Tags:

Netizen Kritik Wanita Mahu 'Booking' Doktor Kacak Sambut Bersalin

By Hafiz.H Tuesday, November 3, 2015
Netizen semalam mengkritik konti radio HotFM gara-gara ada segelintir wanita yang mahu 'menempah' seorang doktor jemputan konti radio tersebut untuk menyambut kelahiran mereka.
Say Shazril Shaharuddin doktor yang dijemput oleh Stesen Radio Hot FM


Faisal Hamdi dalam statusnya di Facebook semalam melahirkan rasa kecewa kerana ada segelintir wanita berkelalkuan begini dan tidak memikirkan langsung perasaan para suami mereka.

Dalam statusnya di FB; “Astaghfirullah… Saat ramai Muslimah dok perjuangkan untuk dapatkan doktor wanita saat bersalin dek menjaga maruah, pagi ni mendengar perempuan-perempuan TAK ADA MARUAH dok menggatal berebut nak doktor hensem yang ke udara di HotFM pagi ni sambut dia bersalin.

“Tak dapat bayangkan perasaan si suami jika dia mendengar si isteri dengan rela hati (bukan darurat) untuk MENGANGKANG depan lelaki lain atas sebab KEKACAKAN.

Tambah seorang lagi netizen berkata; “Jika berlaku maka Nusyuz, berhak diceraikan,”

Dalam pada itu netizen wanita tampil memberi komen, “Muslim luar negara menangis dpt memperjuangkan hak bertudung…kita pulak seronok bergurau bab ni..sedih…,” tulis komen saudari Omeirah Zakaria di Facebook.

Beberapa pengguna maya melemparkan kata-kata tidak puas hati terhadap konti radio Hot FM dan mengatakan stesen radio tersebut banyak membicarakan isu yang tidak baik kepada masyarakat. -HarianBlogger.Com

Sumber asal: SuaraTV

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.