Tags:

Bila Lelaki India Lebih Memahami Tujuan Mempertahankan Bahasa Melayu

By Hafiz.H Thursday, January 28, 2016
Artikel dibawah adalah hasil perkongsian dari saudara Yuktes Vijay, beliau mengutarakan betapa pentingnya Bahasa Melayu yang perlu diangkat martabatnya oleh bangsa Melayu dan masyarakat Malaysia itu sendiri.
Gambar dari Facebook Yuktes Vijay
Yuktes dalam postingnya turut menyatakan tentang bahasa Hindi sebagaimana bahasa tersebut dijadikan sebgai bahasa kebangsaan di India. Sungguhpun kita sedia maklum bahawa terdapat 22 bahasa lain di India yang diiktiraf termasuk Tamil Nadu, tetapi bahasa Hindi tetap menjadi bahasa kebangsaan negara itu.

Yuktes turut menemplak sesetengah pihak yang menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang 'Outdated' dan tidak penting terhadap rakyat lagi dalam mencapai kemajuan negara.

Ironinya, beliau hanya sekadar melemparkan pendapat betapa pentingnya untuk menerima bahasa kebangsaan dalam mengangkat jati diri rakyat negara itu sendiri.

Sepertimana yang dilakukan di negara lain dalam mempertahankan bahasa kebangsaan mereka.

Ikuti sepenuhnya di bawah.
Yuktes Vijay dalam postingnya pada 25 Januari lalu


Di India, bahasa kebangsaan mereka adalah Hindi...

Tamil Nadu adalah satu negeri di dalam negara India dan penduduk majoriti di sini adalah berbangsa Tamil..Bahasa ibunda dan bahasa yang disanjung mereka adalah bahasa Tamil..

Namun, Hindi tidak diperlekehkan dan adalah satu matapelajaran wajib di peringkat sekolah..

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsan negara kita iaitu Malaysia..

Namun, golongan yang naik berang bila dasar sekolah 1 aliran ingin dilaksanakan, mengadu bila bahasa Malaysia diberi keutamaan..

Menurut golongan ni, BM dah 'outdated' dan usaha belajar BM adalah satu usaha yang bazir masa dan sia-sia..

Look..Tiada siapa yang 'stop' you daripada mahir dalam Bahasa Inggeris atau Mandarin..

Yang buat orang bengang pada golongan ini adalah cara mereka memperlekehkan Bahasa Melayu..

Golongan ni harus faham bahasa kebangsaan bukan dibelajari untuk masuk Harvard...Bahasa kebangsaan mencerminkan identiti kita sebagai rakyat bumi ini..Fungsi bahasa kebangsaan adalah mirip fungsi bendera, jata dan Perlembagaan negara ni...Simbol dan identiti negara Malaysia..

Ingat semua di Tamil Nadu belajar Hindi sebab nak jadi Shah Rukh Khan ke?

Belajar sebab sayangkan India..

Di sini pula, suruh belajar BM, kata tak mau..Suruh balik negara asal, mereka tuduh kita Hitler..Nak duduk Malaysia, nikmati kemakmuran ehsan hasil bumi tapi kau segan dan malu untuk sekadar memahami bahasa kebangsaan bumi? Very nice lah your logic..

Sepatutnya kalau buku-buku ilmiah dalam BM agak terhad dan membantut pencarian ilmu, kita yang sepatutnya terjemahkan buku ilmiah daripada bahasa asing kepada bahasa kebangsaan..Bukan guna perkara ni sebagai alasan untuk 'gugurkan' sesuatu identit yang sudah sebati dengan Malaysia..

Status Bahasa Melayu dalam Perlembagaan, Parlimen dan semua institusi serta urusan rasmi yang lain tidak harus diubah..

Tiada kompromi..Sepatutnya, soal sebegini tak harus timbul pun!

Tidak kira bangsa apa sekalipun, bahasa Melayu bukan untuk orang Melayu sahaja, ia adalah lambang seorang warganegara Malaysia. -HarianBlogger.Com

Apa pendapat anda?

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Bila Lelaki India Lebih Memahami Tujuan Mempertahankan Bahasa Melayu "