Tags:

Kek Perkahwinan Berusia 34 Tahun Milik Puteri Diana Dilelong (3 Gambar)

By Hafiz.H Tuesday, December 22, 2015
Anda percaya atau tidak, kek berusia 34 tahun masih elok? 
Menurut sumber, kek yang berusia 34 tahun itu sebenarnya kek di hari perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana. Kek tersebut dibalut elok dalam kotak sejak 29 Julai 1981 di Istana Buckingham. Kek itu akan dijual dengan harga £2,600. Kek tersebut masih elok kerana mempunyai kandungan alkohol yang tinggi.


Di kotak tersebut turut tertulis “With best wishes from Their Royal Highnesses, The Prince & Princess of Wales”. Menurut petugas lelongan, Sam Heller, perkahwinan Lady Diana dan Putera Charles mendapat liputan besar-besaran di serata dunia. Sehingga sekarang masih ramai yang mengingati detik indah tersebut.
Paling penting kek tersebut tidak bersentuh dan sebenarnya masih boleh dimakan. Para pengumpul pasti sanggup membayar dengan harga yang tinggi kerana kek ini berusia lebih tiga dekad dan sebuah perkahwinan yang paling tersohor abad ke 20. Siapakah agaknya yang bakal mendapat kek berusia 34 tahun itu? Bertuahnya pengumpul tersebut.

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.