Tags:

Orang Sanggup Beratur Panjang Untuk Dapatkan Ayam Goreng 'Cheese' Meleleh Ini. Cuma RM2!

By Hafiz.H Tuesday, January 19, 2016
Usaha 4 Rakan baik dengan memperkenalkan ayam goreng bersalut sos keju ini kian menjadi pilihan orang ramai. Mana tidaknya, harga seketul ayam bersama dengan sos keju cuma berharga Rm 2 ringgit sahaja. Gerai kecil yang diberi nama Familia Fried Chicken ini berlokasi di Wangsa maju menjadi tempat persinggahan orang ramai untuk merasa kelainan resipi yang direka hasil gabungan idea empat sekawan ini.
Empat pemilik FFC yang juga merupakan graduan dari UiTM Shah Alam ini pada mulanya mengambil keputusan untuk membuka perniagaan ayam goreng sos keju ini sebagai bisnes sampingan namun tidak menyangka orang ramai kian menyukai dengan resipi mereka. Hidangan yang cukup ringkas namun kesedapan ayam berserta sos keju yang dihasilkan sendiri oleh 4 pemuda ini menimbulkan rasa yang cukup lain dari yang lain.Apa yang menariknya, sos keju yang dihasil merupakan resipi sendiri mereka berempat yang langsung tidak mendatangkan rasa muak jika dimakan bersama dengan ayam goreng itu.


Bukan itu sahaja, gerai FFC ini juga ada menyediakan makanan lain iaitu Nasi Lemak dan juga jagung kukus bersama dengan Cornflakes. Kesemua menu tersebut berharga Rm 2 ringgit je.  Jadi, kepada sesiapa yang tidak tahu nak makan apa dan mungkin ingin mencari makanan sampingan je, anda semua boleh la try test makan dekat gerai Familia Fried Chicken ni.
Rata-rata yang singgah di gerai FFC ini berpuas hati dengan hidangan yang disediakan oleh mereka ditambah pula dengan harga yang sangat berpatutan.  Mana nak dapat harga ayam seketul 2 ringgit disalut pula dengan sos keju sekarang? ramai yang mengatakan layanan yang diberi juga memang terbaik dan pandai ambil hati pelanggan. Macam ni lah orang baru suka, rezeki yang datang pun melimpah ruah ya tak?  Kalau korang yang berdekatan dengan mereka ni nak try resipi menarik 4 pemuda ini, gerai FFC ini hanya bertempat di seksyen 4 Wangsa maju dan beroperasi dari jam 1 tengahari hingga 7 malam. Nak tunggu apa lagi, mari ramai-ramai kita serbu gerai Familia Fried Chicken ini!
Rujukan: ERA fm

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Orang Sanggup Beratur Panjang Untuk Dapatkan Ayam Goreng 'Cheese' Meleleh Ini. Cuma RM2! "