Senarai 10 Pekerjaan Paling Bahaya Di Dunia

By Hafiz.H Wednesday, December 2, 2015
Apakah profession atau kerjaya paling sukar dan merbahaya di dunia? Pernahkah anda terfikir disebalik kemudahan dan keselesaan yang anda dapat harini adalah hasil pengorbanan dan usaha dari mereka yang menggadaikan nyawa demi tugas yang dipertanggungjawabkan?

Di bawah adalah senarai pekerjaan paling sukar dan mencabar di dunia.

1. Juruteknik Elektrik
Salah satu pekerjaan yang mengancam nyawa seseorang itu adalah juruelektrik. Pendedahan kepada kabel dan wayar elektrik adalah suatu yang sangat-sangat merbahaya. Selain kejutan elektrik, banyak kemungkinan lain yang berlaku seperti terjatuh dari ketinggian yang amat tinggi.

Berlaku kebakaran akibat lintar pintas dan terdedah kepada gas karbon monoksida.

2. Juruteknik Pemanjat Pencawang atau Menara Telekomunikasi
Pekerjaan sebagai penyelenggara menara telekomunikasi adalah salah satu pekerjaan paling mencabar di dunia. Di Amerika Syarikat, salah satu peratusan paling tinggi kematian di negara itu adalah berkaitan dengan pekerjaan ini. Mereka terpaksa menggadai nyawa untuk memanjat menara yang ketinggiannya diluar jangkaan.

Ya, disebalik kemudahan komunikasi yang kita dapat hari ini, ada individu yang bersusah payah dan sanggup risikokan diri demi keselesaan orang lain.

3. Ahli Bomba
Bukan sahaja dilatih untuk memadam api kebakaran, malah mereka turut dilatih untuk menyelamat mangsa di dalam keadaan yang begitu ekstrim. Terdedah kepada sebarang kemungkinan seperti disambar api, runtuhan batu dan sebagainya adalah suatu kelaziman bagi seorang anggota bomba.

Malah ada dikalangan mereka yang terpaksa berada di tempat panas dengan suhu paling tinggi demi menyelamatkan nyawa mangsa.

Mereka turut terdedah kepada bahaya bahan kimia jika kebakaran yang melibatkan bangunan kilang.

4. Nelayan@Penangkap Ketam
Jangan terkejut, pekerjaan sebagai nelayan juga adalah salah satu pekerjaan paling sukar di dunia. Terdedah kepada laut yang bergelora, ribut petir dan kemalangan bot.

Di Amerika Syarikat, pekerjaan nelayan adalah pekerjaan paling ekstrim di dunia. Mereka yang menjalankan aktiviti menagkap ketam di perairan Alaska seringkali terdedah dengan kematian. Setiap tahun nelayan di negara itu terpaksa bergadai nyawa semata-mata untuk mendapatkan ketam Alaska iaitu 'King Crab'.

Faktor suhu sejuk paling ekstrim dan permukaan laut yang sentiasa bergelora adalah punca kebanyakan nelayan mati sebelum tiba ke darat.


5. Pembalak
Pekerjaan sebagai pembalak boleh diklasifikasikan sebagai salah satu pekerjaan paling sukar di dunia. Berdepan dengan sebarang kemungkinan seperti pokok tumbang, serangan binatang buas adalah risiko yang perlu ditanggung.

6. Pekerja Tapak Pembinaan
Bekerja di tapak pembinaan samada sebagai buruh atau sebaliknya sememangnya akan berdepan dengan pelbagai risiko.

Terjatuh dari tempat yang tinggi, terdedah kepada besi cerucuk, dihempap oleh jentera atau konkrit adalah sebahagian risiko yang bakal ditanggung oleh mereka yang bekerja dalam bidang ini.

7. Pekerja Penyelenggara Bangunan
Pernahkah anda terfikir bagaimana bangunan yang begitu tinggi sentiasa tersergam indah dan bersih?

Golongan inilah yang sentiasa bersusah payah untuk menyelenggara dan mencuci tingkap setiap bangunan.

Sungguhpun ciri-ciri keselamatan amat dititikberatkan, tetapi jika berlaku sebarang kemungkinan, nyawa menjadi taruhan.

8. Pengawal Keselamatan atau Bodyguard.
Bagi mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di bank, ia bagaikan istilah nyawa di hujung tanduk. Sebarang kemungkinan boleh berlaku seperti rompakan bank.

Dan lebih menakutkan lagi jika babak berbalas tembakan berlaku antara perompak dan pengawal keselamatan, atau serangan secara tiba-tiba dan yang pasti perompak akan mensasarkan kepada pengawal keselamatan terlebih dahulu.

Bagi pekerjaan 'Bodyguard' pula, walaupun diupah dengan kadar yang tinggi oleh golongan VIP dan berpengaruh, semestinya mereka berfungsi sebagai 'perisai' kepada majikan mereka. Selain berdepan dengan segala kemungkinan, mereka turut terpaksa berdepan dengan sejumlah manusia yang fanatik.

9. Skuad Pemusnah Bom
Kebolehan mampu bekerja di bawah tekanan, memiliki skill yang tinggi dan sangat terlatih. Misi perlu diselesaikan dengan kebolehan mengenal pasti sesuatu ancaman. Sebarang kemungkinan hingga menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa adalah suatu yang perlu diterima bagi mereka yang menggalas tugasan ini.

10. Pekerja Pelantar Minyak
Dengan gaji yang adakalanya mencecah 5 angka sebulan, bekerja di pelantar minyak sememangnya satu tugas paling ekstrim di dunia.

Kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran di tengah-tengah laut adalah suatu kemestian. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.