Tags:

10 Perkara Pelik Yang Dirakam Google Street View

By Hafiz.H Tuesday, January 19, 2016

Google Street View adalah salah satu aplikasi oleh Google yang membenarkan pengguna melihat imej gambar berkenaan. Apakah perkara pelik yang berjaya dirakam oleh Google Street View ini. Mari kita lihat. 

1. Sekumpulan orang berbaris di tempat pejalan kaki dan sedang memakai topeng burung merpati. "Burung merpati" tersebut merupakan penulis bagi sebuah portal lawak di Tokyo, Jepun
2. Seorang lelaki di sebuah rumah di Detroit mengacukan senapang ke arah kenderaan Street View. Beberapa bulan sebelum itu, seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dijumpai di rumah yang sama
3. Seorang bayi dilihat ditinggalkan bersendirian berdekatan butik Gucci. Tidak kelihatan orang dewasa disekitar bayi berkenaan. Imej bayi berkenaan dirakam di Taiwan.
4. Ikon Top Gear, The Stig dilihat sedang berdiri sebuah tasik di Loch Ness, Scotland. Dilaporkan ianya adalah untuk mempromosi sebuah buku bertajuk "Where's Stig?"
5. Seorang lelaki warga Mexico dirakam sedang bersembunyi disebalik hutan dan sedang memakai topeng gas. Kenderaan Google berjaya merakam imej lelaki berkenaan pada tahun 2012.


6. Seorang lelaki di Jerman yang sedang berbogel keluar dari boot kereta beliau. Dikesan selepas beberapa minggu Street View dilancarkan, pihak Google dengan pantas memadam imej berkenaan.
7. Pada tahun 2009, Waldo telah dijumpai menggunakan Street View di Putney, London. Waldo sebenarnya adalah satu pertandingan untuk meraikan pelancaran Google Street View.
8. Seekor penguin dilihat sedang ditunda oleh seorang lelaki yang sedang menaiki basikal jenis Penny Farthing. Bagaimanapun, penguin tersebut adalah mainan dan digunakan untuk mengimbang basikal juara Penny Farthing, Nicky Armstrong.
9. Google Street View berjaya merakam seorang pengedar dadah yang sedang berurus niaga di tepi jalan di Brooklyn. Pengedar dadah tersebut berjaya ditahan oleh pihak polis dan mereka menjumpai heroin, ganja dan peralatan menghisap dadah.
10. Seorang pelacur dan pelanggannya berjaya dirakam ketika sedang melakukan aksi tidak bermoral itu disebuah lorong di Manchester, England. Imej itu bagaimanapun dipadam oleh Google setelah menerima aduan dari orang ramai.

Rujukan asal: Partyrakyat

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 10 Perkara Pelik Yang Dirakam Google Street View "