Tags:

Cincin Tersekat Di Jari Manis Gadis Kastam, 10 Anggota Bomba Dikejarkan

By Hafiz.H Saturday, November 7, 2015
PUTRAJAYA 6 Nov. – Seorang kakitangan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang ingin bergaya dengan cincin perak yang baru dibelinya terpaksa menanggung kesakitan apabila barangan perhiasan itu tersekat pada jari manis tangan kanannya.
Cincin Tersekat Di Jari Manis Gadis Kastam, 10 Anggota Bomba Dikejarkan


Kejadian pada pukul 4.47 petang semalam itu menyebabkan rakan-rakan gadis berusia 20-an itu cemas dan menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan memotong cincin berkenaan.

Difahamkan, bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk memotong cincin itu ekoran gadis tersebut malu selepas kejadian tersebut tersebar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Yahya Mohd. Sham berkata, siasatan awal pihaknya mendapati gadis tersebut membeli cincin berkenaan beberapa hari lalu.

“Namun lama-kelamaan jarinya menjadi bengkak dan cincin itu tidak dapat dikeluarkan sendiri. Pada mulanya, dia tidak memberitahu kepada rakan sekerjanya namun apabila sudah semakin sakit, dia terpaksa juga memaklumkannya sebelum mereka menghubungi bomba,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Yahya, sepasukan 10 anggota bomba termasuk daripada Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) bergegas ke tempat kejadian sebelum dapat memotong cincin berkenaan menggunakan alatan khas pemotong wayar.

Tambahnya, operasi tersebut selesai pada pukul 5.08 petang dan adalah menjadi tugas pihaknya untuk memberikan khidmat kemanusiaan selain memadamkan kebakaran. -Utusan Online

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.