anggota tentera negara itu.

Jumlah tentera Andorra hanyalah 240 orang dan kesemuanya terdiri daripada orang awam yang kurang terlatih.
Kini Andorra memiliki beberapa negara kuasa besar yang menjadi pelindungnya. Perancis dan Sepanyol berjanji untuk melindungi negara ini terutamanya bantuan pertahanan.

Selain Perancis dan Sepanyol, negara anggota NATO turut tidak berdiam diri jika negara kecil ini dceroboh.

6. Grenada

Sejak berlaku serangan tentera dari Amerika Syarikat, negara ini tidak mampu lagi mewujudkan pasukan ketenteraanya sendiri.
Pencerobohan terhadap negara ini berlaku kerana rampasan kuasa dan perebutan kuasa dalam pentadbiran Grenada.

Grenada pada asalnya adalah sebuah negara berpaksikan fahaman Komunis, dan selepas berlaku peralihan kuasa, negara ini bertukar kepada pemerintahan demokrasi.

Sungguhpun tidak mempunyai ketenteraan yang tetap, Grenada menubuhkan pasukan polis dikenali Polis Diraja Grenada dan Pasukan Keselamatan Wilayah.

Walaupun tidak menyertai atau menandatangani sebarang perjanjian, tidak dapat tidak jika berlaku peperangan, Amerika Syarikat bersedia untuk campur tangan terhadap negara ini.

7. Marshall Islands

Dalam satu pengisytiharan pada 1983, Kepulaaun Marshal telah mendapat status sebuah negara yang berdaulat.
Dalam perjanjian ini, Marshall Island akan dinaungi sepenuhnya oleh Amerika Syarikat kerana negara tersebut tidak memiliki pasukan ketenteraan yang tetap.

Amerika Syarikat adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertahanan dan keselamatan Kepaulauan Marshall.

8. Liechtenstein

Liechtenstein adalah satu lagi negara yang mengambil keputusan untuk memansuhkan terus tenteranya.

Selepas terlibat dengan perang Austri-Prussia, negara itu memutuskan untuk tidak lagi mewujudkan pasukan ketenteraan kerana menanggung kerugian perbelanjaan yang terlalu tinggi.
Selepas negara keluar dari jajahan Jerman, Liechtenstein kekurangan dana dalam membentuk semula pasukan ketenteraan.

Kini negara tersebut menubuhkan pasukan polis yang dikenali Polis Negara Liechtenstein.

Ada dakwaan mengatakan negara Switzerland telah menjadi pelindung untuk negara bekas jajahan Nazi itu.

9. Nauru

Nauru dikenali sebagai sebuah negara pulau paling kecil di dunia.

Mungkin disebabkan keluasannya yang begitu kecil, Nauru tidak memiliki sebarang bentuk pertahanan malah pasukan polis tidak diwujudkan.
Berdasarkan geografi, Nauru terletak di dalam ribuan pulau-pulau lain yang dikenali sebagai Micronesia.

Hubungan baik dengan negara Australia serta pulau-pulau berdekatan menyebabkan keselamatan negara itu sentiasa terpelihara.

Dalam satu perjanjian, Nauru dengan rela hati menerima bantuan ketenteraan dari Australia, malah pada tahun 1940, ketika menerima serangan Jerman, Australia telah diminta untuk mempertahankan pulau kecil itu.

1.  Vatican City

Digelar 'Kota Suci' oleh penganut Kristian berdasarkan sejarah, terdapat banyak kumpulan tentera diwujudkan untuk melindungi Kota ini.
Kebanyakan tentera yang dilantik hanyalah berfungsi untuk melindungi Istana Vatican dan Pope.

Kini sebuah kumpulan dilantik dikenali sebagai Kor Gendarmerie. Kumpulan ini dianggap sebagai satu kuasa awam dan bukan sebagai anggota tentera atau polis.

Mereka bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan orang awam, kawalan sempadan dan menyiasat aktiviti jenayah.

Disebabkan Vatican City terletak di Rom, maka Itali bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga keselamatan negara paling kecil di dunia itu. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.