Tags:

Gambar Menakjubkan Pengantin Dalam Hujan Jadi Viral

By Hafiz.H Thursday, November 12, 2015
Selasa lalu Daily Mail Australia memaparkan sebuah foto menakjubkan yang diambil oleh seorang jurugambar perkahwinan.
GAMBAR Jessica dan Nick yang dirakam dalam hujan oleh Stewart berjaya memukau khalayak yang melihatnya
Semuanya berlaku dek kerana cuaca mendung pada majlis perkahwinan Jessica Gower dan suaminya Nick Gower.

Gambar yang diambil dalam keadaan hujan itu menghasilkan suatu gambaran yang menakjubkan dan mendapat perhatian seluruh warga maya apabila gambar perkahwinan mereka dimuatnaik oleh Stewart, jurugambar yang merakam detik perkahwinan itu.


Menurut stewart yang merakam gambar pasangan pengantin ini di sebuah lokasi di Southern Highlands, beliau hanya memeperuntukkan masa 30 saat untuk mendapatkan 'shoot' yang menakjubkan itu.

Setelah 5 kali percubaan, maka Stewart menghasilkan suatu suasana yang benar-benar menarik dan sempurna.

Gambar yang dimuatnaik oleh Stewart kini viral di Facebook dengan perkongsian melebihi 10,000 pengguna maya. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.