Tags:

10 Tip Menarik Untuk Anda Yang Bakal Menduduki 'Exam' PTD

By Hafiz.H Monday, January 11, 2016
Sejak dari tahun lepas (dan tahun ni juga), beberapa orang kawan private message aku tanya jika aku boleh share tips untuk exam PTD online. Katanya exam tu 19 Januari 2016 ini.
Gambar Hiasan
Nak kata aku bagi tips tu tidaklah juga, tapi ini mungkin boleh bantu korang bayangkan macamana rupa bentuk soalan tu.

Sebab masa zaman aku ambil exam, masih exam bertulis (jawab dalam borang OMR kau!), bukan boleh Google pun. Pakai kalkulator pun tak boleh! Nak menjeling orang sebelah pun jangan haraplah. Kira nasiblah kau “tembak” kena ke tak bila dah buntu tu.

Online exam ni ada pro and cons. Korang ada kelebihan boleh Google (atau minta orang sebelah tolong Google), cuma kekangan masa jelah dan server kadang-kadang bengong sebab ujian dijalankan serentak di seluruh negara. Jadi bertabahlah.

Baiklah (panjangnya mukadimah!), antara tips yang aku boleh kongsi (berdasarkan pengalaman aku) adalah:
Gambar hiasan


1. Korang TAK PAYAH lah beli segala jenis buku-buku yang kononnya ada tips dan soalan-soalan exam PTD tu.

Beda’ah je orang kata. Membazir duit oii. Soalan-soalan tu pun banyak dah lapuk. Kalau tak percaya cuba tanya para PTD yang lain.

2. Soalan exam PTD bukan macam soalan target PMR (sekarang PT3), SPM yang kau boleh beli buku kat kedai tu, pastu pulun siapkan semua soalan mudah-mudahan 70% akan keluar dalam exam. TIDAK SAMA SEKALI.

Range soalan exam PTD sangat meluas, terutama bab Pengetahuan Am tu. Banyak yang boleh ditanya. Kalau tak silap aku, semua soalan adalah berbentuk Objektif. Jadinya kalau tak tau, tembak jelah. Hehe.

3. Bagi Soalan berkaitan Pengetahuan Am, jalan paling singkat adalah dengan banyakkan baca SURAT KHABAR Nasional (Berita Harian, Utusan, NST, The Star) walaupun ada antara korang tak suka nak baca.

Ada yang cadangkan baca buku Pengajian Am STPM tu, kalau korang banyak masa boleh lah baca, lagi bagus.

4. Mula AMBIL TAHU perkembangan semasa negara, contohnya Pelan Transformasi Kerajaan, RMK, ASEAN dan sebagainya.

Jangan tengok bahagian hiburan pulak, dalam exam takde tanya siapa artis yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa pun. Huhu.
5. Lagi satu, JANGAN baca surat khabar parti berhaluan kiri pulak.

Yelah, kau nak exam PTD maknanya kau ada hati lah nak kerja kerajaan, jadi kena ambil tahu pasal kerajaan lah. Kalau kau asik ikut perkembangan pihak lagi satu, macam mana nak celik hal-hal pasal kerajaan, ye tak?
Gambar Hiasan (Foto dari SPA.Gov)
6. Buat RESEARCH sikit pasal kerajaan, contohnya Kabinet, kementerian-kementerian, menteri-menteri dan sebagainya.

Kiranya semua istilah berkaitan kerajaan dah kena “mesra” dalam diri korang. Alah, Wikipedia kan ada. Klik klik jelah.

7. Soalan PENGETAHUAN AM (masa zaman aku) termasuklah hal-hal berkaitan IT, kewangan, P.Ramlee, sukan, sejarah dan banyaklah lagi. Aku pun tak ingat sangat dah. Tapi 80% memang pasal KERAJAAN MALAYSIA lah.

8. Bagi Soalan Daya Menyelesaikan Masalah (masa zaman aku ramai yang kantoi sebab tak cukup masa nak kira, yelah tak boleh guna kalkulator kot!), pada aku dia lebih kurang macam soalan Matematik sekolah menengah je.

Korang takyah risau, takkan ada soalan kalkulus, sin kos tangen tu semua takde. Soalan dia nampak asas, tapi mencabar minda. Okay nak contoh?

9. Bayangan soalannya lebih kurang macam ni:

“Ali lebih tinggi daripada Abu. Abu pula lebih tinggi dari Ahmad tetapi lebih rendah daripada Halimah. Halimah pula lebih rendah daripada Salim. Siapa yang paling rendah?”

10. Haa senang je kan? Okay aku bagi contoh lagi satu:

“Siti Nurhaliza menaiki kapal terbang dari London untuk pulang ke Malaysia selepas tamat konsert beliau pada jam 0620 (waktu London).

Beliau kemudian transit di Dubai pada jam 0930 (waktu London). Pesawat beliau dijadualkan berlepas lewat satu jam setengah. Pukul berapa Siti Nurhaliza akan tiba di Kuala Lumpur pada waktu Malaysia?”

Jangan risau, semua jawapan dah ada, korang tinggal pilih je A,B,C atau D. Hewhew.

Aku rasa cukuplah tu, aku harap sedikit sebanyak dapat membantu calon-calon exam PTD ni. Korang jangan nervous sangat, pastikan dapat tidur yang cukup (baru sel-sel otak cergas dan berhubung dengan baik).

Pastu kalau korang lulus exam ni, nanti korang kena buat esei dalam BM dan BI pulak masa interview. Tapi kalau tak silap untuk intake 2016 ni, PAC (PTD Assesment Centre) akan diadakan semula.

Bila interview tu, niatkan kalau korang dapat kerja ini nanti adalah kerana Allah dan untuk membantu negara menjadi lebih baik dan sejahtera.

Jangan pulak fikir aku nak kerja gomen sebab bila jadi pegawai senang aku nak korek rahsia-rahsia kerajaan jadi bolehlah aku viralkan nanti dan senanglah nak gulingkan pemimpin yang aku tak suka.

Ataupun ada niat nak kerja gomen sebab nak habiskan duit gomen, selama ni aku tak dapat apa pun daripada gomen. Isyy jangan sesekali fikir cenggitu!

Ingat, Allah tu tahu niat kita. Mudah-mudahan kalau niat kita baik, segalanya akan jadi lebih mudah. Yang penting cuba yang terbaik okay.

Selamat berjaya kepada semua calon! Mungkin anda “Cream of the Cream” yang seterusnya?

Ikhlas, kerana negara.
Najihah
Kakak PTD yang masih hijau

Tips diatas adalah perkongsian dari seorang pengguna Facebook Najihah Abas yang dimuatnaik pada 4 Januari yang lalu.

Artikel ini dimuatnaik semula di HarianBlogger.Com dengan tujuan ingin meluaskan kepada para pembaca hasil perkongsian yang ditulis beliau.

Semoga perkongsian ini menjadi sebahagaian garis panduan utama kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan untuk menjawat jawatan paling penting dalam sektor kerajaan.

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 10 Tip Menarik Untuk Anda Yang Bakal Menduduki 'Exam' PTD "