Tags:

'Jika Perompak Guna Pisau Kecil, Mangsa Tak Boleh Lawan Dengan Pisau Besar'

By Hafiz.H Thursday, January 7, 2016
KUALA LUMPUR - Kecoh di laman Facebook mengatakan bahawa individu yang rumahnya dimasuki pencuri/perompak tidak boleh dibunuh meskipun penjenayah itu mempunyai pisau kecil. 

Status yang dimuat naik oleh Faisal Hamdi itu, memetik dari kenyataan temubual bersama peguam, Datuk Haaziq Pillay bersama Ally Iskandar dalam topik 'Mempertahankan Diri Dari Ancaman' di Malaysia Hari Ini.

"Had mempertahankan diri, jika perompak guna pisau kecil, tuan rumah tak boleh lawan guna pisau besar. Jika perompak datang tak berniat untuk membunuh, maka tuan rumah tak boleh lawan hingga mati. Err.. dalam situasi genting, sempat pula nak pilih-pilih jenis pisau dan meneka niat perompak," katan Faisal di Facebooknya jam 8.05 pagi semalam.


Justeru, perkongsian itu menerima reaksi negatif dari netizen yang menganggap institusi kehakiman terlalu mengutamakan perkara teknikal.

"Teknikal sangat mereka ni, nak ikut manual sangat. Dalam situasi yang panik, macam-macam boleh terjadi," kata Kamal Rabah.

"Nanti perompak datang, kena interview dulu dan tanya mereka datang untuk apa, nak apa, bawa pisau kecil atau pisau besar ke, saiz pisau berapa, ada niat nak membunuh tuan rumah ke tidak," sindir Noor Asyikin.

Netizen juga mengecam Datuk Haaziq Pillay meskipun penjelasan terperinci telah diberikan dalam program itu.

Menurut Datuk Haaziq, Undang-undang memperuntukkan setiap rakyat mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dan harta mereka daripada ancaman dari pihak tidak bertanggungjawab. Tetapi ada beberapa sekatan-sekatan yang perlu diambil kira.

"Contohnya, kalau undang-undang menyatakan sekiranya kita nak menggunakan hak ini sebagai satu pembelaan, seseorang memasuki rumah saya dengan tujuan merompak (ada peruntukan di bawah Kanun Keseksaan), sekiranya orang yang datang itu hanya membawa satu pisau yang kecil tetapi saya mempunyai pistol, ia tidak memadai.

"Dalam undang-undang menyatakan, saya mesti dalam ketakutan dan ada ancaman bahaya terhadap saya dan keluarga. Di mana dalam keadaan itu, saya boleh mengambil tindakan untuk memastikan pencuri atau perompak tersebut dibunuh tetapi untuk mempertahankan nyawa saya dan anak isteri saya.

"Kalau dia hanya masuk, saya pula ada pistol boleh melepaskan tembakan untuk memberikan amaran. Sekiranya dia masuk untuk membunuh, saya boleh tembak. Tetapi saya tak boleh buka pintu saja dan terus menembak. Tidak, undang-undang tidak membenarkan," katanya.

Tonton penjelasan penuh beliau di Tonton.com.my, Malaysia Hari Ini episod 4.

Menurut beliau, netizen tidak sepatutnya memberikan komen yang tidak berasas mengenai kes-kes seperti ini di laman Facebook. Ini kerana mereka tidak tahu apa bukti yang ada pada pihak penyiasat dan pihak pendakwaan.

Rujukan: Thehypemedia

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

11 comments to '''Jika Perompak Guna Pisau Kecil, Mangsa Tak Boleh Lawan Dengan Pisau Besar'"

ADD COMMENT
  1. sebab itulah ALLAH SWT BERFIRMAN undang 2 islam adil dan sesuai hingga akhir zaman, kenapa tak rujuk kembali AL QURAN DAN HADIS...

    ReplyDelete
  2. Mqngsa terpaksa tunggu perompak berniat bunuh mangsa dulu sebelum mangsa boleh bertindak bunuh balik... begitukah?

    ReplyDelete
  3. Sempatkah cari pisau kecil semasa dirompak? Kena buat perbandingan pisau semasa dirompak?

    ReplyDelete
  4. Cakap pun tak guna. Inilah Malaysia law. Ikut ja.

    ReplyDelete
  5. Cuba baca perkara ni yang memusnahkan negara , hampir sama macam perompak tapi lebih besar>> http://lynk.my/b6HQ

    ReplyDelete
  6. Nampak sangatlah pembelaan untuk kebajikan dan keselamaqtan peronpok dan penyamun, dan tidak ada pembelaan untuk mangsa yang dalam keadaan ketakutan, terkejut, tertekan dan trauma akibat perbuatan jahaman itu. Bagaimana agaknya kalau yang cakap tu sebenarnya jadi mangsa? Semoga Tuhan memberi petunjuk kepada kita semua dan melalui pengalaman sebenarnya kepada mereka yang berkenaan.

    ReplyDelete
  7. ha..ha..ha....klu tak faham tanya..jangan marah tak tentu pasal...setip undang undang ada buruk ada baik...hati manusia tak sama...ha.ha..ha..baca peruntukan kanun bagi setiap undang.undang...ok...ha..ha.hah jangan tau nak meroyan...

    ReplyDelete
  8. Xkisahla...ad pisau kecik ke..pisau besar ke..pistol ke..kalau dah ad perompak dlm umah..mmg xsmpt bncng la kan ngn perompak tu..kalau masuk dlm umah ak..mmg ak cari bnd keras..bnd tajam...terus serang sebelom dye serang ak..sbb..dye da serang ak dulu dgn masuk dlm umah ak tanpa izin..da ceroboh hak ak.. katela ak serang kat pale dye..xkuat pon..ttb lak mati perompak tu..ak jugak salah ke?? Wei..plis laa..matang ckit..ayah ak umur 56..kalau ad perompak dtg kat dye..dgn xd seni pertahankan diri..ko nak suh dye buat ape? Karate ke? Anggota boley la..ad pistol..ley la bg perompak cuak pastu lari..rakyat biase ni..yg miskin2 ni..yg susah2 ni..da la xd alarm kat umah..pastu kne rompak..pastu x sengaja bunuh..pastu masuk jel pulak..ape ke jadahnyee lahai..pening ak..
    Ni..ak pns ngn tenet ak ni sbb mahal dan lembab..tu yg tertaip pnjg..

    ReplyDelete
  9. Kalau rumah polis masuk perompak boleh pulak tembak???Kebodohan apakah ini???
    Korang baca ni...Polis Pencen Tembak Mati Perompak Masuk Rumah...
    http://adf.ly/11425493/http://easykliks.blogspot.my/2015/12/polis-pencen-tembak-mati-perompak-masuk.html#

    ReplyDelete