Browsing "Older Posts"

8 Perkara Paling Penting Dalam Hidup Yang Tak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit

By Hafiz.H → Thursday, December 31, 2015
1. Keluarga bahagia
Keluarga memainkan peranan penting dalam menjadi tulang belakang yang menyokong kita untuk ke peringkat di mana kita ada sekarang. Semua orang pun impikan untuk hidup dalam suasana keluarga bahagia betul tak?

Semestinya, duit tak boleh beli nilai keakraban dan kasih sayang dalam sesebuah keluarga. Buktinya? Ada banyak keluarga di luar sana yang ada banyak duit dan kaya raya, tapi langsung tak bahagia. Pepatah 'money can't buy happiness' tu memang tepat!

2. Rakan karib
Dalam hidup, kita tak boleh abaikan kawan baik yang ada di sekeliling kita. Selain keluarga, mereka inilah yang boleh jadi tempat mengadu, tempat untuk kita kongsi suka duka, tempat minta nasihat, dan macam-macam lagi.

Tanpa kita sedar, dunia jadi lebih baik dengan hadirnya kawan baik. Mereka mampu bagi kita sokongan bila segala-galanya nampak macam mustahil untuk kita tempuhi. Memang jelas bahawa sahabat sejati tak datang dengan tanda harga.

3. Orang-orang tersayang
Selain keluarga dan kawan baik, kita juga mesti ada orang-orang tersayang yang lain. Dan orang-orang ini rapat dengan kita bukan kerana duit yang kita ada. Jadi, simpanlah mereka ini dengan sebaik mungkin.

Kita tak tahu bila masanya kita perlukan pertolongan. Kalau masa tu kawan baik atau ahli keluarga kita tak mampu nak tolong, dengan mereka inilah tempat kita bergantung. Bukan nak ambil kesempatan, cuma nak tunjukkan betapa penting dan tak ternilainya mereka ini dalam hidup kita.

4. Kesetiaan dan kejujuran
Pernah tengok orang-orang kaya yang gagal dalam perkahwinan? Mereka ini mungkin mampu beli segala apa yang mereka nak dalam dunia tapi hubungan dengan pasangan tetap hancur berkecai. Malangnya bagi mereka, kesetiaan memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Itulah hakikat kehidupan. Tak semestinya bila kita ada duit, kita boleh miliki segalanya. Bak kata Warren Buffet: Honesty is a very expensive gift, Don't expect it from cheap people.

5. Masa
Masa itu emas. Dengan adanya duit yang banyak, kita boleh beli jam tangan mahal seperti Rolex, Tag Heuer, atau Tissot untuk diperagakan di pergelangan tangan. Kalau duit tak banyak, mungkin kita hanya mampu beli jam murah.

Tapi perasan tak, murah atau mahal, waktu yang ditunjukkan tetap sama. Dari segi jam, minit, dan saat, semuanya sama. Jam yang mahal takkan boleh beli masa ekstra. Masa dihargai bukan melalui jam tangan fancy, tapi lebih kepada ketepatan dan disiplin kita. Kalau kita gunakan masa betul-betul, mesti banyak manfaat yang kita boleh dapat.

6. Pengalaman hidup
Pernah tak dengar ungkapan bahasa inggeris yang berbunyi, 'some lessons are best learnt through experience'? Tak kiralah pernah atau tak, tapi ungkapan ini memang benar.

Contohnya, dengan kesilapan yang kita buat, kita pada masa yang sama dapat belajar benda baru, iaitu cara untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Lagi banyak kesilapan kita buat, lagi banyak pengalaman yang kita boleh kutip. Tapi, janganlah terlalu asyik melakukan kesilapan ya.

Beranikan diri untuk cuba benda baru. Barulah menarik jalan cerita kehidupan kita!

7. Kenangan manis
Sama ada kita travel atau apa saja yang kita buat setiap hari, kita mesti ada ambil gambar untuk disimpan sebagai kenangan. Tapi mampukah gambar-gambar ini menceritakan situasi sebenar yang betul-betul terpahat dalam minda kita? Pastinya tidak.

Betapa mahal sekali pun kamera DSLR kita beli, segala kenangan yang kita kutip dalam hidup tetap tidak boleh kita zahirkan kembali. Bukan setakat gambar, malah tiada sebarang kata pun yang mempu mengungkap segala kenangan manis yang telah kita lalui.

8. Inner peace atau ketenangan jiwa
Dengan duit, kita boleh masuk kelas yoga atau segala jenis meditasi untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Tapi kenapa sampai kena bayar untuk dapatkan emosi yang stabil?

Bukan nak mencemuh gaya hidup sihat macam tu, cuma bila fikir balik, kenapa orang sanggup habiskan duit yang banyak ambil kelas yoga atau meditasi semata-mata nak mencapai ketenangan jiwa?

Duit tak akan beli ketenangan. Cukup sekadar mempunyai hati yang penuh dengan kasih sayang, ketenangan akan datang dengan sendirinya selepas itu.

Rujukan asal: Says.com

Kenapa Graduan Sukar Dapat Kerja? Ini Puncanya

By Hafiz.H →
Masalah pengangguran di kalangan graduasi baru semakin meningkat. Berikutan dengan pergelutan ekonomi, ramai mahasiswa dan mahasiswi masih tidak mempunyai pekerjaan walaupun sudah lama digelar graduan. Apakah punca sebenar permasalahan ini?

1)Terlalu Memilih Perkerjaan
Pengangguran berlaku dikalangan siswazah berpunca daripada sikap tidak ingin bekerja jika bukan dalam bidang atau kursus yang mereka pelajari waktu di universiti. Sikap terlalu berharap pada tawaran kerja yang diinginkan menyebabkan, ramai graduan masih menganggur berikutan mereka terlalu inginkan sesuatu yang sesuai dengan kehendak mereka dalam pekerjaan.

2)Syarikat Memilih Pekerja Berpengalaman
Kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di luar sana hanya memerlukan pekerja yang sudah ada pengalaman bekerja. Jadi, dimanakah peluang pekerjaan bagi graduasi baru? Bagaimana mereka ingin mencari pengalaman jika kebanyakan syarikat hanya mahukan pekerja yang sudah berpengalaman?

3) Tidak Fasih Berbahasa Inggeris
Ketidakfasihan bertutur dalam Bahasa Inggris juga menjadi satu punca susah untuk syarikat terima bekerja. Pertuturan yang baik menambahkan keyakinan untuk sesebuah syarikat ambil bekerja. Bahasa Inggris merupakan sangat penting antara kelayakan yang diambil kira ketika sesi temu duga.


Rujukan: Saja Kongsi

Tambahan: 

Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris
1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)
JAWAPAN SALAH:

“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:

I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.

2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)
JAWAPAN YANG SALAH:

“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:

“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”

3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)
JAWAPAN SALAH:

“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”
PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”

4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)
JAWAPAN SALAH:

“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:

“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field

5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)
JAWAPAN YANG SALAH:

“I tend to put things to the very last minute.”
PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”

6. What salary are you looking for?

JAWAPAN YANG SALAH:
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”

7. Why should I hire you?

JAWAPAN YANG SALAH:
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”

Gambar sekadar hiasan

"Andai saya tak nampak objek tersebut, mungkin saya masuk paper hari ini"

By Hafiz.H → Wednesday, December 30, 2015
Pada tarikh 29 Disember 2015, Jpj telah membuat operasi bersepadu dengan agensi-agensi lain di Rnr Gurun. 

Highway ditutup dan semua kenderaan wajib masuk RnR untuk pemeriksaan.

Pada petang tu juga saya ride lalu highway itu dan telah menjumpai satu objek di tengah highway dipercayai sebahagian dahan pokok yang jatuh dari lori. beratnya lebih kurang 5 kg.

Macam mana andai malam dan tidak nampak objek tersebut? tidakkah sy masuk paper hari ini?

Setiap tahun, pada hujung tahun Ketua Pengarah JPJ akn mengumumkan statistik bilangan kemalangan serta kematian tahun tersebut dan juga langkah-langkah beliau ingin menanganinya.

Macam tahun lepas Ketua Pengarah ada sebut yang Beliau ingin 10,716 orang mati menjelang tahun 2020. (Video ada pada saya dan juga dalam youtube).

Yang paling lawak di sini, Operasi yang paling kerap dilakukan adalah operasi berfokuskan:

1. Nombor Plet
2. Ekzoz
3. Lampu2 Tambahan
4. Tinted
5. Visor Gelap
6. Footrest

Ya saya tak pernah ke sekolah engineering, saya tak belajar aerodynamics dan seangkatan, tetapi tanpa semua ilmu itu saya yakin ianya bukan punca kemalangan.


Adakah anda nak tahu punca-punca sebenar?

Statistik dan orang ramai juga menyatakan yang kemalangan selalunya melibatkan motosikal (majoriti kes kemalangan). Inilah punca-punca utama.

1. Keadaan jalan tidak sekata, berkawah, berlubang, berpasir, berbatu besar.

2. Tiada lampu jalan di kawasan-kawasan kerap berlaku kemalangan. ( Selekoh tajam, bonggol)Untuk pengetahuan semua banyak kawasan highway Utara Selatan yang langsung tiada lampu jalan.

3. Driver-driver yang tidak tahu menggunakan signal ketika ingin membelok.

i - Tiada Signal
ii - Signal Terus Belok
iii - Sambil Belok Sambil Signal.
iv - Signal kanan belok kiri.

4. Kenderaan-kenderaan lain yang bayangkn diri mereka glow in the dark. 8, 9 , 10 malam pun drive tak buka lampu.

5. Kenderaan-kenderaan dibenarkan menggunakan tayar celup oleh agensi-agensi yang sepatutnya membantu mengurangkn kadar kemalangan serta membantu memastikan keselamatan pengguna jalanraya.

6. Kenderaan-kenderaan dibenarkan "Overload" , atau membawa muatan yang tidak diikat, dibalut dgn betul dan selamat. Smpai barang-barang jatuh ke jalan macam dalam gambar diatas.

7. Lori dan bas yang macam F1 di highway.

8. Pemandu-pemandu kenderaan besar kerja melebihi had jam yang dibenarkan. (lori/bas).

9. Pemandu-pemandu mabuk.
(slalu buat roadblok siang-siang memang tak jumpa la orang macam tu kan. lol)

10. Pemandu/penunggang yang drive/ride dengan cara tidak selamat.
Itu antara contoh punca-punca kemalangan. Dan bukan seperri anda buat dalam Ops Tinted, Ops Ekzoz, Ops Nombor Plat pendaftaran.
Kami guna ada sebab. Kalau nk berdebat saya bersedia. Kes ini saya dah fight di mahkamah tahun 2015.

1. Nombor Plat Pendaftaran

Nombor plat kcil atau shining menyukarkan kita kesan andai berlaku kecurian, rahut dan sebagainya. Ya benar. Namun pada kepingan plat kadang ada satu logo Yamaha pun saman? apa cerita ni? bukan lekat atas huruf dan nombor.

2. Ekzos

Ekzoz disaman atas kesalahan ubahsuai ekzoz. bising la kononnya. Pernah dengar Harley Davidson? Sunyi sepi ke ekzoz asalnya? Bising kan? Jadi adakah asas saman itu masih merujuk kepada bunyi? Tahukah anda ekzoz sangat-sangat mampu menyelamatkn nyawa? Kes ini yang saya fight habis habisan di mahkamah 2015.

3. Lampu-lampu Tambahan

Motosikal ada berapa lampu di belakang dan depan? 1 je kan? Andai kata blow lampu tersebut, macam mana? Bayangkan malam,  nak berhenti perjalanan tunggu sampai pagi? nak call plus tolong tukarkan lampu? Nak repair sendiri tengah highway malam-malam? Tapi andai ada lampu tambahan, LED tambahan, tidakkah rider tersebut masih kelihatan walaupun blow 1 lampu?

4. Tinted/Cermin Gelap

Tinted gelap kononnya banyak jenayah berlaku dan lain-lain.. Ya, ada benarnya. tapi yang tak gelap, dah brapa kes kena pecah di lampu isyarat? Dah berapa kes handbag, laptop dan lain-lain berjaya dilarikan? Nak letak di bawah? Tak nampak ke letak di bawah? Nak letak handbag di boot?? logik ke? bnyk kebaikkan ke keburukkan tinted ni?

5. Visor Gelap

Visor gelap memang kadang digunakan sewaktu merompak. namun tak smestinya seorang salah guna semua haramkan.

Yang keluarkan statement ini sememangnya mat kereta dan tak pernah ride jauh. Kalau ride ke pasar tidak dikira ride okey. Ride jauh, silau, matahari terpacak depan mata, tak bahaya ke? Tak burn ke muka andai clear visor? Depa mana tau, duduk dalam keta tinted ada aircond ada. kami tak kaya.

6. Footrest

Bayangkan duduk dengan keadaan kaki 90 darjah berjam jam. tak lenguh ke? Footrest dicipta dengan angle kedudukan kaki yang selesa untuk rider-rider. Kalau 90 darjah je mesti kurang selesa andai ride jauh. (tak semua orang rasa macam itu, lain orang lain rasa).

Mana datangnya bahaya item tersebut?

Saman kita boleh bayar. Andai ianya mampu bantu menambah keselamatan kita atas jalanraya, ekzos, lampu, tinted, footrest, visor, semua kita guna je. Berani buat berani tanggung orang kata. Tapi saya kata "Saya buat bersebab, bnyk sangat sebabnya, andai rasa nak fight point jom. Point-point saya antara hidup dan mati. kalau nk fight setakat guna akta pi balik ok".
.
Lupa nak mention. apabila saya upkn isu-isu ini di Page Utama Jpj , Saya diblock je. Macam ini ke satu organisasi besar handle pertanyaan? Ke memang dah kehabisan peluru? Oops JPJ mana ada peluru lupa pulak.

Jadi di sni saya nak bagi cadangan pada organisasi-organisasi terlibat, Tolonglah, nak buat kerja tu buatlah tapo fikir-fikirkan dulu apa yang dikuatkuasakan. Apa yang disaman, apa tujuan dan asas operasi. Jangan dengar saja kata-kata orang atas.

Kita diberi akal untuk berfikir sendiri dan untuk kita bandingkn baik buruk. Jangan pentingkn KPI,Target. Hari ini kita buat kat orang, esok mana tahu.

Entri diatas dikarang sepenuhnya oleh seorang netizen dan disiarkan semula di HarianBlogger.Com. Untuk sebarang info berkaitan entri ini, sila ikuti facebook beliau Jeremy Ng Cheng Soon

Khas Buat Peminat Star Wars: Inilah 12 Pelakon Legenda Dari Dulu Hingga Kini

By Hafiz.H →
Siapa yang tidak tahu dengan kegemilangan filem Star Wars sejak tahun 1977 ianya ditayang dan hingga kini masih lagi menjadi kegilaan orang ramai terutamanya golongan remaja. 

Baru-baru ini filem terbaru Star Wars: The Force Awakens baru sahaja di tayangkan dan rata-rata panggung wayang dibanjiri oleh orang ramai untuk menonton filem tersebut.

Bagi peminat fanatic filem star wars ini, siapakah pelakon kegemaran anda semua? Han Solo? Princess Leia? Mari kita lihat perubahan zaman pelakon-pelakon filem Star Wars ini.

1) Harrison Ford sebagai Han Solo , 1980 dan 2015
2) Carrie Fisher sebagai Princess Leia 1977 dan 2015
3)Mark Hill sebagai Luke Skywalker 1980 dan 2015
4) Mark Hill dan Carrie Fisher sebagai Luke Skywalker dan Princess Leia, 1977 dan 2015
5) Ewan Mcgregor sebagai Young Obi-Wan Kenobi 2005 dan 2015


6)Samuel L Jackson sebagai Wace Windu 2005 dan 2015
7)David Prowse sebagai Darth Vader 1977 dan 2015
8) Ray Park sebagai Darth Maul 1999 dan 2015
9) Anthony Daniels sebagai C-3Po, 1977 dan 2015
10) Kenny Baker sebagai R2-D2, 1977 dan 2015
11) Hayden Christensen sebagai Anakin Skywalker , 2005 dan 2015
12) Peter Mayhew sebagai Chewbacca, 1977 dan 2015
Filem Star Wars ini berjaya mengumpul hasil kutipan sebanyak 1 Billion setakat ini hanya dalam masa beberapa hari sahaja filem ini ditayangkan. Jadi, pelakon yang mana satu menjadi kegemaran anda sepanjang masa?

Rujukan: SajaKongsi

Siapa Sebenarnya Disebalik Watak Hantu Dalam Filem The Ring?

By Hafiz.H →
Pernah tonton filem The Ring?
Siapa yang pernah menonton filem tu memang seram kan, sekejap-sekejap kelibat hantu rambut lurus keluar. 

Setiap kali keluar filem ini, setiap kali juga mata terpejam dan berdebar-debar rasa masa menonton filem itu.

Tapi siapa sebenarnya yang membawa watak Samara Morgan seorang anak angkat yang mempunyai masalah mental ini?

Namanya ialah Daveigh Chase. Ketika penggambaran, dia berusia 12 tahun dan kini usianya 24 tahun. Cantik sebenarnya wanita yang melakonkan watak hantu yang menakutkan ini.


Rujukan: ForumCari

Kerana 'Bob', Keseluruhan Hidup Si Penagih Dadah Berubah

By Hafiz.H → Monday, December 28, 2015
Siapa sangka dengan kehadiran seekor kucing biasa mampu mengubah hidup seseorang. Walaupun ianya hanyalah sekadar binatang peliharaan biasa,namun tiada siapa yang tahu mungkin ianya bakal membawa keajaiban dalam kehidupan kita seterusnya.
Mengisahkan cerita mengenai seorang pemuzik jalanan yang berubah kehidupannya setelah bertemu dengan seekor kucing. Kehidupan James Bowen mula berubah sepenuhnya setelah dia menolong seekor kucing jalanan yang tercedera di bahagian kaki. Kucing yang diberi nama Bob itu dibawa ke doktor haiwan dan setelah sembuh, Bob sentiasa mengekori James walau kemana beliau pergi. James merupakan seorang muzik jalanan dan Bob akan sentiasa menemani beliau bermain muzik sebagai sumber pendapatannya. Kehadiran Bob menyebabkan ramai yang tertarik untuk datang mengelilingi dan mendekati Bob dan pendapatan James dikatakan semakin meningkat.


Bukan itu sahaja, James juga merupakan seorang penagih dadah dan akhirnya insaf setelah Bob muncul ke dalam hidup beliau. Persahabatannya dengan Bob benar-benar mengubah kehidupan James. Bob merupakan sumber inspirasi dan motivasi bagi kehidupan James. James menganggap kewujudan Bob kononnya seperti malaikat yang turun dari langit baginya. James Bowen bersama kucing jalanannya Bob kini semakin dikenali oleh orang ramai, bahkan di seluruh sosial media rancak bercerita mengenai kisah James dan kucingnya.
Bukan itu sahaja, penjualan buku yang mengisahkan perjalanan hidupnya bersama Bob yang ditulis sendiri oleh beliau dikatakan sangat laris di pasaran hingga menjadi sebagai buku terbitan “Best Seller” dan terjual lebih dari 1 juta di Inggeris. Pihak media juga berpusu-pusu ingin menerbitkan rancangan khas buat James dan Bob. Kini, James Bowen dan Bob menjadi semakin kaya dan kejayaan yang beliau peroleh tidak sesekali membuatkan dirinya lupa daratan.
Rujukan: SajaKongsi

Digelar 'Shortest Man', Dirinya Jadi Inspirasi Buat Masyarakat

By Hafiz.H → Friday, December 25, 2015
Ketidaksempurnaan fizikal bukanlah penghalang bagi seorang insan yang pernah memegang rekor dalam Malaysian Book of Record , “Shortest Man” untuk menjadi insan yang hebat dan membanggakan di mata orang ramai.
Mohd Sukur Bin Ibrahim merupakan Orang Kurang Upaya yang mempunyai jiwa yang sangat kental dan juga semangat yang tidak pernah luntur untuk tampil menjadi seorang insan yang berguna dalam kehidupannya.


Kisah mengenai beliau mulai tersebar di laman sosial Facebook apabila seorang lelaki yang bernama Khairul Ezuwan begitu tersentuh dengan semangat yang ada pada dirinya berkongsi secara terbuka mengenai rasa bangganya terhadap Mohd Sukur ini. Menurut beliau, Mohd Sukur adalah pemegang ijazah sarjana muda IT di UKM dan juga merupakan usahawan serta perunding motivasi di beberapa buah negeri di Malaysia.
Satu pencapaian yang sangat membanggakan buat Mohd Sukur dan menjadi satu inspirasi buat semua rakyat Malaysia agar terus berusaha memajukan diri sendiri. Jika orang yang tidak sempurna seperti Mohd Sukur ini mampu membuktikan yang terbaik buat dirinya, apa lagi manusia yang sihat dan tiada cacat anggota bahkan tiada alasan untuk tidak boleh maju ke hadapan. Bersyukurlah dengan kesmpurnaan yang diberi, tidak semua insan bernasib baik untuk memilikinya. Bahkan gunalah dengan sebaik-baiknya.
Rujukan: Saja Kongsi
Sumber: Facebook Khairul Ezuwan

'Dulu Bil Elektrik RM205 Sebulan, Sekarang RM39.89 Sahaja' (Gambar)

By Hafiz.H → Wednesday, December 23, 2015
Ini bil elektrik kami (gambar di bawah) dari bulan Jun hingga Disember 2015. Baca caj semasa sahaja.
  1. Jun - RM205.00
  2. Julai - RM163.41
  3. Ogos - RM126.21
  4. September - Hilang (garu kepala)
  5. Oktober - RM63.64
  6. November - RM84.00
  7. Disember - RM39.89


Bulan Jun hingga Ogos hanya untuk makluman jumlah bil elektrik yang biasa diterima.

Bil elektrik dari bulan September, saya mula mencabut kesemua plug barangan elektrik yang tidak digunakan, ketika suami bertugas di luar kawasan.

Bil elektrik pada bulan Oktober pula menunjukkan ada berlakunya penurunan. Ok!

Bagi bil elektrik bulan November, suami ada di rumah dan masih belum biasa dengan 'peraturan baru'. Dia gemar meninggalkan laptopnya yang dicas sehingga pagi keesokan harinya.

Bil elektrik bulan Disember? Apa yang kami lakukan ialah tutup dan cabut plug barangan elektrik yang tidak digunakan dan sudah menjadi amalan kami sekeluarga.

Sebagai contoh, jika anda menggunakan kipas berdiri, cabut plug kipas tersebut apabila anda keluar dari bilik. Biarpun anda akan kembali masuk ke dalam bilik beberapa jam kemudian.

Anda boleh menggunakan penghawa dingin atau apa saja barangan elektrik di rumah apabila perlu. Tricknya ialah, plug barangan elektrik kekal dicucuk pada soket terutamanya extension plug (1 plug dengan 2-5 plugs?)

"Memang tinggilah bil bulanan anda!"

Kami juga menggunakan penghawa dingin. Jadi, apabila tidak digunakan, kami cabut plug (jika ada). Bukan hanya sekadar menutup suisnya sahaja.

Namun begitu, plug barangan elektrik yang utama speerti Peti Ais, Thermo Pot, dan yang berkepentingan, tak usahlah cabut. Saya hanya sekadar berkongsikan cara penjimatan elektrik keluarga kami.

Artikel diatas adalah nukilan dari seorang pengguna Media Sosial bernama Liyana Syazwani

Rujukan: Thehypemedia

Kisah Benar: Demi Cinta, Sanggup Kayuh Basikal Dari India Ke Sweeden

By Hafiz.H →
Baru-baru ini satu status di laman sosial menjadi viral selepas kisah yang dipaparkan itu betul-betul terjadi dan menyentuh perasaan.
Netizen itu menceritakan kisah seorang lelaki India bernama Dr. Pradyumna Kumar yang jatuh cinta dengan seorang wanita Sweden, Charlotte Von Schedvin.

Kisah yang berlangsung pada 1975 itu menyaksikan mereka selamat dikahwinkan. Namun, pada tahun 1978, wanita Sweden itu terpaksa pulang ke Sweden, manakala Kumar tidak mengikutinya kerana masih perlu menghabiskan pengajiannya.


Selepas berpisah untuk seketika, tibalah masanya untuk mereka tinggal bersama semula. Namun, atas masalah dan kekangan kewangan, Kumar telah menjual semua hartanya untuk membeli sebuah basikal.

Dari situ, dia nekad mengayuh basikal dari India hingga ke Sweden! Bayangkan, dengan jarak 4,000 km dan terpaksa melalui 8 buah negara berbeza.

Ia memakan masa hampir lima bulan untuk tiba ke tempat isterinya di Sweden! Kisah ini benar-benar terjadi dan bukan satu dongeng atau plot drama bersiri.

Rujukan: Cari Infonet

10 Pemain Bola Sepak Dengan Gaji Paling Tinggi Di Malaysia

By Hafiz.H → Tuesday, December 22, 2015
Kini, pemain bolasepak tempatan yang beraksi dalam liga tempatan juga mampu bergelar jutawan. Siapakah pemain bolasepak Malaysia yang menerima gaji tertinggi dalam Liga Malaysia 2015? Di sini, disenaraikan 10 pemain bola sepak tempatan yang menerima gaji paling lumayan.

1. Safee Sali- RM120,000– Johor Darul Takzim
Pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan.

2. Khairul Fahmi Che Mat (Apek) – RM100,000 – Kelantan
Apek bukan sahaja menerima gaji yang lumayan bersama Kelantan malah beliau turut menerima pelbagai pendapatan lain lagi di luar padang.

3. Amri Yahyah – RM85,000 – Johor Darul Takzim
Amri, 34,  telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darul Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan.

4. Norshahrul Idlan Talaha – RM80,000 – (Terengganu)
5. Indra Putra Mahyuddin – RM75,000 – Felda United


Indra kini bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan.

6. Baddrol Bakhtiar – RM65,000 – Kedah
Bermula dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol Bakhtiar kemudian telah diserapkan kepada pasukan senior Kedah dan kebangsaan sebagai pengatur serangan (playmaker).

7. Safiq Rahim – RM50,000 – Johor Darul Takzim
Pemain yang mempunyai skill terhebat dalam mengambil sepakan percuma.

8. Badhri Radzi (Piya) – RM50,000 – Kelantan
Mempunyai skil sepakan sudut dan percuma yang menarik, Piya adalah lawan kepada Safiq Rahim.

9. Aidil Zafuan – RM50,000 – Johor Darul Takzim
Aidil merupakan antara tonggak pertahanan yang terbaik di Malaysia.

10. Norfarhan – RM40,000 – Kelantan
Cukup lincah dan mempunyai penyudah yang baik. Norfarhan dikatakan menerima sekitar RM40,000 sebulan di Kelantan.

Rujukan: ammboi.com