26 Perkara Teknologi Yang Hanya Generasi 80-an Dan 90-an Faham

By Hafiz.H Monday, November 2, 2015
Masih ingatkah betapa gigihnya dahulu kita menggunakan komputer? Ketika Windows masih terlalu buggy dan internet masih lagi terlalu perlahan. Ketika mesej buffering adalah lebih lama berbanding video yang kita mahu tonton di internet. Aah, semua masa yang manis untuk dikenang semula.

1. Kena buka Programs > Accessories > Games setiap kali hendak main Solitaire.

2. Rasa berkuasa semasa diberi peluang menggunakan OHP.

3. Geram terpaksa pilih dan buang SMS sebab ‘No space’.

4. Belajar compose ringtone atau tiru kawan punya.

5. Kena letak telefon bimbit sebelah-sebelah untuk pindah lagu.

6. Seronok chatting di mIRC, Yahoo Messenger dan MSN Messenger. “ASL Plz”.

7. Terpaksa off internet setiap kali emak mahu guna telefon.

8. Download lagu dari Jiwang.org. Oops.

9. Belajar HTML semata-mata nak godek Myspace. Tak lama lepas tu, Friendster pun boleh buat benda sama.

10. Betapa kerap Internet Explorer hang, dan kita cepat-cepat penuhkan skrin dengan error message.


11. Stress apabila tertekan butang internet pada telefon bimbit.

12. Budak-budak kaya semua ada jam Baby-G.

13. Rasa macam dah dewasa apabila mula guna pen.

14. Sebelum ada Wikipedia, kita ada Encarta.

15. Klip yang paling mengganggu pernah jumpa.

16. Game paling best dalam komputer. Walaupun tak faham satu benda pun.

17. Cari nombor telefon dari Yellow Pages.

18. Tak tahu siapa telefon. Bila angkat, ayat standard ialah, “Hello, siapa tu? Nak cakap dengan siapa?”

19. Tak boleh kemana-mana kalau sedang bercakap dalam telefon.

20. Apabila kita telefon kawan, dan mak atau ayah dia terlebih peramah.

21. Kena tengok suratkhabar untuk tahu ada filem apa di pawagam.

22. Kena tunggu lama untuk dapatkan gambar masa bercuti. Sekali gambar tu gelap dan blur.

23. Ada pen macam-macam warna. Tapi sumpah, susah gila baca tulisan dengan dakwat kuning.

24. Macam-macam search engine ada di pasaran seperti AskJeeves, ABC Search, Altavista, Yahoo dan Netscape. Tapi semua bagi keputusan yang sama.

25. Susahnya main Gameboy dalam gelap.

26. Terpaksa delete file dari cakera liut apabila nak simpan homework kita.

Sumber asal: TheVocket

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.