Tags:

Wanita Raih Pendapatan Lumayan Kerana Wajah Mirip Elsa Frozen (Gambar)

By Hafiz.H Friday, December 11, 2015
Maidenhead, (Britain): Seorang jururawat di sini mampu meraih pendapatan lumayan sehingga £500 seminggu dengan meniru watak Ratu Elsa yang popular dalam filem animasi Disney, Frozen.
Lydia Lewington yang juga model sambilan, sanggup meniru wajah ikon animasi Disney itu dan menjadikan ia punca pendapatannya.

Model berusia 23 tahun bersetuju meniru gaya Elsa selepas didatangi seorang jurugambar yang menyedari wajahnya seiras watak animasi itu.

Lydia mula meniru Elsa dengan membeli kostum berharga £20 (RM130), menyolek dan mendandan rambut seperti watak berkenaan.



“Ia benar-benar mengubah hidup saya. Saya seronok membuatkan kanak-kanak gembira dan melihat wajah ceria mereka,” katanya.

Jururawat itu mengenakan bayaran antara £50 (RM322) hingga £100 (RM645) bagi satu kemunculan dan perlu ditempah sehingga lima minggu lebih awal.

Bagaimanapun, dia tidak mengambil sebarang bayaran apabila membuat kemunculan di hospital bagi melawat kanak-kanak yang sakit.

“Orang ramai akan menjerit lagu ‘Let it Go’ apabila melihat saya menjadi Elsa. Teman lelaki saya pula menganggap ia sangat kelakar,” jelasnya.

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.