Tags:

Jangan Bekalkan Duit Poket Untuk Anak Ke Sekolah

By Hafiz.H Tuesday, January 26, 2016
Kita sedia maklum, apabila seorang anak itu berada di tempat yang jauh dari pandangan mata ibu bapa, yakni di sekolah pasti ada dikalangan waris yang merisaukan apakah makanan yang diambil ketika mereka di sekolah.

Berbekalkan duit kocek 1 hingga 5 ringgit sehari, apakah kewajaran yang mampu dilakukan oleh seoorang kanak-kanak ketika memilih jenis makanan di kantin.

Ditambah pula berita penyebaran tentang sikap segelintir pengusaha kantin yang tidak menitikberatkan isu pemilihan makanan yang dijual, malah ada diantara berita yang dilaporkan oleh waris mengatakan sebilangan pengusaha kantin tidak menitikberatkan isu kebersihan termasuklah ada yang cuba menggunakan air paip yang belum dimasak sepenuhnya untuk dijual kepada pelajar sekolah.

Kes sebegini kurang mendapat pantauan menjadikan ibu bapa memilih jalan untuk mengelak dari anak mereka berterusan membeli makanan dari kantin.

Seorang pengguna Facebook bernama Rusyainie Ramli berkongsi beberapa tips yang wajar dan wajib dan dijadikan garis panduan untuk para ibu bapa dalam menyediakan makanan kepada anak mereka yang semestinya kita sudah tahu, dan terjamin kualiti dan kebersihan.

p/s: Secara khususnya artikel di bawah ini lebih berkisar kepada cara menguruskan anak-anak berkaitan pemakanan di sekolah, apakah makanan yang diambil, berapakah yang sewajarnya duit yang patut dibekalkan untuk ke sekolah, dan makanan yang tidak digalakkan untuk kanak-kanak ketika disekolah.

Semoga bermanfaat.
Gambar dari Facebook Rusyainie Ramli


Ada 1 pesakit kelmarin datang mendapatkan rawatan. Umurnya 8 tahun dan dia hadir ditemani ayahnya. Berdasarkan simptom-simptomnya, saya bertanya tentang cara pemakanan anak kecil itu. Rupa2nya, ayah menyatakan yang anaknya itu tidak suka makan makanan yang berkhasiat. Tiada istilah makan pagi, tengahari atau dan malam untuknya. Dia lebih menggemari snek-snek ringan. Yang paling berkhasiat yang dia mahu jamah pun hanyalah roti. Mujurlah ayahnya terbuka untuk menerima pandangan saya demi perubahan yang lebih baik.

Sebelum meneruskan apa yang mahu saya katakan, saya bertanya:

  1. Berapa jumlah duit poket yang dia ke sekolah?
  2. Bagaimana dia pandai makan makanan ringan seperti itu?
  3. Apakah yang telah dilakukan oleh ibu dan ayah untuk memperbetulkan keadaan?

Datang dari keluarga berpendapatan rendah, anak itu membawa RM5 sehari ke sekolah. Terkejut saya. Badannya kecil sahaja. RM5 sudah cukup mewah untuk membeli makanan yang dijual di luar pagar sekolah. Air pun tak bawa. Ibu dan ayah sibuk bekerja waktu shif maka itulah alasan untuk tidak memberikan bekal makan kepada anak. Kalau bawa bekal roti, masih tidak makan sebab masih ada duit di tangan. Ayah menyalahkan anak yang sekecil itu kerana tidak membeli makanan yang sepatutnya di kantin.

Di rumah, anak ini makan apa yang dia mahu makan sahaja. Roti memang ada kerana nasi atau mee tidak mahu dijamah pun. Waktu makan tidak teratur di rumah. Makanan ringan memang sentiasa ada dalam simpanan di rumah.

Saya memberi cadangan. Memang bunyinya seakan kejam tapi kita perlu lakukan apa yang mesti kita buat sebagai ibubapa untuk mendidik anak-anak dengan cara yang betul.

1. Kerana anak ini tidak pandai memilih makanan yang sepatutnya dia makan, dia TIDAK BOLEH dibekalkan dengan duit poket. Anak itu bersekolah petang. Dia mesti bersarapan dan makan tengahari di rumah sekenyang-kurangnyanya dan membawa bekalan ke sekolah. Tidak perlu membawa makanan yang berat pun.

Ibubapa mesti berusaha. Usaha tidak memerlukan duit sesen pun. Dia mesti membawa botol air masak. Anak itu mesti diberitahu dengan TEGAS yang dia tidak boleh meminjam atau memeras duit orang lain bila di sekolah. Dia HANYA boleh memilih untuk makan bekalan yang dibawa atau untuk berlapar. Itu sahaja pilihan yang dia ada. Mungkin sehari dua bolehlah dia bertahan. Masuk hari-hari seterusnya mesti dia terpaksa makan kerana dia sudah tidak ada pilihan.

Pilihan yang ada sebenarnya memang akan buatkan dia terpaksa kalah pada peraturan yang dikenakan ke atasnya. Apa yang kita tegaskan di sini ialah dia tidak ada peluang untuk makan makanan ringan.

2. Di rumah juga dia tidak boleh diberi pilihan. Sekarang ini, kalau dia tidak mahu makan, ibubapa akan tutup sebelah mata dan biarkan dia makan sembarangan. Lepas ini tidak boleh begitu. Dia mesti makan di meja makan bersama-sama anggota keluarga yang ada di rumah masa itu. Waktu makan mesti konsisten. Dia mesti makan apa juga hidangan yang disediakan tanpa ada pilihan lain. Kalau dia masih tidak mahu makan, dia boleh pilih untuk berlapar.

Dia tidak boleh diberi makanan lain hanya kerana ibubapa risau yang dia lapar. Mungkin dia akan berkeras untuk beberapa hari dengan tidak makan dan menahan lapar. Tetapi kalau ibubapa konsisten dengan apa yang telah ditetapkan, dia terpaksa mengalah. Apa yang kita nak terapkan ialah IBUBAPA YANG BERKUASA bukannya dia.

Ibubapa tidak boleh mengalah walau macam mana pun tanda protes anak itu. Biarlah dia memberontak. Itu memang kita jangkakan. Maklumlah selama ini dia boleh makan ikut suka hati tetapi bila dah ada undang-undang, dia rasa terkongkong.

3. Tiada stok makanan segera di rumah. Ayah dan ibu mesti menyediakan makanan yang bernutrisi untuk anak2. Kerana kedua-duanya bekerja tidak tentu masa, maka ibubapa mesti berusaha menyiapkan jadual untuk memastikan ada makanan untuk anak-anak. Kedua-duaynya mesti berada dalam 1 pendapat yang sama. Mesti menyokong sama sendiri untuk buat perubahan. Tidak boleh buka peluang untuk mengelat. Tiada alasan.

Untuk membesarkan anak-anak memang perlukan pengorbanan. Perlukan perancangan untuk kehidupan seharian mereka. Anak-anak perlukan undang-undang dalam dan luar rumah yang mesti diikuti. Kalau bab makan pun ibubapa sudah tidak dapat mengawalnya, saya bimbang mereka sebenarnya secara perlahan-lahan hilang kuasa ke atas anak-anak mereka dalam perkara-perkara lain juga.

Saya doakan yang terbaik buat ayah dan anak ini. Semoga perkongsian saya ini dapat memberikan sedikit ilmu untuk mereka mencapai matlamat yang baik. Semoga Allah permudahkan jalan mereka.

Gambar hiasan - makanan kegemaran anak-anak saya yang mesti dikongsi dengan kawan-anak rapat mereka. Saya lah terpaksa bangun awal untuk menjala. Kasar pun kasarlah bila mata pun masih mengantuk.

Dimuatnaik dan diolah semula untuk pembaca HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Jangan Bekalkan Duit Poket Untuk Anak Ke Sekolah "