Tags:

Inilah Satu-satunya Bandar Di Dunia Yang Mengharamkan Sebarang Alat Elektronik (Gambar)

By Hafiz.H Monday, November 23, 2015
Green Bank sebuah bandar kecil yang terletak di West Virginia Amerika Syarikat dengan populasi penduduk seramai 143 inilah sebuah bandar yang digelar bandar paling 'tenang' di Amerika Syarikat.

Mengapa ia dianggap bandar paling tenang di negara itu? Kerana sebarang penggunaan telefon bimbit mahupun alat elektronik yang lain adalah diharamkan sama sekali di bandar ini.
Bandar yang berkeluasan 13,0000 kaki persegi ini adalah bandar yang diluar 'signal' Wifi,siaran radio mahupun televisyen.

Punca bandar ini sifar dari sebarang gelombang elektronik adalah kerana disini, ahli sains dan peneylidik akan menggunakan kawasan ini untuk projek dan peneylidikan berkaitan satelit, dan disebabkan itulah sebarang gelombang dari peranti elektronik adalah dilarang sama sekali kerana menggangu isyarat teleskop pemancar satelit ini.
Untuk info, Green Bank satu-satunya medan pemancar terbesar di dunia, maka sebarang gelombang dari peranti yang lain adalah dilarang memasuki kawasan gelombang pemancar satelit ini.

Untuk membolehkan teleskop gergasi tersebut beroperasi tanpa sebarang gangguan, setiap pelusuk kediaman di bandar itu akan diawasai oleh beberapa orang anggota polis. Setiap anggota polis akan melakukan rondaan dan mengenal pasti sebarang isyarat atau gelombang dari mana-mana individu yang tak dikenali.



Sungguhpun penggunaan telefon bimbit atau sebarang peranti elektronik diharamkan, pihak berkuasa telah membekalkan hanya satu kemudahan telefon berbayar dan radio yang diletakkan di sebuah pusat awam bagi memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk berhubung dengan dunia luar.
Green Bank sebuah tempat bagi mereka yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jauh dari teknologi moden.  Segelintir masyarakat U.S telah berpindah ke Green Bank sebagai kediaman tetap mereka.
Jelas sekali, kehdiupan moden bukanlah jaminan kesejahteraan hidup bagi sesetengah masyarakat disini, pada peretengahan tahun 2000, ramai yang telah berhijrah ke bandar ini dengan tujuan untuk lari dari kehidupan yang penuh teknologi.

Malah ada yang mengakui kebanyakan yang hidup di dunia yang penuh moden dengan gadget dan peranti elektronik mengatakan bahawa mereka mengalami Hipersensitiviti Elektromagnetik (EHS), satu penyakit yang tidak diiktiraf di dalam dunia perubatan.

Penduduk disini percaya bahawa gelombang yang disebabkan oleh peranti elektronik membuatkan mereka sakit, mengalami alahan dan disebabkan itu, Green Bank adalah satu-satunya tempat yang mereka boleh hidup sihat dan bebas dari sebarang radiasi gelombang elektronik.

Menurut seorang residen, dia mengatakan sungguhpun tiada sebarang kemudahan disini seperti radio, televisyen atau sebarang alatan komunikasi luar, sekurang-kurangnya dia dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat, tiada tekanan dan tahap kesihatan emosi bertambah baik. -HarianBlogger.Com

Rujukan: Dailymail

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.