Tags:

Pelakon Remaja Gantung Diri Kecewa Tak Dapat Jawab Soalan Matematik Tambahan SPM

By Hafiz.H Wednesday, November 25, 2015
KUALA LUMPUR: Seorang remaja yang juga seorang pelakon dalam drama TV berbahasa Cina tempatan, dipercayai telah membunuh diri di rumahnya semalam. 

Pelakon berusia 17 tahun itu merupakan pelajar di SMK Raja Abdullah, ditemui tergantung dengan tali leher di lehernya di dalam biliknya di sebuah pangsapuri di Taman Jinjang.
Remaja lelaki itu dikatakan berlakon dalam beberapa siri TV berbahasa Cina tempatan.

Guru-gurunya menyifatkan mangsa sebagai 'pelajar yang cemerlang'.

Timbalan Ketua Polis Sentul Supt Mohd Sukri Kaman mengesahkan kejadian itu.

Difahamkan, remaja lelaki itu dikatakan kecewa selepas tidak dapat menjawab soalan Kertas 1 Matematik Tambahan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hari ini.

"Mangsa memberitahu gurunya bahawa dia tidak dapat menjawab." Mangsa juga berkata mahu pulang ke rumah tetapi guru menasihatinya agar bertenang.

Namun mangsa enggan dan terus pulang ke rumah, kata Sukri.

Gurunya mula bimbang selepas dia tidak hadir di sekolah pada waktu petang untuk kertas 2 Matematik Tambahan."

Guru kemudian membuat panggilan telefon kepada ibu remaja itu dan bertanyakan keadaannya.

Ibunya yang bekerja di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, kemudian meminta ibu saudara mangsa untuk memeriksa.

Dan ketika itulah wanita tersebut menemui remaja itu mati di dalam biliknya dengan tali leher yang diikat di lehernya, telah terikat pada bingkai tingkap.

Polis menolak sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: NST

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.