Tags:

Benarkah Captain Jack Sparrow Diinspirasi Daripada Orang Melayu?

By Hafiz.H Friday, December 4, 2015
Pasti ramai yang meminati filem "Pirate of the Caribbean" yang mengisahkan kehidupan lanun, teraju utama bagi filem sekuel ini adalah bintang Hollywood, Johnny Depp.
Namun, tahukah anda bahawa filem “Pirate Of The Caribbean” dan watak “Captain Jack Sparrow” diinspirasi daripada orang Melayu? Memetik dari sebuah sumber, ini adalah butiran mengenai siapa sebenarnya Captain Jack Sparrow:

1. Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu. Lagenda lanun Melayu “the 19th Malay Regiments of British Royal Navy”.

2. 19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum itu. Oleh kerana keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yang dimiliki (ilmu kebal, ilmu batin, boleh menyelam 4, 5 jam dll) mereka diberi pengampunan dari dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy – dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh mat individu bernama Captain John Davie (Davvy Jones?)


3. Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny (“pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa” didalam military term or crew ship) keatas British India yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa di kalangan British.Mereka telah merampas 12 buah kapal laut Royal Navy, mereka kemudiannya berpecah ke Britain, laut Arab dan benua Amerika.

4. Selepas itu, dari tahun 1813 hingga ke tahun 1842, saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain, sehinggakan terdapat beberapa kes amukan lanun Melayu di Queen Dock London.

5.Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai “the Curse Regiments” – bourne to sails at sea in eternity.
Sejauh manakah kebenaran disebalik kisah ini masih lagi menjadi persoalan terhadap pengkaji sejarah, sungguhpun begitu jika benarlah Captain Jack Sparrow adalah diinspirasikan dari sejarah sekumpulan lanun di Alam Melayu suatu ketika dulu, pasti ia menjadi bahan sejarah paling berharga untuk diterokai.

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.