Browsing "Older Posts"

Malaysia Berisiko Diserang Virus Zika, 6 Fakta Ibu Mengandung Perlu Tahu

By Hafiz.H → Saturday, January 30, 2016
PUTRAJAYA: Malaysia telah mengeluarkan amaran kesihatan ke semua Klinik kesihatan awam dan swasta mengenai virus Zika.

Timbalan Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata kementerian memandang keadaan global dengan kebimbangan besar kerana kemungkinan bahawa penyakit bawaan nyamuk itu akan merebak di sini adalah tinggi.

1. Spesies nyamuk Aedes Aegypti pembawa utama Virus Zika
"Malaysia mempunyai nyamuk Aedes untuk membawa penyakit dan kepadatan nyamuk di sini adalah sangat tinggi," kata beliau dalam satu kenyataan pada 29 Januari lalu seperti dilaporkan portal New Straits Times Online.

2. Rakyat Malaysia berisiko menerima virus ini kerana negara belum ada lagi penawar bagi Virus Zika.(Dunia belum temui vaksin)

Tambah beliau rakyat Malaysia berisiko tanpa imuniti kepada penyakit ini kerana negara ini tidak pernah mempunyai virus Zika itu. Walaupun virus Zika tidak membawa maut, dan biasanya menyebabkan demam ringan, ruam, sakit sendi dan konjunktivitis, dengan gejala biasanya tahan di bawah seminggu, bahaya terletak dengan jenis kecacatan yang boleh menjejaskan bayi pembawa.

3. Dilaporkan bahawa penyakit Zika yang dikaitkan dengan kecacatan janin dikenali sebagai microcephaly, di mana bayi yang dilahirkan dengan kepala yang luar biasa kecil.


Amerika Tengah dan Amerika Selatan menyaksikan lebih ramai bayi dilahirkan dengan kecacatan otak dan kepala mengecut.

4. Wanita mengandung dinasihatkan supaya tidak melakukan perjalanan ke negara yang mempunyai wabak Zika. 
5. Kesemua daripada 288 sampel yang dianalisis setakat ini telah diuji negatif untuk virus Zika dan sampel telah diambil dari mereka yang diuji negatif untuk denggi. 

Kementerian akan menyimpan tab rapat pada setiap kemudahan perubatan bagi apa-apa kes yang menunjukkan gejala Zika terutamanya oleh mereka yang telah mengembara ke negara-negara dengan wabak virus itu, kata Dr Lokman.

6. Cara menangani wabak ini adalah sama dengan langkah berjaga-jaga yang dilakukan terhadap gejala virus denggi.

Lakukan pemeriksaan tubuh badan anda dari semasa ke semasa di klink swasta atau Klinik Kesihatan Kerajaan-HarianBlogger.Com
Sumber: NST

Lelaki Ini Pemilik Domain Google.Com Untuk Tempoh Seminit

By Hafiz.H →
Memiliki domian Google.com dalam masa seminit.

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Sanmay Ved yang juga dulunya adalah bekas pekerja Google. (Kini bekerja di Amazon)
Bagikan mimpi bagi Ved, beliau telah yang secara tidak sengaja melakukan proses pembelian domian carian terbesar di dunia itu dengan harga $12. Walaubagaimanapun Google telah menganugerahkan Ved dalam erti kata lain membayar sejumlah $6000.13 sebagai wang ganjaran kepadanya kerana berjaya memiliki domain tersebut dalam masa seminit.

Menceritakan pengalamnnya itu, Ved pada awalnya menyedari domain Google.Com dalam status 'ada'.

Melihat pada status tersebut, Ved terus mencuba nasib untuk membeli domain itu dan proses pembelian berjalan lancar.


Dalam pada itu, pihak Google telah memaklumkan bahawa terdapat kesilapan teknikal pada sistem domain tersebut yang menyebabkan nama domain itu tersenarai di laman pembelian domain.

Disebabkan ini adalah kes dimana kecuaian dalam sitem Google, Ved tidak dikenakan sebarang tindakan mahupun dituduh menggodam sistem Google, ia adalah perkara yang kali pertama terjadi dalam sejarah Google dan Ved dianggap sebagai orang yang bertuah.

Untuk pengetahuan, jumlah ganjaran 46000.13yang diberi kepada Ved adalah sebenarnya perkataan Google yang ditulis terbalik.

Sungguhpun begitu, itu hanyalah jumlah yang diberitahu oleh pihak Google, tetapi ada khabar angin mengatakan bekas pekerja Google itu menerima jumlah ganjaran yang lebih tinggi dari yang dinyatakan.

Sejak tahun 2010, Google telah melancarkan Vulnerability Reward Program (VRP) dimana memberi insentif kepada pengguna di seluruh dunia untuk membantu syarikat itu mengekalkan dan memberi idea dalam menaiktaraf sistem keselamatan Google.

Sejumlah $6juta diperuntukkan untuk diagihkan sebagai ganjaran kepada mana-mana individu yang berjaya memberi idea dan membantu dalam meningkatkan keselamatan enjin carian web terbesar di dunia ini. -HarianBlogger.Com

Kisah Isteri Yang Terpaksa Cari Ibu Susuan Bayinya

By Hafiz.H →
Ikuti perkongsian seorang lelaki yang juga suami menceritakan pengalamannya dalam menguruskan rumahtangga dan bagaimana beliau menyelusuri jerit payah seorang insan bergelar isteri.

Abu Hannah dalam posting beliau pada 28 Januari lalu telah mendapat perkongsian hampir 15 shares di Facebook. Ramai netizen melemparkan rasa terharu akan kisah yang dikongsikan beliau.

Ingat dalam melayari bahtera rumahtangga, peranan suami sangatlah besar dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Peranan ini bukan semata-mata terletak pada bahu isteri dalam menguruskan anak-anak, malah suami turut sama terlibat dan meresapi segala keperitan dan pengorbanan yang dizahirkan oleh sang isteri.

Moga menjadi panduan buat anda yang bergealar yang telah atau bakal bergelar isteri, memetik kata-kata penulis Abu Hannah, inilah maharnya sebuah rumah tangga. Mahar membesarkan puteri dan putera kerana hamba juga suami.

Editor: Artikel ini dimuatnaik semula untuk tatapan pembaca HarianBlogger.Com

Semoga bermanfaat.
Gambar dari Facebook Abu Hannah


Nukilan Abu Hannah

Siapa kenal beg tu?

Ibu-ibu menyusu badan mesti tahu. Dalam beg itu ada kelengkapan alat-alat si ibu.

Kalau pergi kerja tertinggal tu, mesti aku kena bertukar menjadi Gaban dan hantar alat tu ke tempat kerja isteri aku.

Kalau tak hantar alat tu, isteri aku akan susah hati. Mungkin akan ambil di rumah sendiri.

Ke mana pun dia pergi, beg itu seakan bercantum dengan diri. Seminar, mesyuarat, naik flight. Semua tempat diusung beg itu.

Malam itu aku terjaga, sebab nak buang air kecil. Waktu aku bangun dari katil, aku cuma nampak anak aku. Isteri aku hilang entah ke mana.

"Vebbbb… vebbbb…," kedengaran suatu bunyi dari arah ruang tamu.

Bunyi getaran yang aku biasa dengar. Itulah bunyi getaran alat pam elektrik isteri aku. Memang kebiasaannya dia akan berjaga tengah malam untuk siapkan stok susu anak aku.

Cuma malam ini lain sedikit. Aku terdengar seakan suara orang menangis. Dan kedengaran bacaan Al-Quran daripada telefon bimbit.

Aku intai. Aku nampak satu susuk perempuan sedang menghadap telefon bimbit. Sambil ikut membaca alunan Al=Quran. Ya… aku masih ingat. Surah Al Qariah.

Aku diamkan diri dan terus memerhati. Baru aku nampak, 2/3 hari ini isteri aku kelihatan sugul. Stok susunya berkurangan.

Aku mengira waktu isteriku datang bulan. "Ehh… baru lepas jer period hari tu," bisikku sendirian. Sebab kebiasaannya sebelum tempoh uzur, pengeluaran susu akan berkurangan.

Patutlah semalam isteriku ada bertanya meminta izin aku untuk mencari ibu susuan buat Hannah. Namun aku tegah. Aku tidak boleh terima. Aku tidak mahu mengalah.

Aku terus ke meja tempat isteriku pam susu. Duduk rapat. Waktu ini aku betul-betul kesal. Aku cuma mementingkan pendirian aku.

"Esok kita sama-sama cari ibu susuan untuk Hannah ya?," jelasku sambil tiba-tiba duduk di sisinya.

"Eh.. Awak bangun?," jawab isteriku sedikit terkejut sambil mengesat air mata.

"Saya nak ke tandas…," jawabku ringkas sambil melemparkan senyuman.

"Awak tak kisah ke? Saya minta maaf. Sebab susu drop. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ini," jelas isteriku menunduk.

"Saya ingat saya sudah khatam banyak buku pasal penyusuan saya sudah bersedia untuk semua ini. Saya silap. Tuhan masih nak saya belajar lagi. Kali ni saya kena khatam bab ibu susuan dengan belajar sendiri," jelasku sambil memeluknya erat.

Dan Alhamdulilah. Bantuan daripada kawan-kawan FB, aku diperkenalkan dengan Puan Anis yang menetap di Hulu Langat. Puan Anis mempunyai seorang anak lelaki sebaya dengan anak aku. Zaim nama diberi.

Kini Hannah dan Zaim adalah adik beradik susuan yang sah. Dan kami saling bertukar salinan surat beranak dan menjaga ukhwah ini. Insyaallah Ahad ini kami akan melawat Zaim.

Suami…

Ingat. Perempuan itu adalah isteri. Mereka juga adalah ibu. Ingatan ini untuk aku dan kalian semua.

Jangan diherdik dan diseksa mereka, tatkala kalian ingin menyiksa jiwa dan zahir mereka ingatlah 2 perkara.

Di rahim mereka ada parut. Parut itu parut melahirkan zuriat kita.

Di puting susu mereka juga ada parut, parut itu akibat gigitan gigi zuriat kita.
Saat parut itu terpahat di jasad mereka. Percayalah, ianya sakit. Bahkan mereka menjerit.

Parut itu akan bersuara di mahsyar bagi pihak mereka. Dan menuntut keadilan mereka di hadapan Sang Raja Yang Esa.

Maafkan mereka. Bimbing mereka. Bijakkan mereka. Itulah matlamat kita sebagai pemimpin dalam keluarga.

Lelaki yg hebat, ialah lelaki yg mampu mencintai isterinya berulang kali. Bukan hanya sekali.

Suami…

Ambil masa. Sama-sama muhasabah diri. Nilai balik diri ini. Buat setiap hari.

Ambil masa, intai isteri bangun tengah malam, buat persiapan untuk besarkan zuriat kita.

Kerja mereka tak pernah habis. Kerja suri rumahlah paling lama. 24 jam sehari. Ditambah pula yang bekerja membantu suami di siang hari.

Hamba faham. Tidak mudah menjadi lelaki, sangat perit menjadi suami.

Tapi itu maharnya mendirikan sebuah rumah dan tangga. Mahar membesarkan puteri dan putera.

Kerana…

Hamba juga suami.

SSM Kini Kejar Peniaga Online Tidak Berdaftar

By Hafiz.H →
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menjalankan operasi pemeriksaan terhadap peniaga-peniaga dalam talian atau online bagi memastikan kesemua pemilik perniagaan tersebut mendaftar secara sah.

Menurut laporan dari portal Kosmo, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd. Wahab Fenner berkata, pihaknya ketika ini sedang mengumpul pelbagai maklumat mengenai syarikat-syarikat perniagaan online menerusi satu unit khas pemeriksaan yang telah ditubuhkan.
SSM pada tahun ini akan menjalankan operasi ke atas peniaga online yang tidak berdaftar secara sah.


“Memang terdapat dalam perancangan SSM untuk me*ngawal perniagaan online pada tahun ini.

“Satu unit khas akan mengumpul dan memantau maklumat menerusi internet, media sosial, surat khabar dan juga aduan-aduan daripada orang ramai.

“Kami juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta persatuan-persatuan perniagaan online untuk me*ngenal pasti pemilik-pemilik perniagaan ini,” kata Zahrah.

Beliau berkata demikian selepas menyer*tai Operasi Peme*riksaan Fizikal ke atas lebih 100 buah premis syarikat dan perniagaan di pusat beli-belah Nu Sentral dan KL Sentral di sini baru-baru ini bersama-sama pegawai-pegawainya.

Menurut Zahrah, pemilik perniagaan online yang gagal mendaftar secara sah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 di bawah Akta Syarikat 1965.

“Sebenarnya ramai peniaga online tidak tahu dan tidak sedar bahawa mereka juga perlu mendaftar dengan SSM. Ini kerana mereka tidak mempunyai maklumat dan pengetahuan tentang perkara ini.

“Bagaimanapun, sejak ke*belakangan ini wujud kesedaran dalam kalangan mereka apabila jumlah peniaga online yang berdaftar dengan SSM sudah mula meningkat kepada lebih 6,000 pada 2015,” ujarnya lagi.

Denggi: Minum Jus Betik, Hirup Sup Ketam Dan Minum Minuman Isotonik Adalah Mitos Semata-mata

By Hafiz.H → Friday, January 29, 2016
Kuala Lumpur: Minum jus betik, hirup sup ketam dan mengambil minuman isotonik adalah mitos semata-mata malah tidak membantu mengubati demam denggi.

Menurut laporan dari HarianMetro, Pegawai Perubatan Kanan Perubatan Am Hospital Seri Manjung Dr Hafizah Mohamed Haniba berkata, setakat ini tiada kajian saintifik yang membuktikan demam denggi mampu disembuhkan menerusi tiga amalan itu.

Beliau berkata, salah faham itu disebabkan maklumat yang disampaikan adalah dari mulut ke mulut sejak dulu sehingga dianggap berkesan dalam merawat penyakit berkenaan.

Katanya, daripada sudut perawatan moden, belum ada kaedah dan rawatan khusus untuk penyakit itu.
Hirup sup ketam dan mengambil minuman isotonik adalah mitos semata-mata


“Apa saja yang berkaitan dengan herba tradisional dan sup ketam adalah lebih kepada petua orang lama dan boleh dikategorikan sebagai rawatan sampingan, bukan rawatan sebenar.

“Sebenarnya, perlu ada kajian menyeluruh yang membabitkan sejumlah pesakit untuk memastikan kesahihan sesuatu herba dalam rawatan penyakit denggi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan Ahli Farmasi dan Homeopati Prof Dr A Krishnan berkata, daun betik bukan penawar demam denggi malah boleh menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang sekali gus membawa maut kepada individu yang mengamalkan pemakanan daun itu.

Dr Krishnan mendakwa, daun betik tidak mempunyai khasiat selain berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai ‘cyanide’ yang berperanan seperti racun.

Selain itu, Dr Krishnan juga mendakwa, sistem imunisasi individu boleh terganggu sekiranya ia diamalkan.

Dr Hafizah berkata, bagi memastikan penyakit dapat diubati dengan cepat dan berkesan, pesakit sepatutnya minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter atau lapan gelas sehari.

Menurutnya, kebiasaannya pesakit denggi kurang selera makan dan mengalami perubahan pada salur darah sekali gus menyebabkan badan kekurangan air.

“Cukup sekadar air kosong saja untuk dijadikan alternatif rawatan penyakit denggi tidak berdarah, bukan air isotonik kerana kandungan paras gulanya yang tinggi.

“Bayangkan jika pesakit itu menghidap diabetes, pasti ia memberi kesan terhadap paras gula dalam badan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Hafizah berkata, persepsi masyarakat terhadap amalan itu perlu diperbetulkan, selain menasihatkan individu yang disyaki menghidap denggi supaya mendapatkan rawatan di hospital terlebih dulu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daun betik bukan penawar atau boleh mengubati denggi.

“Kajian yang dijalankan hanya menunjukkan ia (daun betik) membantu meningkatkan sel platelet,” katanya.

'Jangan Makan Ubat Kurus Surut Ayu'

By Hafiz.H →
SERENDAH - Seorang wanita mendakwa, ubat kurus keluaran tempatan di negara ini mendatangkan kesan sampingan yang berbahaya kepada pengguna, selepas diberitahu oleh doktornya.
"Ya Allah, tak sangka makan ubat kurus Surut Ayu ada effect pada hati yang boleh menyebabkan kerosakkan hati. Subhanallah, terhenti sekejap jantung aku bila doktor beritahu tadi. Patutlah asyik sakit dada saja.

"Pada sesiapa yang mengamalkan Surut Ayu, tolong hentikan sebelum terlambat," kata Eyza Leeya.

Bagaimanapun, pengguna tegar Surut Ayu pula mendakwa, produk yang digunakan oleh Eyza Leeya itu berkemungkinan ubat kurus tiruan. Selain itu mereka juga mendakwa doktor kerap menyalahkan suppliment yang digunakan oleh pesakit meskipun ia sebenarnya tiada kaitan.


Berdasarkan sebuah infografik yang dikeluarkan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Kelantan (CPFK) dan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Labuan (CPFL), produk tersebut tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Surut Ayu Jamu Herbal Ramuan Alami ini mengandungi Sibutramine yang boleh menyebabkan gangguan mental, perubahan emosi, sawan, serangan jantung, pendarahan usus, masalah buah pinggang dan sakit kepala.

"Memiliki atau menjual produk ini boleh dikenakan hukuman sehingga RM25,000 atau penjara selama 3 tahun," katanya.

Justeru, CPFK meminta mana-mana individu yang pernah menggunakan atau menjumpai produk berkenaan membuat aduan ke talian 09-77930586.
Berdasarkan beberapa testimoni individu yang pernah menggunakan produk tersebut, mereka mengadu yang ubat itu membuatkan mereka pening kepala, sesak dada, migrain, buang air besar berdarah dan memudaratkan jantung. Susulan itu, terdapat beberapa individu terpaksa menjalani rawatan susulan.

Sumber: Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan (Facebook)
Rujukan: Thehyepemedia

9 Jenis Perniagaan Yang Boleh Dijalankan Ketika Musim Gawat

By Hafiz.H →
Mengikut pakar ekonomi, mulai tahun 2015 ekonomi dijangka akan mula gawat. Ini mendatangkan keresahan dan banyak bisnes sudah membuat persediaan seperti mengurangkan bajet latihan, perjalanan dan corporate gifts, menangguhkan pembelian besar, mengurangkan pengambilan pekerja baru dan menawarkan skim pemberhentian kerja kepada sesetengah pekerjanya. 

Hal ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor-faktor di luar kawalan kita sebagai rakyat biasa seperti penurunan harga minyak, kejatuhan nilai mata wang ringgit dan hutang negara yang berterusan.

Jadi apakah yang boleh kita lakukan untuk menyiapkan diri dan keluarga menghadapi situasi ini?

Berikut adalah 21 idea bisnes yang kalis gawat dan meningkat naik ketika kegawatan ekonomi berlaku.

1. Baik pulih (repairing)
Ketika kegawatan, ramai orang akan mengurangkan pembelian untuk menjimatkan duit. Disebabkan perkara ini, ramai akan mula menghantar barangan mereka untuk diperbaiki apabila mengalami kerosakan. Tukang kasut akan menerima lebih banyak kasut-kasut mahal untuk diperbaiki, kerana orang-orang kaya tidak membeli kasut baru. Mekanik juga akan menerima lebih banyak permintaan untuk baik pulih kenderaan.

2. Bahan makanan keperluan
Bisnes makanan keperluan adalah bisnes kalis gawat. Ketika kegawatan ekonomi, semakin ramai akan mula masak di rumah, maka permintaan bahan mentah akan meningkat. Permintaan telur akan meningkat sebagai makanan ganti kepada ikan, ayam dan daging yang lebih mahal. Semakin ramai ibu-ibu akan membeli french fries sejuk beku untuk memenuhi permintaan anak-anak yang sudah terbiasa dengan makanan segera. Oleh kerana ramai ibu-ibu akan masak di rumah, website resipi juga akan menerima lebih ramai pengunjung.

3. Keagamaan
Semasa musim gawat, manusia akan mencari ketenangan melalui agama. Kelas-kelas, ceramah dan buku-buku agama dijangka menerima sambutan hangat ketika kegawatan.

4. Aktiviti DIY
Lebih ramai akan menanam bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran sendiri. Permintaan untuk barangan bercucuk tanam seperti pasu, tanah, benih pokok, dan baja akan naik. Lebih ramai akan mula menjahit pakaian sendiri, permintaan barangan menjahit seperti kain, benang dan mesin jahit juga akan naik. Aktiviti memasak di rumah juga akan naik, memberi kesan kepada permintaan ketuhar, alatan membuat kek dan biskut, dan periuk. Jualan alat  untuk kerja pembaikan sendiri di rumah seperti paku dan skru-drebar juga akan naik.


5. Percutian tempatan
Aktiviti percutian luar negara akan mengalami penurunan, dan percutian tempatan akan meningkat. Permintaan penginapan bajet seperti guest house, homestay dan hotel 3 tingkat akan meningkat.

6. Reposession
Syarikat yang menyediakan perkhidmatan reposession (tarik balik) kepada bank dan syarikat pemberi hutang/kredit yang lain juga akan mengalami peningkatan. Ini termasuklah tarik semula perabot, kereta dan hartanah. Pelelong kereta dan hartanah juga akan mempunyai lebih banyak produk untuk ditawarkan.

7. Kedai barangan terpakai
Permintaan untuk barangan terpakai akan lebih tinggi berbanding untuk barangan baru. Perabot terpakai, pakaian bundle, barangan anak kecil terpakai akan mengalami peningkatan permintaan. Barangan terpakai yang dijual melalui medium online seperti mudah.my atau group Facebook juga akan meningkat.

8. Hiburan murah
Di Amerika, walaupun ketika kegawatan ekonomi, jumlah penonton filem di pawagam meningkat. Ini disebabkan ia dikira sebagai hiburan yang boleh didapati dengan harga yang murah. Situasi yang sama juga dapat dilihat di India.

9. Bisnes berasaskan matawang USD
Disebabkan nilai mata wang Ringgit yang merosot, kita akan menerima lebih RM apabila mendapat USD1. Barangan dalam negara tidak banyak berbeza dalam sebulan dua, begitu juga harga hartanah, menjadikan fenomena ini sesuatu yang dipanggil ‘blessing in disguise’ atau kebaikan dalam keburukan. Anda boleh bermula dengan modal minima melalui pemasaran affiliate,  pengiklanan atau menulis dan menjualnya semula di Clickbank.

Sumber: Thevocket

Wajib Tahu: Elak Pintu Rumah Dipecah Masuk Penyamun

By Hafiz.H →
Lebih baik bersedia dari sebarang kemungkinan sungguhpun sesuatu perkara itu adalah kecil.

Inilah yang dilakukan oleh saudari Mariana Harrison dimana ingin berkongsi kepada netizen tentang tips penting yang tidak pernah kita ambil peduli sebelum ini.

Semoga dengan perkongsian ini memberi panduan dan manfaat kepada pembaca.

Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah datang dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk.

Ini adalah tips keselamatan yang anda tidak pernah terfikirkan. Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci. Ini membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sahaja.
Gambar dari Thehyepemedia


Ayah gantikan skru itu dengan panjang 4 inci agar si penyamun sukar nak menendang pintu rumah mangsanya. Memang boleh ditendang, tetapi ia akan mengambil masa yang lama dan juga tenaga yang banyak untuk berbuat demikian. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka.

Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai 'alarm' kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.

Perkongsian bermanfaat ini adalah nukilan dari saudari Mariana Harrison yang dikongsikan di Facebook beliau.

Semoga menjadi panduan dan tatapan kepada pembaca HarianBlogger.Com

Rujukan: Thehypemedia

Patung Purba Bogel Di Rom Ditutup Sempena Lawatan Presiden Iran

By Hafiz.H → Thursday, January 28, 2016
Rome: Keputusan pegawai Itali untuk menutup beberapa patung purba bogel kerana tidak mahu menyinggung Presiden Iran, Hassan Rouhani yang melawat negara itu menerima kecaman pelbagai pihak.
Menjelang sidang media bersama Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi dan Hassan pada Isnin lalu, panel kayu dipasang bagi menutup beberapa patung Roman di Muzium Capitoline di sini.

Apabila sidang media itu disiarkan di media Itali kelmarin, ahli politik dari seluruh parti mengecam tindakan berkenaan.
Patung-patung bogel ditutup dengan kepingan 'plywood'.


HASSAN (kiri) bersama Renzi dalam sidang media selepas pertemuan di Istana Campidoglio di Rom pada Isnin lalu.
Pihak muzium kelmarin memberitahu, pejabat Renzi mahu semua patung yang terdapat di laluan Hassan menuju ke sidang media ditutup.

Renzi dan Hassan membuat sidang akhbar di dalam bilik yang menempatkan patung tembaga Maharaja Marcus Aurelius, yang lengkap berpakaian.

Antara ahli politik yang lantang mengkritik Renzi kelmarin adalah Gianluca Peciola dari parti berhaluan kiri, SEL yang melancarkan satu petisyen bagi mendesak Renzi menjelaskan keputusan itu.

Katanya, perkara itu memalukan seni dan budaya yang difahami sebagai satu konsep universal.

Ketua parti berhaluan kanan Brothers of Italy, Giorgia Meloni pula berkata, tahap penerimaan budaya Renzi telah melebihi setiap had kesopanan.

Dia mengimbau kembali peristiwa mengecewakan sebelum ini apabila sebuah patung bogel moden ditutup ketika putera mahkota Emiriah Arab Bersatu melawat dewan bandaraya Palazzo Vecchio.

Dalam perkembangan berasingan, ketika pertemuan di Rome, Renzi dan Hassan komited untuk mengukuhkan hubungan budaya kedua-dua negara.

Pejabat Renzi memberitahu, Muzium MAXXI di Rome berminat untuk mempamerkan hasil seni dari muzium seni kontemporari Iran. -HarianMetro

Objek Seakan Serpihan Pesawat Ditemui Di Pantai Besut (Gambar)

By Hafiz.H →
KUALA TERENGGANU: Satu objek seakan-akan serpihan pesawat ditemui penduduk Kampung Benting Lintang, Besut, lapor HarianMetro hari ini. 
Objek selebar kira-kira dua meter itu dikatakan ditemui terdampar di pantai berhampiran kampung berkenaan.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung penemuan itu.


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat berhubung penemuan itu.

"Polis baru saja mendapat maklumat berhubung penemuan itu, kita akan periksa dulu," katanya.

Negara-negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi

By Hafiz.H →
Setelah adanya penggabungan/pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada.

1. Abyssinia
Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20

2. Austria - Hungary 
Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .

3. Basutoland
Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966

4. Bengal
Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India.

5. Burma
Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma.

6. Catalonia
Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 - 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut.

7. Ceylon
Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972

8. Champa
Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.


9. Corsica
Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis.

10. Czechoslovakia
Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.

11. Jerman Timur & Jerman Barat
Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman.

12. Pakistan Timur
Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.

13. Gran Colombia
Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.

14. Hawaii 
Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.

15. New Granada
Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)

16. Yaman Utara & Yaman Selatan 
Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.

17. Empayar Uthmaniyyah 
Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.

18. Persia 
Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini.

19. Prussia
Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu.

20. Rhodesia
Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe.

21. Siam 
Menjadi Thailand pada tahun 1939.

22. Sikkim
Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.

23. Vietnam Selatan 
Wujud sekitar 1954 - 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu.

24. Southwest Afrika
Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.

25. Taiwan
Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka. Taiwan adalah ibu negara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.

26. Tanganyika dan Zanzibar
2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.

27. Texas
Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.

28. Tibet
Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang.

29. Transjordan
Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946.

30. USSR
Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

31. Urjanchai Republic
Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia.

32. Vermont 
Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.

33. West Florida 
Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.

34. Western Samoa 
Menjadi Samoa pada 1998.

35. Yugoslavia 
Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.

36. Zaire
Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.

Rujukan Asal: Fuh.my