Tags:

'Tanpa Sedar, Kita Sudah Terbiasa Menunjuk-nunjuk Di Media Sosial'

By Hafiz.H Friday, January 8, 2016
Betapa zaman telah berubah:

Dulu, mak ayah selalu berpesan, kalau ada barang baru jangan ditunjuk di depan kawan-kawan. Nanti kawan-kawan sedih sebab nak beli pun mungkin mak ayah mereka tidak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan, nanti dia terliur.
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Betapa indahnya pembentukan akhlak anak-anak pada ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan menjaga hati orang lain agar tindakan kita tidak mengguris hati mereka.

Tetapi kini, tanpa kita sedari melalui media sosial, kita sudah terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'Share'. Beli barang baru, upload gambar di media sosial. Sebelum makan, upload gambar di media sosial. Perah susu badan banyak-banyak, rakam gambar dan upload di media sosial. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar slip gaji, slip bank bagai. Anak dapat keputusan peperiksaan yang bagus pun diupload di media sosial dan banyak lagi yang diupload bertujuan untuk share kegembiraan, kemenangan dan lain-lain.


Tetapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tidak ambil peduli, ada di antara mereka yang melihat gambar-gambar makanan yang kita upload. Mungkin dah beberapa hari mereka tak makan. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja pula. Ada yang tengok gambar keputusan peperiksaan anak kita, mungkin ada di kalangan rakan kita yang dikurniakan anak yang kurang cerdik. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan ibu-ibu yang badannya tidak banyak menghasilkan susu dan begitulah seterusnya.

Maka:

  1. "Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"
  2. "Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"
  3. "Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"
  4. "Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha ke arah kebaikan. Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.

Artikel diatas adalah penulisan dan dikongsikan daripada pakar motivasi terkenal Malaysia Dato Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah untuk disiarkan semula di HarianBlogger.com

Rujukan: Thehypemedia

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 'Tanpa Sedar, Kita Sudah Terbiasa Menunjuk-nunjuk Di Media Sosial' "