Tags:

Gadis Cantik Di Kafeteria, Jadi Perhatian Pelajar Universiti

By Hafiz.H Monday, November 9, 2015
Seorang pelajar dari Universiti Yangzhou yang bekerja sambilan di sebuah kafeteria di universiti tersebut menjadi perhatian dikalangan pelajar sejurus selepas gambarnya bekerja di tempat itu tersebar di internet.
Dia dikenali sebagai Li,mula bekerja di kafeteria itu seminggu lalu menyebabkan perniagaan tempat kerjanya meningkat denga kedatangan ramai pelanggan terutama pelajar universiti itu.

Pelajar yang teruja dengan kehadiran Li, membuatkan perniagaan kafeteria itu laris dek kedatangan ramai pelanggan yang ingin melihat rupa sebenar Li.

Menurut laporan dari sebuah akhbar, dikatakan ruang legar menjamu selera di kawasan itu sesak dan apabila ditanya pada setiap pelanggan, mereka sering memberi alasan bahawa makanan di kafeteria itu sedap dan menafikan tujuan sebenar untuk melihat gadis cantik ini.



Li yang menjadi perhatian dan bualan hangat di media sosial China, Weibo berkata, beliau hanyalah ingin bekerja dan tidak mempedulikan tentang perhatian orang ramai terhdapnya.

Ramai yang melemparkan komen sejurus gambar Li tersebar di internet, salah satu komen yang mendapat perhatian adalah “Dia memang cantik. Tetapi hatinya lebih cantik. Tarikannya bukan terletak pada wajahnya, tetapi juga kemesraannya.” -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.