Tags:

Hak Eksklusif Astro Akan Tamat, Pesaing Baru Bakal Tiba

By Hafiz.H Thursday, December 3, 2015
Hak monopoli sebagai stesen TV berbayar tunggal negara, Astro akan tamat pada 28 Februari 2017.


Lapor Bernama, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia telah mengedarkan laporan bertulis di Dewan Rakyat pada 1 Disember lalu menyatakan hak eksklusif terhadap Measat Braodcast Network Systems(Malaysia) Sdn Bhd dikekalkan berasaskan prinsip kedudukan "no worse off" semasa penghijrahan Lesen Penyiaran kepada Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan.

Hak monopoli ini diberi oleh kerajaan Malaysia pada syarikat penyiaran itu pada tahun 1997 di bawah Akta Penyiaran 1988 dan seterusnya MBNS berhijrah kepada akta baru di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98)

Sungguhpun kontrak eksklusif sebagai penyiar TV berbayar bakal tamat pada penghujung Februari 2017, ASTRO masih lagi berpeluang untuk meneruskan perkhidmatan TV berbayar, cuma hak sebagai stesen TV berbayar tunggal di negara ini tidak akan wujud lagi.(Hak Eksklusif)

Ini kerana menjelang tahun 2017, kerajaan akan memberi peluang kepada syarikat-syarikat penyiaran lain untuk memohon perkhidmatan TV berbayar melalui satelit selepas 28 Februari 2017. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.