Tags:

"Andai saya tak nampak objek tersebut, mungkin saya masuk paper hari ini"

By Hafiz.H Wednesday, December 30, 2015
Pada tarikh 29 Disember 2015, Jpj telah membuat operasi bersepadu dengan agensi-agensi lain di Rnr Gurun. 

Highway ditutup dan semua kenderaan wajib masuk RnR untuk pemeriksaan.

Pada petang tu juga saya ride lalu highway itu dan telah menjumpai satu objek di tengah highway dipercayai sebahagian dahan pokok yang jatuh dari lori. beratnya lebih kurang 5 kg.

Macam mana andai malam dan tidak nampak objek tersebut? tidakkah sy masuk paper hari ini?

Setiap tahun, pada hujung tahun Ketua Pengarah JPJ akn mengumumkan statistik bilangan kemalangan serta kematian tahun tersebut dan juga langkah-langkah beliau ingin menanganinya.

Macam tahun lepas Ketua Pengarah ada sebut yang Beliau ingin 10,716 orang mati menjelang tahun 2020. (Video ada pada saya dan juga dalam youtube).

Yang paling lawak di sini, Operasi yang paling kerap dilakukan adalah operasi berfokuskan:

1. Nombor Plet
2. Ekzoz
3. Lampu2 Tambahan
4. Tinted
5. Visor Gelap
6. Footrest

Ya saya tak pernah ke sekolah engineering, saya tak belajar aerodynamics dan seangkatan, tetapi tanpa semua ilmu itu saya yakin ianya bukan punca kemalangan.


Adakah anda nak tahu punca-punca sebenar?

Statistik dan orang ramai juga menyatakan yang kemalangan selalunya melibatkan motosikal (majoriti kes kemalangan). Inilah punca-punca utama.

1. Keadaan jalan tidak sekata, berkawah, berlubang, berpasir, berbatu besar.

2. Tiada lampu jalan di kawasan-kawasan kerap berlaku kemalangan. ( Selekoh tajam, bonggol)Untuk pengetahuan semua banyak kawasan highway Utara Selatan yang langsung tiada lampu jalan.

3. Driver-driver yang tidak tahu menggunakan signal ketika ingin membelok.

i - Tiada Signal
ii - Signal Terus Belok
iii - Sambil Belok Sambil Signal.
iv - Signal kanan belok kiri.

4. Kenderaan-kenderaan lain yang bayangkn diri mereka glow in the dark. 8, 9 , 10 malam pun drive tak buka lampu.

5. Kenderaan-kenderaan dibenarkan menggunakan tayar celup oleh agensi-agensi yang sepatutnya membantu mengurangkn kadar kemalangan serta membantu memastikan keselamatan pengguna jalanraya.

6. Kenderaan-kenderaan dibenarkan "Overload" , atau membawa muatan yang tidak diikat, dibalut dgn betul dan selamat. Smpai barang-barang jatuh ke jalan macam dalam gambar diatas.

7. Lori dan bas yang macam F1 di highway.

8. Pemandu-pemandu kenderaan besar kerja melebihi had jam yang dibenarkan. (lori/bas).

9. Pemandu-pemandu mabuk.
(slalu buat roadblok siang-siang memang tak jumpa la orang macam tu kan. lol)

10. Pemandu/penunggang yang drive/ride dengan cara tidak selamat.
Itu antara contoh punca-punca kemalangan. Dan bukan seperri anda buat dalam Ops Tinted, Ops Ekzoz, Ops Nombor Plat pendaftaran.
Kami guna ada sebab. Kalau nk berdebat saya bersedia. Kes ini saya dah fight di mahkamah tahun 2015.

1. Nombor Plat Pendaftaran

Nombor plat kcil atau shining menyukarkan kita kesan andai berlaku kecurian, rahut dan sebagainya. Ya benar. Namun pada kepingan plat kadang ada satu logo Yamaha pun saman? apa cerita ni? bukan lekat atas huruf dan nombor.

2. Ekzos

Ekzoz disaman atas kesalahan ubahsuai ekzoz. bising la kononnya. Pernah dengar Harley Davidson? Sunyi sepi ke ekzoz asalnya? Bising kan? Jadi adakah asas saman itu masih merujuk kepada bunyi? Tahukah anda ekzoz sangat-sangat mampu menyelamatkn nyawa? Kes ini yang saya fight habis habisan di mahkamah 2015.

3. Lampu-lampu Tambahan

Motosikal ada berapa lampu di belakang dan depan? 1 je kan? Andai kata blow lampu tersebut, macam mana? Bayangkan malam,  nak berhenti perjalanan tunggu sampai pagi? nak call plus tolong tukarkan lampu? Nak repair sendiri tengah highway malam-malam? Tapi andai ada lampu tambahan, LED tambahan, tidakkah rider tersebut masih kelihatan walaupun blow 1 lampu?

4. Tinted/Cermin Gelap

Tinted gelap kononnya banyak jenayah berlaku dan lain-lain.. Ya, ada benarnya. tapi yang tak gelap, dah brapa kes kena pecah di lampu isyarat? Dah berapa kes handbag, laptop dan lain-lain berjaya dilarikan? Nak letak di bawah? Tak nampak ke letak di bawah? Nak letak handbag di boot?? logik ke? bnyk kebaikkan ke keburukkan tinted ni?

5. Visor Gelap

Visor gelap memang kadang digunakan sewaktu merompak. namun tak smestinya seorang salah guna semua haramkan.

Yang keluarkan statement ini sememangnya mat kereta dan tak pernah ride jauh. Kalau ride ke pasar tidak dikira ride okey. Ride jauh, silau, matahari terpacak depan mata, tak bahaya ke? Tak burn ke muka andai clear visor? Depa mana tau, duduk dalam keta tinted ada aircond ada. kami tak kaya.

6. Footrest

Bayangkan duduk dengan keadaan kaki 90 darjah berjam jam. tak lenguh ke? Footrest dicipta dengan angle kedudukan kaki yang selesa untuk rider-rider. Kalau 90 darjah je mesti kurang selesa andai ride jauh. (tak semua orang rasa macam itu, lain orang lain rasa).

Mana datangnya bahaya item tersebut?

Saman kita boleh bayar. Andai ianya mampu bantu menambah keselamatan kita atas jalanraya, ekzos, lampu, tinted, footrest, visor, semua kita guna je. Berani buat berani tanggung orang kata. Tapi saya kata "Saya buat bersebab, bnyk sangat sebabnya, andai rasa nak fight point jom. Point-point saya antara hidup dan mati. kalau nk fight setakat guna akta pi balik ok".
.
Lupa nak mention. apabila saya upkn isu-isu ini di Page Utama Jpj , Saya diblock je. Macam ini ke satu organisasi besar handle pertanyaan? Ke memang dah kehabisan peluru? Oops JPJ mana ada peluru lupa pulak.

Jadi di sni saya nak bagi cadangan pada organisasi-organisasi terlibat, Tolonglah, nak buat kerja tu buatlah tapo fikir-fikirkan dulu apa yang dikuatkuasakan. Apa yang disaman, apa tujuan dan asas operasi. Jangan dengar saja kata-kata orang atas.

Kita diberi akal untuk berfikir sendiri dan untuk kita bandingkn baik buruk. Jangan pentingkn KPI,Target. Hari ini kita buat kat orang, esok mana tahu.

Entri diatas dikarang sepenuhnya oleh seorang netizen dan disiarkan semula di HarianBlogger.Com. Untuk sebarang info berkaitan entri ini, sila ikuti facebook beliau Jeremy Ng Cheng Soon

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " "Andai saya tak nampak objek tersebut, mungkin saya masuk paper hari ini" "