8 Sebab Kenapa George Town, Pulau Pinang Adalah Bandar Tempatan Paling Best

By Hafiz.H Monday, January 4, 2016
Berikut 8 sebab kenapa George Town adalah bandar tempatan paling best di negara ini:

1. Syurga makanan
Makanan paling best di sini bukan di kafe hipster, tapi di gerai yang terdapat di lorong di sekitar sini. Dari passembur hinggalah ke ais kacang. Itu belum lagi mee mamak, char kuey tiow dan nasi kandar dan berbagai jenis masakan utara. Makanan apa bangsa yang tak ada? Makanan Melayu, Cina dan India semua ada. Syurga makanan lah katakan.

2. Disenaraikan sebagai Warisan Sejarah UNESCO (UNESCO World Heritage)
Memiliki bangunan lama berusia lebih daripada 500 tahun menjadikan George Town kaya dengan sejarah. Maka tidak hairanlah bandar ini menerima pengiktirafan oleh UNESCO

3. Keindahan senibina dan architecture
Dari tokong Cina, masjid lama, bangunan milik baba peranakan hinggalah town hall yang pernah dibina oleh British menjadikan senibina di George Town menarik dan mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.


4. Dipilih sebagai bandar ke 3 terbaik di dunia untuk para pesara menjalani kehidupan yang baru.
Majalah Forbes telah memilih George Town sebagai bandar ke 3 terbaik di dunia untuk para pesara menjalani kehidupan baru yang menarik. Antara faktor yang diambil kira dalam pemilihan ini adalah cuaca, kemudahan prasarana dan kos sara hidup.

5. Dikelilingi pantai dengan pemandangan menarik
Terletak di sebuah pulau menjadikan George Town bandar pinggiran pantai dengan pemandangan yang indah.

6. Kemudahan prasarana yang moden dan lengkap
Dengan populasi penduduk seramai 500,000 orang di Georgetown dan berbagai peluang pekerjaan, semestinya kemudahna prasarana di sini juga moden dan lengkap.

7. Tak jauh dari Taman Negara dan Taman Botani
Untuk ke taman negara hanya mengambil masa selama 45 minit memandu dari George Town.

Taman Botani yang terletak di tengah bandar pula memudahkan mereka yang inginkan suasana nyaman dan tenang. Dibina oleh British pada tahun 1884, taman botani mengandungi pelbagai jenis spesies tumbuhan asli dan eksotik, air terjun setinggi 122 meter dan monyet yang dibenarkan hidup bebas di sini.

8. Peluang pelaburan hartanah
Georgetown merupakan antara lokasi strategik bagi mereka yang ingin melabur dalam bidang hartanah. Bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan rumah tamu seperti AirBnB pula, mungkin sudah tiba masanya anda melebarkan sayap ke bandar ini.

Rujukan asal: TheVocket

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 8 Sebab Kenapa George Town, Pulau Pinang Adalah Bandar Tempatan Paling Best "