Fakta-fakta Pelik & Janggal Semasa Perang Dunia Kedua

By Hafiz.H Thursday, November 5, 2015
Warga Jerman pertama yang terbunuh sejak Perang Dunia Kedua meletus adalah disebabkan oleh peluru daripada tentera Jepun semasa pencerobohan Jepun ke atas China pada 1937. 
(Jerman dan Jepun adalah antara negara utama yang membentuk pakatan Paksi selain Itali)

Sebaliknya berlaku kepada

  • Warga Amerika Syarikat pertama yang terbunuh sejak Perang Dunia Kedua meletus adalah disebabkan oleh peluru daripada tentera Rusia semasa pencerobohan Rusia ke atas Finland pada 1940.

(Amerika Syarikat dan Rusia adalah antara negara utama yang membentuk pakatan Berikat selain Britain)

  • Tentera Infantri Amerika Syarikat divisyen ke-45 menggunakan simbol swastika pada bahu mereka.

Sebaliknya berlaku kepada

  • Kereta api peribadi Aldolf Hitler digelar dengan gelaran ‘Amerika’.

Yang pelik

  • Hiroyoshi Nishizawa adalah seorang juruterbang yang mempunyai reputasi paling cemerlang semasa Perang Dunia Kedua. 

Beliau telah menembak jatuh lebih 87 buah pesawat musuh. Lain-lain sumber menyatakan beliau menembak jatuh lebih 100 pesawat musuh.

Namun, beliau akhirnya maut semasa menjadi penumpang kepada pesawat kargo yang ditembak musuh.

  • Apabila tentera Berikat dapat menyeberangi sungai Rhine, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk memberi satu ‘tayangan’ unik- kencing di sungai Rhine.! 

Daripada pangkat prebet sehingga kepada Winston Churchill dan Jeneral Patton, kesemua mereka pernah melakukannya.

  • U.S Army mempunyai unit kapal perang yang melebihi daripada yang dimiliki U.S Navy semasa Perang Dunia Kedua.


  • Seramai 84 orang Jeneral Jerman telah dipenjara dan dihukum gantung oleh Aldolf Hitler kerana disyaki sebagai agen dan perisik. Ia termasuklah seorang Jeneral Jerman Nazi paling berjasa, Erwin Rommel yang digelar Desert Fox kerana kelicikan beliau merancang strategi perang.


  • Salah satu cara tentera Jepun memusnahkan kereta kebal musuh adalah dengan menanam kelongsong-kelongsong artileri berat di dalam tanah dengan muncungnya menghadap ke langit. Apabila kereta kebal mendekati kelongsong-kelongsong yang ditanam, tentera Jepun akan mengetuk dengan kuat muncung kelongsong tersebut. Selepas itu, ‘kebooommmm’.!


  • Kebanyakkan tentera Waffen SS(Tentera infantri Jerman) bukan berketurunan Jerman. Kebanyakkan mereka adalah warga Bosnia, Chenchen, Turki, India, Korea dan banyak lagi.

Yang Agak Pelik

  • Jerman hanya mengistiyharkan perang secara rasmi kepada satu-satunya negara iaitu Amerika Syarikat.



  • Jerman kehilangan 136 Jeneral. Secara purata mereka kehilangan seorang Jeneral untuk jangka masa dua minggu.


  • Di kalangan tentera Jerman Nazi yang ditangkap semasa pendaratan besar-besaran di Normandy adalah berpuluh-puluh tentera Jerman Nazi warga Korea(mereka adalah tentera Korea). Tentera Korea telah dipaksa berperang untuk Jepun sehingga mereka ditangkap oleh tentera Rusia dan dipaksa berperang untuk Rusia sehingga mereka ditangkap oleh tentera Jerman dan dipaksa berperang untuk Jerman sehingga mereka ditangkap oleh tentera Amerika Syarikat.


  • ME-264 milik Jerman mampu untuk mengebom bandar New York sehingga menjadi padang jarak padang terkukur. Namun, Jerman tidak menggunakannya sebaik mungkin.


  • U-Boat boleh dianggap kubur yang bergerak di lautan. 40,000 orang tentera Jerman berkhidmat di dalam kapal selam U-Boat. Namun, 30,000 orang gagal pulang ke tanah tumpah darah mereka. Mereka diistiyharkan mati dan hilang semasa berkhidmat.


  • Calvin Graham adalah tentera Amerika Syarikat paling muda iaitu 12 tahun. Malah ia adalah rekod bagi tentera paling muda berkhidmat sepanjang Perang Dunia Kedua. Namun, Graham terpaksa pulang ke kampung dan dikenakan Dishonorable Discharge setelah beliau didapati menipu berkenaan usianya. Beliau menyatakan usianya adalah 19 tahun.


  • Sebanyak 433 buah pingat Medal of Honour telah diberikan kepada tentera-tentera Amerika Syarikat yang paling berjasa semasa Perang Dunia Kedua. Namun 219 orang daripada mereka menerimanya setelah mereka maut dalam pertempuran.


  • Jerman kehilangan 110 orang komander Divisyen semasa Perang Dunia Kedua.


  • Tentera Amerika Syarikat yang mempunyai pangkat paling tinggi terbunuh adalah Lt. Jeneral Lesley J. McNair. Beliau dibunuh oleh tentera Amerika sendiri, US Army Air Corp semasa operasi Cobra di Normandy.


  • Beberapa orang tentera udara daripada kesemua negara yang berperang akan mengalami masalah untuk kentut dan akhirnya membawa maut. Kenapa?cuba kaji sendiri.

Calvin Graham
(apabila pesawat mendaki lebih 20,000 kaki, udara di dalam usus perut akan mengembang melebihi 300% dan seterusnya membawa maut.!)

Sumber: takusahrisau.wordpress

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.