Tags:

Cinta Tak Kenal Usia, Dulu Cikgu Kini Suami (Gambar)

By Hafiz.H Wednesday, January 6, 2016
Siapa sangka akan ketentuan jodoh ini bukan? Cinta memang tidak mengenal usia dan umur bukanlah penentu kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan. 
Begitulah kisah sepasang suami isteri yang dikatakan viral di laman sosial kelmarin setelah foto perkahwinan mereka dimuat turun ke laman Facebook dan tersebar luas disebabkan faktor umur sang lelaki yang jauh berbeza dengan isterinya.

Gambar perkahwinan mereka itu pada asalnya hanyalah sebagai gurauan untuk dijadikan topik dan difokuskan bagi kaum lelaki yang masih bujang dan tidak berkahwin.



Tetapi kisah disebaliknya, percintaan mereka sangat romantis dan unik. Secara kebetulannya, kedua-dua mempelai ini dikatakan bekerja di tempat yang sama dimana mereka merupakan guru di sekolah sekitar Pendang Kedah.

Cikgu Aizuddin berasal dari Pendang Kedah dan merupakan seorang penolong kanan manakala isterinya merupakan seorang guru biasa di sekolah tersebut.

Takdir sudah lama menemukan mereka apabila Cikgu Aizuddin sebenarnya merupakan guru yang pernah mengajar isterinya pada tahun 1983 hingga 1987.

Begitu hebat ketentuan Illahi yang memang tidak dapat disangkal lagi. Pertemuan jodoh yang tidak disangka akhirnya menyatukan pasangan bahagia ini sebagai suami isteri yang sah. Semoga kedua-dua mempelai ini diberikan kebahagiaan hidup hingga ke akhir hayat.
Rujukan: SajaKongsi

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Cinta Tak Kenal Usia, Dulu Cikgu Kini Suami (Gambar) "