Tags:

Blue Moon - Permata Paling Mahal Di Dunia Dilelong Pada Harga RM208 Juta

By Hafiz.H Thursday, November 12, 2015
Seorang jutawan dari Hong Kong menghabiskan wangnya sebanyak AS$48.4juta (RM208.12 juta) dalam satu lelongan di Geneva demi mendapatkan sebentuk permata yang bakal dihadiahkan kepada anak perempuannya berusia 7 tahun.
Menurut laporan dari portal Guardian, Joseph Lau Taikun hartanah dari Hong Kong itu menamakan permata yang dibeli beliau dengan nama "The Blue Moon of Josephine".

Sehari sebelum rekod ini tercipta, sebuah firma lelongan Christie menjual permata merah jambu 16.08 karat dengan nilai lelongan AS$28.5juta(RM122.55juta)

Penjualan "Blue Moon" merupakan sebuah rekod terbaru yang dicatatkan sekaligus menenggelamkan rekod lelongan termahal yang dicacatkan sebelum ini iaitu lelongan permata "Graff Pink" 24.78 karat yang dijual pada harga AS$46.2juta pada tahun 2010.


Ini bukan kali pertama taikun hartanah tersebut membelikan permata, malah pada tahun 2009 beliau menghabiskan sejumlah AS$9.5juta semata-semata untuk mendapatkan sebentuk berlian yang dinamakan "Star Of Josephine".

Setiap berlian yang dibeli diletakkan nama Josephine bersempena nama anak perempuannya yang berusia 7 tahun itu.

Blue Moon ditemui di Afrika pada januari 2014, ia sebentuk permata yang dianggap sempurna dan tiada cacat celanya - HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.