Tags:

'Sedihnya Tengok Album Kahwin Yang Teruk Ini'

By Hafiz.H Thursday, January 14, 2016
Hari persandingan hanyalah sekali seumur hidup (kecuali anda gatal nak kahwin lagi) dan saat-saat itu pasti anda mahu rakamkan untuk dijadikan sebagai kenangan di masa akan datang. Namun, pasangan ini pula menerima hasil bidikkan lensa yang kurang memuaskan dari jurufoto yang dipilih.
Difahamkan, mangsa, Erina, membayar jurufoto terbabit pada harga RM500. Namun mereka hanya album itu beberapa bulan kemudian dengan hasil yang amat mengecewakan.

"Sedihnya yang teramat tengok album kahwin. Rasa macam nak bersanding sekali lagi dan rakam gambar sendiri," luahnya di Facebook group Pelamin Pengantin & Hantaran.

"Tunggu berbulan-bulan, hasil macam itu yang awak bagi pada saya? Terima kasih sangat-sangat cik N****** dan suami. Please, jangan buat pada orang lain. Nasib saya, saya terima," katanya.


Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Erina, hampir keseluruhan gambar dirinya tidak ditonjolkan dengan jelas dalam album tersebut. Ada yang tidak nampak kepala, kedudukan pengantin pula di bahagian pelipat album, gambar pengantin terpejam mata juga turut digunakan.
Bagaimanapun, dalam respon terkini Erina menyatakan bahawa kes itu telah diselesaikan dengan baik di mana pihak jurufoto akan menggantikan dengan album baru. Mereka juga memberikan penjelasan bahawa masalah teknikal telah berlaku ketika album itu dicetak oleh pihak kedua dan masalah bukan berpunca dari mereka.

Rujukan: Thehypemedia

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 'Sedihnya Tengok Album Kahwin Yang Teruk Ini' "