Tags:

22 Alasan Paling 'Merepek' Punca Penceraian Di Malaysia

By Hafiz.H Wednesday, January 13, 2016
Umum mengetahui saban tahun kes penceraian adalah sebahagian rangkuman kehidupan dalam negara kita malah seluruh dunia.

Kes penceraian di Malaysia adalah suatu topik 'universal' yang sering dibincangkan dan diisukan sepanjang masa dari dulu hingga kini.

Pelbagai cara untuk mengekang gejala ini giat dijalankan di setiap pelusuk negara.

Boleh dikatakan pelbagai cadangan dan program baru dilancarkan demi menyelamatkan sistem rumahtangga di negara ini, namun kes ini masih lagi dianggap sebagai salah satu kes dengan statistik paling tinggi sepanjang tahun.

Faktor dan punca yang selalu kita dengar telah menjadi kelaziman dan bualan masyarakat.

Malah ada juga punca yang mungkin dianggap remeh turut menjadi faktor utama penceraian di negara ini.

Melalui satu keratan akhbar yang didedahkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah negeri Selangor menyeraikan beberapa alasan remeh temeh yang menjadi punca penceraian di negeri itu.


  1. Punggung isteri menggerutu.
  2. Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
  3. Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
  4. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
  5. Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
  6. Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  7. Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
  8. Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
  9. Berbeza fahaman politik.
  10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  11. Gaji suami lebih rendah.
  12. Isteri lambat menyediakan makanan.
  13. Pasangan bangun tidur lewat.
  14. Suami bekerja tidak tentu masa.
  15. Anak demam dan tidak sihat.
  16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
  17. Pasangan terlalu cerewet.
  18. Pasangan tidur berdengkur.
  19. Pasangan gemar membeli-belah.
  20. Suami tangkai jering (kedekut).
  21. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju. 
  22. Berebut rancangan televisyen.

Mungkin sesetengah pihak menganggap perkara ini lucu, namun alasan-alasan seperti inilah yang digunapakai oleh pasangan di Malaysia dalam menuntut hak penceraian di Mahkamah Syariah. -HarianBlogger.Com

Apa pendapat anda?

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 22 Alasan Paling 'Merepek' Punca Penceraian Di Malaysia "