Tags:

Digelar 'Shortest Man', Dirinya Jadi Inspirasi Buat Masyarakat

By Hafiz.H Friday, December 25, 2015
Ketidaksempurnaan fizikal bukanlah penghalang bagi seorang insan yang pernah memegang rekor dalam Malaysian Book of Record , “Shortest Man” untuk menjadi insan yang hebat dan membanggakan di mata orang ramai.
Mohd Sukur Bin Ibrahim merupakan Orang Kurang Upaya yang mempunyai jiwa yang sangat kental dan juga semangat yang tidak pernah luntur untuk tampil menjadi seorang insan yang berguna dalam kehidupannya.


Kisah mengenai beliau mulai tersebar di laman sosial Facebook apabila seorang lelaki yang bernama Khairul Ezuwan begitu tersentuh dengan semangat yang ada pada dirinya berkongsi secara terbuka mengenai rasa bangganya terhadap Mohd Sukur ini. Menurut beliau, Mohd Sukur adalah pemegang ijazah sarjana muda IT di UKM dan juga merupakan usahawan serta perunding motivasi di beberapa buah negeri di Malaysia.
Satu pencapaian yang sangat membanggakan buat Mohd Sukur dan menjadi satu inspirasi buat semua rakyat Malaysia agar terus berusaha memajukan diri sendiri. Jika orang yang tidak sempurna seperti Mohd Sukur ini mampu membuktikan yang terbaik buat dirinya, apa lagi manusia yang sihat dan tiada cacat anggota bahkan tiada alasan untuk tidak boleh maju ke hadapan. Bersyukurlah dengan kesmpurnaan yang diberi, tidak semua insan bernasib baik untuk memilikinya. Bahkan gunalah dengan sebaik-baiknya.
Rujukan: Saja Kongsi
Sumber: Facebook Khairul Ezuwan

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.