Tags:

6 Perkara Rusia Perlu Berfikir Sebelum Serang Turki

By Hafiz.H Tuesday, December 8, 2015
Menembak pesawat Sukhoi 24 Rusia di atas wilayah udara Turki pada hari Selasa (24 Nov) mengheret hubungan pemerintahan Ankara dan Moscow dalam bibir jurang perang tentera terbesar di abad ke-21.

Selain pemutusan hubungan diplomasi sepihak yang dilakukan oleh kerajaan Putin pada minggu lalu, Moscow juga merancang akan memutuskan hubungan ekonomi dengan Ankara yang dituduh sengaja menembak SU 24 di wilayah sempadan Syria.

Akan tetapi apa saja yang harus diberi perhatian oleh Rusia jika benar-benar ingin menggelar pencerobohan tentera terhadap Turki?

Berikut laporan Journal of America "National Interest" mengenai 6 perkara yang perlu difikirkan Rusia sebelum menyerang Turki:

1. Pesawat F-16 dan Peluru berpandu Jarak Menengah AIM-120 AMRAAM
Angkatan Udara Turki mempunyai sekurang-kurangnya 250 pesawat F-16, dan 30 di antaranya adalah F-16 Blok-50 yang merupakan versi terbaru dari pesawat ini.

Selain mempunyai ratusan pesawat udara, pesawat-pesawat F-16 Turki juga dilengkapi dengan peluru berpandu jangka sederhana AIM-120 AMRAAM yang mampu menjangkau sasaran sejauh 50 kilometer. Sebuah ancaman nyata bagi Tentera Udara Rusia.

Selain terkenal dengan ketepatan sasaran yang tepat, peluru berpandu AIM-120 AMRAAM juga boleh dilancarkan dari permukaan tanah ke udara.

2. Alat Gangguan Elektronik (Coral)

Ini adalah peralatan perang elektronik terbaru yang dibuat untuk mengelirukan dan menipu radar dan peralatan elektronik musuh baik di permukaan tanah, laut maupun udara.

Coral boleh digunakan untuk menggagalkan sasaran serangan musuh terhadap kemudahan-kemudahan ketenteraan milik Turki.

Peralatan yang dihasilkan oleh syarikat senjata dalam negeri "Oslaslan" mempunyai liputan 150 kilometer persegi.


3. Kapal Selam Kelas Gore
Mempunyai 4 kapal selam kelas Gore yang dihasilkan oleh Jerman, kapal selam yang boleh diam di dalam air ini boleh menjadi pembunuh tersembunyi bagi peralatan ketenteraan Rusia yang ditempatkan di Laut Mediterranean.

Kapal selam kelas ini dilengkapi dengan peluru berpandu Harpoon anti-kapal dan Tiger Fish peluru berpandu.

4. Kapal Peneroka Model "Ada"

Kewujudan kapal jenis ini merupakan ancaman serius bagi peralatan ketenteraan Rusia yang beroperasi di Laut Mediterranean. Direka dan dibina oleh anggota tentera Turki, kapal jenis Ada dilengkapi dengan 8 peluru berpandu Harpoon, dan meriam canggih dengan kelajuan tinggi.

5. Pasukan Khusus 'Katak' Turki

Merupakan unit terbaik di antara pasukan elit Turki, pasukan 'Katak' Turki boleh bekerja di semua lingkungan, dan menyelinap di belakang garis musuh baik dari laut ataupun darat.

6. Nato
Dan terakhir yang harus diambil kira Rusia jika ingin menyerang Turki adalah Pertubuhan Perjanjian Atalantik Utara atau yang dikenal Nato.

Perlu diketahui bahawa negara-negara anggota Nato wajib ikut serta membela jika ada salah satu anggotanya yang diserang.

Rujukan: HarakahDaily & EraMuslim

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.