Tags:

Kerana 'Bob', Keseluruhan Hidup Si Penagih Dadah Berubah

By Hafiz.H Monday, December 28, 2015
Siapa sangka dengan kehadiran seekor kucing biasa mampu mengubah hidup seseorang. Walaupun ianya hanyalah sekadar binatang peliharaan biasa,namun tiada siapa yang tahu mungkin ianya bakal membawa keajaiban dalam kehidupan kita seterusnya.
Mengisahkan cerita mengenai seorang pemuzik jalanan yang berubah kehidupannya setelah bertemu dengan seekor kucing. Kehidupan James Bowen mula berubah sepenuhnya setelah dia menolong seekor kucing jalanan yang tercedera di bahagian kaki. Kucing yang diberi nama Bob itu dibawa ke doktor haiwan dan setelah sembuh, Bob sentiasa mengekori James walau kemana beliau pergi. James merupakan seorang muzik jalanan dan Bob akan sentiasa menemani beliau bermain muzik sebagai sumber pendapatannya. Kehadiran Bob menyebabkan ramai yang tertarik untuk datang mengelilingi dan mendekati Bob dan pendapatan James dikatakan semakin meningkat.


Bukan itu sahaja, James juga merupakan seorang penagih dadah dan akhirnya insaf setelah Bob muncul ke dalam hidup beliau. Persahabatannya dengan Bob benar-benar mengubah kehidupan James. Bob merupakan sumber inspirasi dan motivasi bagi kehidupan James. James menganggap kewujudan Bob kononnya seperti malaikat yang turun dari langit baginya. James Bowen bersama kucing jalanannya Bob kini semakin dikenali oleh orang ramai, bahkan di seluruh sosial media rancak bercerita mengenai kisah James dan kucingnya.
Bukan itu sahaja, penjualan buku yang mengisahkan perjalanan hidupnya bersama Bob yang ditulis sendiri oleh beliau dikatakan sangat laris di pasaran hingga menjadi sebagai buku terbitan “Best Seller” dan terjual lebih dari 1 juta di Inggeris. Pihak media juga berpusu-pusu ingin menerbitkan rancangan khas buat James dan Bob. Kini, James Bowen dan Bob menjadi semakin kaya dan kejayaan yang beliau peroleh tidak sesekali membuatkan dirinya lupa daratan.
Rujukan: SajaKongsi

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.