Kenapa Perlu Padamkan Lampu Ketika Hendak Tidur?

By Hafiz.H Wednesday, January 20, 2016
"Padamkanlah lampu di malam hari apabila kamu mahu tidur. Tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana dan tutuplah makanan dan minuman"
(HR. Muttafaq'alaih)
Rasulullah SAW mensabdakan itu lebih dari 14 abad yang lalu. Ternyata di abad moden ini baru diketahui manfaat kesihatan dari tuntunan Rasulullah untuk memadamkan lampu ketika hendak tidur.

Ahli biologi Joan Robert mengungkapkan bahawa, tubuh hanya dapat memproduksi hormon melatonin ketika tiada cahaya. Hormon melatonin ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah pelbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat.

Orang yang tidur dalam keadaan gelap, tubuhnya dapat memproduksikan hormon ini. Sebaliknya yang tidur dengan lampu menyala di malam hari, sekecil apa pun sinarnya akan menyebabkan produksi hormon melatonin terhenti.

Dato' Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah
Pentingnya tidur di malam hari dengan memadamkan lampu juga diteliti oleh para ilmuan dari barat. Pengkaji menemui bahawa ketika cahaya dinyalakan pada malam hari dapat mengaktifkan secara berlebihan sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.

Sebuah konferensi tentang anak penghidap leukimia yang diadakan di London juga menyatakan bahawa seseorang itu boleh menghidap kanser akibat terlalu lama terdedah pada lampu ketika tidur di waktu malam berbanding dengan yang tidak pernah menggunakan lampu ketika waktu tidur.

Subhanallah. Demikian luar biasa yang diajar Rasulullah SAW. Setelah berabad-abad lamanya, hikmah perubatannya baru terungkai.

Artikel diatas adalah penulisan dan dikongsikan daripada pakar motivasi terkenal Malaysia Dato Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah untuk disiarkan semula di HarianBlogger.com

Rujukan: Thehypemedia

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Kenapa Perlu Padamkan Lampu Ketika Hendak Tidur? "