8 Perkara Paling Penting Dalam Hidup Yang Tak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit

By Hafiz.H Thursday, December 31, 2015
1. Keluarga bahagia
Keluarga memainkan peranan penting dalam menjadi tulang belakang yang menyokong kita untuk ke peringkat di mana kita ada sekarang. Semua orang pun impikan untuk hidup dalam suasana keluarga bahagia betul tak?

Semestinya, duit tak boleh beli nilai keakraban dan kasih sayang dalam sesebuah keluarga. Buktinya? Ada banyak keluarga di luar sana yang ada banyak duit dan kaya raya, tapi langsung tak bahagia. Pepatah 'money can't buy happiness' tu memang tepat!

2. Rakan karib
Dalam hidup, kita tak boleh abaikan kawan baik yang ada di sekeliling kita. Selain keluarga, mereka inilah yang boleh jadi tempat mengadu, tempat untuk kita kongsi suka duka, tempat minta nasihat, dan macam-macam lagi.

Tanpa kita sedar, dunia jadi lebih baik dengan hadirnya kawan baik. Mereka mampu bagi kita sokongan bila segala-galanya nampak macam mustahil untuk kita tempuhi. Memang jelas bahawa sahabat sejati tak datang dengan tanda harga.

3. Orang-orang tersayang
Selain keluarga dan kawan baik, kita juga mesti ada orang-orang tersayang yang lain. Dan orang-orang ini rapat dengan kita bukan kerana duit yang kita ada. Jadi, simpanlah mereka ini dengan sebaik mungkin.

Kita tak tahu bila masanya kita perlukan pertolongan. Kalau masa tu kawan baik atau ahli keluarga kita tak mampu nak tolong, dengan mereka inilah tempat kita bergantung. Bukan nak ambil kesempatan, cuma nak tunjukkan betapa penting dan tak ternilainya mereka ini dalam hidup kita.

4. Kesetiaan dan kejujuran
Pernah tengok orang-orang kaya yang gagal dalam perkahwinan? Mereka ini mungkin mampu beli segala apa yang mereka nak dalam dunia tapi hubungan dengan pasangan tetap hancur berkecai. Malangnya bagi mereka, kesetiaan memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Itulah hakikat kehidupan. Tak semestinya bila kita ada duit, kita boleh miliki segalanya. Bak kata Warren Buffet: Honesty is a very expensive gift, Don't expect it from cheap people.

5. Masa
Masa itu emas. Dengan adanya duit yang banyak, kita boleh beli jam tangan mahal seperti Rolex, Tag Heuer, atau Tissot untuk diperagakan di pergelangan tangan. Kalau duit tak banyak, mungkin kita hanya mampu beli jam murah.

Tapi perasan tak, murah atau mahal, waktu yang ditunjukkan tetap sama. Dari segi jam, minit, dan saat, semuanya sama. Jam yang mahal takkan boleh beli masa ekstra. Masa dihargai bukan melalui jam tangan fancy, tapi lebih kepada ketepatan dan disiplin kita. Kalau kita gunakan masa betul-betul, mesti banyak manfaat yang kita boleh dapat.

6. Pengalaman hidup
Pernah tak dengar ungkapan bahasa inggeris yang berbunyi, 'some lessons are best learnt through experience'? Tak kiralah pernah atau tak, tapi ungkapan ini memang benar.

Contohnya, dengan kesilapan yang kita buat, kita pada masa yang sama dapat belajar benda baru, iaitu cara untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Lagi banyak kesilapan kita buat, lagi banyak pengalaman yang kita boleh kutip. Tapi, janganlah terlalu asyik melakukan kesilapan ya.

Beranikan diri untuk cuba benda baru. Barulah menarik jalan cerita kehidupan kita!

7. Kenangan manis
Sama ada kita travel atau apa saja yang kita buat setiap hari, kita mesti ada ambil gambar untuk disimpan sebagai kenangan. Tapi mampukah gambar-gambar ini menceritakan situasi sebenar yang betul-betul terpahat dalam minda kita? Pastinya tidak.

Betapa mahal sekali pun kamera DSLR kita beli, segala kenangan yang kita kutip dalam hidup tetap tidak boleh kita zahirkan kembali. Bukan setakat gambar, malah tiada sebarang kata pun yang mempu mengungkap segala kenangan manis yang telah kita lalui.

8. Inner peace atau ketenangan jiwa
Dengan duit, kita boleh masuk kelas yoga atau segala jenis meditasi untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Tapi kenapa sampai kena bayar untuk dapatkan emosi yang stabil?

Bukan nak mencemuh gaya hidup sihat macam tu, cuma bila fikir balik, kenapa orang sanggup habiskan duit yang banyak ambil kelas yoga atau meditasi semata-mata nak mencapai ketenangan jiwa?

Duit tak akan beli ketenangan. Cukup sekadar mempunyai hati yang penuh dengan kasih sayang, ketenangan akan datang dengan sendirinya selepas itu.

Rujukan asal: Says.com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 8 Perkara Paling Penting Dalam Hidup Yang Tak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit "