Tags:

Kisah Benar: Demi Cinta, Sanggup Kayuh Basikal Dari India Ke Sweeden

By Hafiz.H Wednesday, December 23, 2015
Baru-baru ini satu status di laman sosial menjadi viral selepas kisah yang dipaparkan itu betul-betul terjadi dan menyentuh perasaan.
Netizen itu menceritakan kisah seorang lelaki India bernama Dr. Pradyumna Kumar yang jatuh cinta dengan seorang wanita Sweden, Charlotte Von Schedvin.

Kisah yang berlangsung pada 1975 itu menyaksikan mereka selamat dikahwinkan. Namun, pada tahun 1978, wanita Sweden itu terpaksa pulang ke Sweden, manakala Kumar tidak mengikutinya kerana masih perlu menghabiskan pengajiannya.


Selepas berpisah untuk seketika, tibalah masanya untuk mereka tinggal bersama semula. Namun, atas masalah dan kekangan kewangan, Kumar telah menjual semua hartanya untuk membeli sebuah basikal.

Dari situ, dia nekad mengayuh basikal dari India hingga ke Sweden! Bayangkan, dengan jarak 4,000 km dan terpaksa melalui 8 buah negara berbeza.

Ia memakan masa hampir lima bulan untuk tiba ke tempat isterinya di Sweden! Kisah ini benar-benar terjadi dan bukan satu dongeng atau plot drama bersiri.

Rujukan: Cari Infonet

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.