Tags:

Pertemuan Sejarah: Ketua Mufti Dan Ketua Biskop KL Adakan Sesi 'Hati Ke Hati'

By Hafiz.H Saturday, January 9, 2016
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengadakan pertemuan dengan Ketua Biskop Kuala Lumpur Julian Leow semalam dan berbincang mengenai berbagai isu termasuk keperluan toleransi dan saling menghormati antara agama.
Pertemuan bersejarah itu dianggap satu usaha terpuji dan perkembangan yang sangat baik ketika negara berdepan ketegangan antara kedua-dua komuniti itu susulan kontroversi berhubung satu seminar anti Kristian yang diadakan di Universiti Teknologi Mara hujung tahun lalu.

Menurut laporan TheMalaysianInsider, Zulkifli menerusi laman Facebook beliau menyifatkan lawatan Leow ke pejabatnya di Kuala Lumpur itu sebagai bersejarah dengan menulis menggunakan hashtag “sejarah” di hujung catatannya.
"Pelbagai isu yang dibincangkan bersama khususnya perihal konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi dan sikap hormat-menghormati antara agama. "Terima kasih kepada pihak Reverend atas kunjungan ini. Terima kasih kepada Brother Shah Kirit daripada Global Unity Network atas usaha yang mulia ini.


"Semoga Allah merahmati kita semua. #sejarah," tulis mufti itu dalam postingnya tengah hari semalam.

Shah memberitahu The Malaysian Insider kedua-dua pihak gembira dengan pertemuan itu dan Zulkifli dijangka turut mengadakan kunjungan hormat kepada Leow pada tarikh yang akan ditentukan secepat mungkin.

Beliau berkata kedua-dua pemimpin agama mengadakan perbualan "hati ke hati" dan bersetuju prejudis dan syak wasangka antara agama tidak membawa manfaat kepada sesiapa.

"Mereka gembira dapat bercakap dengan satu sama lain dan mufti berkata, seseorang yang mengaku menganut mana-mana agama, secara semula jadinya, tidak akan suka berkonflik.

"Ketua biskop pula bercerita mengenai bagaimana rakyat Malaysia daripada latar belakang berbeza boleh hidup bersama dengan aman 40 tahun yang lalu dan kita mesti wujudkan semula suasana itu," kata Shah.

Beliau berkata, pertemuan itu diadakan selepas dirancang selama 2 bulan.

Katanya, ia bermula dengan Leow meminta untuk bertemu para imam masjid dan Shah kemudiannya mencadangkan supaya ketua biskop itu terus bertemu mufti, dan Leow bersetuju.
"Apabila saya bangkitkan perkara itu dengan mufti, beliau sangat gembira mendengar ketua biskop tersebut ingin bertemunya. Begitulah bagaimana pertemuan itu akhirnya terjadi," kata Shah.

Shah berkata kumpulan itu sering menerajui penganjuran pelbagai program yang mempromosikan pertemuan dan aktiviti antara agama.

"Kami menganjurkan majlis berbuka puasa antara 25 imam masjid dan 25 paderi Kristian sebelum ini dan kami juga pernah menerima sekumpulan ustaz dan ustazah melawat gereja dan kuil pada tahun-tahun sebelum ini," katanya.

Global Unity didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan pada Mac lalu.

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Pertemuan Sejarah: Ketua Mufti Dan Ketua Biskop KL Adakan Sesi 'Hati Ke Hati' "