8 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Filem Terbaru James Bond -Spectre

By Hafiz.H Tuesday, November 10, 2015
1. Pakaian
Sepanjang filem Spectre, Bond memakai pakaian daripada Tom Ford termasuk Windsor tuxedo jacket (RM22,671), blue N.Peal cashmere sweater (RM1,488), Tom Ford O’Connor suit (RM17,885), Tom Ford Windsor three-piece suit (RM19,640), Tom Ford herringbone overcoat (RM9,783), Tom Ford Bomber jacket (RM9,787), Danner Boots (RM1,094) dan kaca mata Vuarnet aviator (RM2,626).

2. Aksesori
Selain Vuarnet shades, Bond memakai kaca mata Tom Ford Snowdown (RM1,772), Tom Ford Henry Vintage Wayfarer (RM1,772), Mulberry Day Gloves in Black Derskin (RM1,663), kasut Camberley (RM3,107) dan kasut model Norwich (RM2,626).
Untuk jam pula, Bond memang dikenali sebagai lelaki Omega. Beliau memakai edisi terhad Omega Aqua Terra (RM26,920) dan edisi terhad Spectre Omega Seamaster 300 (RM27,795). Beliau menggayakan jamnya bersama cuff link Tom Ford edisi terhad (RM10,067).

Bond menggunakan telefon Sony Xperia Z5 yang berharga RM2,626.

3. Bangunan
Kos membina rumah Oberhauser (watak jahat) di kawasan meteor ialah RM2,626,350. Manakalah kos membina bangunan Klinik di Austrian Alps melebihi RM438 juta.

Untuk apartment Bond pula yang terletak di London, harganya dalam lingkungan RM44 juta sehingga RM88 juta.

4. Pakaian Léa Seydoux’s
Léa Seydoux’s Swann ialah gadis Bond dalam Spectre. Dalam aksi pertarungan dalam keretapi, Swann memakai custom made dress. Memang cantik dan menawan. Selain itu beliau memakai subang berlian David Deyong (RM1,313) dan bagasi Globe Trotter (RM10,505).


5. Minuman
Bond dan alkohol memang tak dapat dipisahkan. Dalam Spectre, antara minuman alkohol yang diguna pakai ialah Champagne Bollinger dan Belvedere Vodka (RM766 sebotol), Château Angélus Premier Grand Cru Classé Saint-Émilion dan sebotol Macallan berusia 18 tahun (RM875).

6. Senjata
Banyak senjata yang digunakan dalam filem ini tapi yang menonjol ialah Heckler & Koch VP9 (RM3,064), Sig Sauer P226 (RM4,377) dan pistol Arsenal Firearms AF2011 Dueller Prismatic (RM4,377).

7. Kenderaan
Selain kereta-kereta mewah, terdapat 3 helikopter yang terlibat dalam Spectre, McDonnel Douglas MD500E (RM5.7 juta), Agusta Westland AW109 (RM43.8 juta) dan Messerschmitt-Bölkow-Blohm Bo 105 (RM3.3 juta) yang diterbangkan oleh juruterbang aerobatik Red Bull, Chuck Aaron.

Selain helikopter, tiket menaiki keretapi sepanjang Morocco berharga RM17,509 untuk dua orang. Dan kapal terbang yang diguna di Austria pula Britten-Norman BN-2 Islander memakan kos RM1.1 juta.

8. Kereta
Spectre ialah filem Bond pertama yang mendapat kereta khas dibina oleh Aston Martin iaitu DB10 yang berharga RM20 juta. Dalam satu scene, DB10 dikejar oleh Jaguar C-X75 yang bernilai RM4.4 juta.

Kereta lain yang turut terlibat dalam Spectre ialah 1948 Rolls-Royce Silver Wraith (RM218,862), Aston Martin DB5 (RM2 juta), 11 buah Land Rover Defenders Big Foots (RM437,725), 7 buah Land Rover Range Rover Sport SVRs (RM485,874 setiap satu), Mercedes-Benz G-Wagons (RM958,617) dan big black town car (RM437,725).

Dalam scene pertemuan kumpulan mafia (Spectre) di Rome boleh dilihat deretan kereta mewah termasuk Porsche 956 Group B Homologation (RM1.2 juta), carbon fiber Bugatti (RM11 juta), concept XJ Jaguars, Aston martin Lagonda (RM1.3 juta), Ferrari 458 Speciales (RM1.3 juta), McLarens (RM1.1 juta) dan Mercedes roadsters (RM569,042).

Dimaklumkan krew produksi menjahanamkan kereta bernilai RM210 juta kesemuanya. Harga yang perlu dibayar untuk menghasilkan world class movie.

Dimaklumkan krew produksi menjahanamkan kereta bernilai RM210 juta kesemuanya. Harga yang perlu dibayar untuk menghasilkan world class movie.

Sumber: TheVocket

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.