Tags:

Mengimbas Kembali Koleksi 'Rare' Handphone Nokia (22 Gambar)

By Hafiz.H Monday, December 14, 2015
Suatu ketika dulu Nokia yang berasal dari Finland ini begitu terkenal dengan pengeluaran model paling banyak dan mendapat permintaan paling tinggi dalam sejarah gadjet telekomunikasi.

Nokia 7100 (1999)
Nokia 7100 (1999)
Tahun 2001, Nokia memperkenalkan siri 7650. Pada masa itu, Nokia 7650 adalah telefon bimbit idaman yang disertakan kamera dan dapat mengakses internet.
Siapa tak kenal dengan model ini? Nokia 3310 adalah salah satu model paling 'agung' sepanjang masa.
Jorma Ollila, CEO of Nokia Corporation, dengan salah sebuah model Nokia yang dianggap paling berteknologi pada ketika ini. Foto diambil pada tahun 2000.
Nokia 7650
Nokia 7650
Timbalan Presiden Nokia Image Service, Juha Putkiranta, memperkenalkan model Nokia 3650 dan Nokia 3510i di Perancis pada September 2002.
Nokia 3650 dan Nokia 3510i
Nokia 6800 ini dikeluarkan pada November 2002.
Nokia 6800
Nokia 3650 di pameran teknologi CeBIT di Jerman pada tahun 2003. Nokia pada ketika ini sangat ghairah dalam menghasilkan keluaran dan bentuk yang cukup unik..
Nokia 3650
Nokia N Gage yang pernah menggegarkan industri gadgej dunia kerana fungsinya yang mampu menyaingi konsol permainan lain seperti Game Boy dan Nintendo. Nokia N Gage menjadi salah satu produk Nokia dengan jumlah penjualan paling tinggi di dunia.
Nokia N Gage
Nokia 6600 sempat jadi idaman ketika diperkenalkan pada tahun 2004.
Nokia 6600
Seorang model mempamerkan Nokia 7600 di New Delhi tahun 2004. Dibekalkan dengan teknologi 3G, kamera, pemain muzik dan dikemaskan dalam rekaan yang menawan.
Nokia 7600


Nokia 7610 dan Nokia Communicator 9500 diperkenalkan di pameran teknologi CeBIT pada Mac 2004.
Nokia 7610
Nokia 2650 yang dikeluarkan pada awal 2004.
Nokia 2650
Nokia 6260 diperkenalkan bulan Julai 2004.
Nokia 6260
Nokia semasa zaman kegemilangannya adalah sebuah pengeluar telefon bimbit dengan pengeluaran model terbaru paling banyak sepanjang tahun.
Nokia 6680, yang dikeluarkan pada tahun 2005
Nokia 6680
Tiga model yang diperkenalkan pada April 2005. Berturut turut dari kiri adalah N91, N70 dan N90
N91, N70 dan N90
Nokia 8800, Julai 2005
Nokia 8800
Nokia E61 yang dipermudahkan dengan papan kekunci qwerty. Model seterusnya seperti Nokia E63 adalah model dengan kemudahan papan kekunci menjadi revolusi baru dalam teknologi telefon bimbit.
Nokia E61
Nokia N92 adalah salah satu model yang menerima signal TV. Ia diperkenalkan tahun 2006
Nokia N92
Seorang model dengan Nokia 7380, Telefon bimbit paling 'stylish' dan dimasukkan ke dalam senarai eksklusif Nokia L'Amour
Nokia 7380
Nokia 1112 dikeluarkan pada 2006. Masih mengekalkan warna yang sama, hitam dan putih atau putih dan baru, dan pengeluarannya masih kekal hingga kini kerana terdapat permintaan. -HarianBlogger.Com
Nokia 1112
Rujukan: Detik.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.